Tuesday, August 31, 2010

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa dan sedih.

Sesuatu yang terlepas dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan-angan-angan ini telah berandai-andai dan sungguh semua itu telah menghadirkan kecelaruan yang begitu menggelora dalam jiwa.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. 


Demikian juga bagi yang sedang mengaharap amat sangat terhadap jodoh.Kadang kala kita tak sedar, yang kita seperti mencabar Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengugut Allah: sebagai contoh” apa yang penting dia hendaklah…….’, Ya Allah. Dia hendaklah………’ , karena aku sangat mencintainya. Seakan-akan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksaan. Dan akhirnya walaupun Allah memberikanya maka tak selalu itu yang terbaik. boleh jadi Allah tidak memakbulkannya tanpa ada kelembutan, tetapi memakbulkannya dengan marah kerana niat kita yang sedikit terpesong dan sebagainya..
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

".. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan engkau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas darimu. Selepas ini , kena benar-benar difikirkan bahawa apa yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevennya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup di akhirat kelak!
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! 


p/s: Peringatan utk diri sndiri...dipetik dari http://kfwqud.blogspot.com/2010/06/jangan-tangisi-apa-yang-bukan-milikmu.html.. Utk bacaan lanjut, pls view this blog.. Thanx to my sista, for sharing this.

Sunday, August 29, 2010

Lagu Raya Saya

Arini dah 19 Ramadhan...Tinggal bpe ari je lagi nak raye. Tadi sempat la belek2 baju raye yg da siap. Siap try2 lagi depan cermin...hehehe mengalahkan adik yg darjah 3. Kuih raya nmpak cam xde lg.. Mcm biase la, skang sume beli je.. Da xde homemade cookies.. Rindu jugak nk wat biskut. Tapi kekangan mase tu, sibuk manjang..(alasan ok..;p)

Bile time nak raya, msti la ade lagu raya kan.. Skang ni rase lagu raya pon dah mula dimainkan secara berleluasa. Kalau p pasar raya ke, mall ke...sume da pasang lagu raya. Time ni la mood raye tu smpai. Tapi mood sy x smpai lg kot.. Next week stil ade kelas. Jumaat baru bleh blk kampung...(blk kampung sgt laa, evry week blk je kot).. Ada 1 lagu raya ni, mmg faveret dr dulu smpai skang..even ade new version, tp stil suke yg old disc nih. Lagu ni jugak sy slalu guna wat ringtone time raya...


p/s: comeinye anuar zain dulu2...hihihiii

Saturday, August 28, 2010

D I A

Dia
Siapa dia?..
Kenal ke…jumpa pon tak pernah…
Tapi tau dia ada…da lama..
Dia baik…dia sweet…
Agak nye laa…;p
Kan x pernah jumpa…
Tapi En Instinct kata
Dia baik…
Cuma,,
Dia susah hati
Dia tak tenang
Macam hilang sesuatu
Sesuatu yg pergi jauh
Apekah?..
Haihh…
Nape hati ni…
Nak sibuk2 psl dia
Fikir psl dia
Hati ni bukan sape2
Ingat tuu…
Tapi hati ni gembira
Kalau dia ada
Nampak dia je da berbunga2
Kalau dia tegur
Hmmm…ada rama2 dlm perut kot
Ape daa..nape jadi camtu?
Dulu tak de rase pon..
Nape skang ade rase
Tak boleh!!...dia kawan saya
Kawan maya je..
Lagi pon saya tau
Dia tak rase//
Harap2 dia selalu tenang
Dan jumpa apa yg dia cari
Semoga Allah selalu jaga dia
Mcm Allah jaga saya
Terima kasih Allah
Masih bagi rase
Walaupun
Rase ini selalu disia-sia
Tapi saya tau
Allah tak  pernah sis-sia kan
Saya, dia dan kamu semua…
Betul….percaya laa..

bukan dia ok...hehhee. tp sy suke tgk dia ni kat tb...=)

p/s: nmpak dia on9 je. tu pon nk suke..pelik aihh..hihiiihi..=)

Monday, August 23, 2010

Menu Berbuka

Pejam celik dah dekat setengah bln berpuasa.. Kejap je kan. Tak terasa..=) Skang da bleh start kira ari nak raye je..Huhuu mcm bdk2 kot. Tapi x kira la, bdk2 ke,mak bdk ke, sume menunggu2 nak berhari raya..serius!!sy sndiri da lame tggalkan zaman kebudak2kan, tp msih semangat nk sambut raya...heheh

Kalo time posa mmg mcm2 makanan yg teringin nk mkn kan..tp kat tg malim ni x byk bazar mcm kat tempat blaja dulu.. Dulu kat sh alam, sebut je seksyen bpe sume ade bazar kot.. Kira sebln tu bleh tuka2 lokasi bazar. mase tu nafsu membeli pon mmg membuak2 la.. Tp kat cni, bazar x best sgt lorhh... Kalo beli pon msti kecewa sbb x sedap sgt.. So kdg2 kami 1 umah ni masak la gak utk berbuka..aritu sorg kwn ni teringin nk mkn spaghetti.. So sume pon pakat la masak ramai2...
    
                      Menu: 1) Spaghetti ..kuah mmg best sgt, byk isi
                                 2) Pop corn chicken ..homemade ok, mmg cam kfc pnye
                                 3) Wedges ...homemade gak, br tau cane nk wat wedges
                                 4) Coeslow ..btul ke spelling nih?..hehe pon homemade tau
                                 5) Frankfurters goreng...bentuk bunga lg heee
                                 6) Limau ais

wedges, coeslow, popcorn chicken n frankfurters



main course...spaghetti bolognaise..kalo ade meat ball lg best nih..=)



So aritu mmg menu ala2 western gitu...ape2 pon kredit to all the cooks, dira + dila + nad n sy sndiri.. Lebih kredit utk sy kot sbb jd tukang rase aritu..hehheheheee cuti umum, x leh nk pose..next time bleh ar masak lg, ok kwn2?....

Saturday, August 21, 2010

Warna-warni S O L A T

Oleh Ustaz Zahazan 



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la..) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.




Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Subhanallah. .

*lagi kelebihan solat melalui kajian saintifik Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) - link


Mudah-mudahan kita lebih menjaga ibadah solat sepertimana yang sangat dianjurkan al-quran dalam surah al baqarah ayat 238.




حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ


Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (238) 

p/s: Thanx to my best fren, syuhada for sharing this..

Wednesday, August 18, 2010

He likes me?--Doesn't he?

He Likes Me -- Doesn't He?


Nowadays, guys try to be considerate in an attempt to not hurt your feelings.  His miscues make it hard to know whether he's really into you, just wants to be friends or would love for you to switch phone plans.  While words might not be his strong point, his actions are.  Keep an eye out for these kinds of behavior.
  1. He actively takes an interest in you and what you have to say.  He's not just nodding and smiling and checking his watch every five minutes like you're trying to sell him life insurance.  There's eye contact.  He's actively listening.  He's asking questions, relating things you say to his own experiences.  If he's really good, he'll remember something you said and incorporate it in a future date. Try not to act too surprised.   
  2. He's forthcoming.  He wants you to know about him.  This manifests itself in a bunch of ways.  He'll share personal details about himself.  He'll even be eager to cough up basic factoids such as phone numbers, his address and place of work.  If he isn't giving up this kind of info, then he doesn't want you tracking him down -- or he's Batman or Superman. 
  3. He'll mark his territory. If he's decided he wants you as his female, he won't want to lose you.  If there's any chance that you might be snapped up by another male, he'll stake his claim.  He'll be tactile with you, slipping an arm around you, possibly posturing and standing up when another guy walks onto the scene.  
  4. He calls you back.  Despite the stereotype, he will call you back.  If you're a girl in demand, he won't want you to be the one that got away, so he'll call you to set up the next date or ask how you're doing.  If you're getting calls for no reason, that's a good thing. However, you may want to invest in a good phone plan.
  5. He'll check you out.  You'll bring out his spy skills in a good way.  He'll talk to your friends to get on you.  He wants to know more about you -- your past, your present, your likes and dislikes, water hazards, etc.  He's doing his homework because he wants to impress you.  He's gathering this intelligence so he knows how best to woo you. 
  6. He's flirtatious.  Guys get playful around women they like.  It's a little dance he's doing around you to show his interest and his daring. 
  7. He's always planning ahead.  If he digs you, he won't want you getting away from him.  To make sure you aren't prey to some other guy, he'll be making plans for the next date before the current one is over.  A full calendar is a good sign.
  8. He's attentive.  He's been listening to you, and knows what you like and where you like to go.  He treats you to your favorite things and places.  He'll spring surprises.
  9. He'll blow off his buddies to be with you.  It's always tricky managing existing commitments with burgeoning relationships.  There are bound to be conflicts of interest at the some point.  So take it as a good sign when he'll ditch going out with the boys to see you instead.  
  10.  Acts of selflessness.  He'll take one for the team of you and him.  These can be large or small acts.  They can be as small as holding your hair back for when you've got stomach flu, or as large as suffering through a Celine Dion concert and pretend he's enjoying it because you're a fan.  Now “that's the power of love.”
Okay, he's doing his part, but what about you?  You've got him wrapped around your little finger, but don't get cocky.  You can lose him in the blink of an eye with a few classic screw-ups...


CONTINUE READING: He Likes Me --- Doesn't he?
ALSO READ "First Encounters: Not a Time for Fairytales" by Simon Oaks
By Simon Oaks for Intent.com
Copyright ©2009 Simon Oaks author of Will Marry for Food, Sex, and Laundry: How to Get Him -- and How to Keep Him

Saturday, August 14, 2010

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
 
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
 
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
 
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
 
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
 
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk.
 
11. Bersedekah.
 
12. Belanja orang makan.
 
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.
 
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
 
p/s : sampaikanlah pesanan ini walaupun 1

Tuesday, August 10, 2010

Bertemu lagi..

Alhamdulillah Ya Allah...
Sy diberi peluang sekali lagi utk menjalani ibadah puasa thn ini. Bln Ramadhan adalah bln yg paling ditunggu2 oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Bln ini juga lah umat Islam berlumba2 malakukan ibadah sebanyak mungkin untuk mendapatkan ganjaran pahala yg dijanjikan oleh Allah. Maksudnye bkn la bln2 lain Allah x bg ganjaran. Tapi dlm bln ni, segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya..itulah special nye Ramadhan..

Bln ini juga bln yg menguji tahap kesabaran manusia. Selain perut menahan lapar dan haus, byk lg la nk kene tahan. Bkn setakat perut je, anggota lain pon tau. Bln ini juga bln yg paling sesuai utk membersihkan hati. Hati sy kotor kerana amarah dan benci. Mgkin kerana byk perkara yg berlaku sejak setahun yg lepas, membuatkan sy menutup segala pintu kemaafan dlm diri. Siapa sy untuk menutup pintu tu, sedangkan Allah itu Maha Pengampun.

Semoga Ramadhan thn ni membuka 1000 pintu rahmat buat sy dan keluarga, juga buat seluruh Umat Islam di dunia. Tak lupa juga saudara2 kita di bumi Palestin, semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan memberi peluang untuk mereka manjalani ibadah puasa dgn sempurna. Semoga Ramadhan thn ini juga, manjadikan sy manusia yg lebih baik dr sblumnya. Manusia x lari dr melakukan kesilapan. Sekali kita tersedar, terus lah mohon ampun dr Allah..Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..dan Maha Penyayang...

p/s: Salam Ramadhan...=)

Tuesday, August 3, 2010

jalan2 p pekan

arini selasa...jadual mmg free arini, xde kelas...so ari selasa la slalu kuar p pekan tg malim ni..kdg2 x carik ape pon, sje nk kuar..n kalo da kuar tu phm2 laa, duit pon msti kuar gak. x ksah la even beli goreng pisang je..msti nk membeli jugak...haihh

x sbr nk tgk heroin sy pkai bj ni..
parking kat pekan ni guna sistem kupon, so da ciap2 la beli kupon mase 1st time dtg cni. beli utk 2 thn pnye..2 ringgit je kupon tu..so bleh ar tggal kete ngn selamat, sbb PBT kat cni rajin gile spotcheck. kupon tu kene gores : tahun, bulan ngn hari bln : sblum kuar kete td da letak la kupon tu..kwn sy (dira) tnye, "jila da gores ke kupon tu?"  sy ckap," em x yah laa, janji ade kupon tu. dia x check kot..maleh le."   dira ckap, "ohh.. aah kan (lbey kurang laa dia ckap gitu, tanda stuju)" .so kitorg pon bjln2 laa p kedai2...sy pon ade la terbeli tdung. ade plak butik jual tdung an-nur kat cni (sy suke tdung an-nur ni..) pastu jln2 lg, ternmpak 1 baju yg comel...beli la tuk heroin sy, aleesya....msti kiut pkai bju yg sy beli ni..heh2
                                                                                                                                                                                
haihhh, x penah2 kene saman
da penat jln2, time to go home laa..si dira ni ade kelas kul 4. bile smpai kete, dira pggil sy ngn nada tggi..awat laa si dira ni?.pastu dia tunjuk la surat kompaun ni...eii mmg nsib bdn laa arini. kbetulan br ja kuar duit asb..( terpakse korek tabung, elaun x msuk lg..) kene byr 20 ringgit...eii dlm kete mmg menyumpah2 name pegawai yg kuar kompaun tu (al-hafis name dia). tp mmg slh sndiri la kan, npe la x gores kupon tu..ingt bln 7 lg, lupe lak da bln 8...so mmg obvious sgt laa...

kat dpan MDTM, awat la same kaler ngn baju i..heh2
huummm da 1 hal plak nk cari pej mjlis daerah tg
malim (MDTM). nk byr arini gak, takut lupe nnt..bertambah2 duit kompaun tu. smpai MTDM, pegawai tu ckap, "sori la, smlm n arini sistem down..". haihhh bertmbah2 la hangin..byk2 ari, arini gak dia nk down..."tp cik boleh byr di booth pbyaran cukai kat pekan tg malim. buka smpai kul 4.." so terpakse la patah blk ke pekan. smpai kat booth, ade sorg pegawai penguatkuasa lengkap beruniform biru gelap, ngn sun glases besar nye. mmg control ensem la kan, umo lbey kurang je. dia la yg handle saman tu.."duduk dlu ye, nk sediakn resit ni, lmbt ckit.." duduk laa, tggu dia wat keje. tetibe tergerak ati nk tgk nametag mamat tu. HAFIS, emm cam ade sebut2 td tp kat mane ye...haaaaa ni la penguatkuase yg kuar kan saman tuuu....haihhhh sib baik ensem, so tetibe x jd marah..hahahaaahaha lg 1 sbb kene byr 10 ringgit je, bkn 20...alhamdulillah, selamat 10 ringgit....thanx  abg baju biru..ahakss

nafas baru....;p
lepas byr saman, p amik kwn kat kHAR..otw blik tu p potostate notes jap kat kdai2 dpan upsi..jln2 tgk2 brg, terbeli brg lg...haihh tgk skin laptop tu cam murah je, sy beli ar...kebtulan laptop tu da calar balar..huduh je rasenye...so skang da berwajah baru...heheh =)

sekian...;p

p/s: moral, sy mmg x leh pgg duit...asik nk membeli je..time xde duit pun nk beli gak..so elok jgn kuar, duk diam2 kat umh...



Monday, August 2, 2010

sepetang bersama....

amar n asyraf, buaihh laa bdk2 ni...;p


my hero no1, no 2...no3 baby lg...sib baik heroin x ikut..


peace...;p


si jantung hati...eii byk semut plok..


pohon beringin....lalalalala

sepetang bersama anak2 buah sy yg dtg dr ipoh..ipoh mali!! p melawat nenek sy, bersamaan ngn moyang diorg nih...mcm2 laa diorg duk main,,tanah laa, parit laa..pnjat pokok, lastik burung...haihh letihh!!
tp tgk gelagat diorg, seronok plak...cane la kalo ade anak sndiri, msti best..huuu berangan!!

Sunday, August 1, 2010

exam

upsr n pmr nk dimansuhkan?..rasional nye?..

spnjg berkuliah, ade gak lect bertanyekan pendpt kami ttg isu ni..em tah la, sistem pend mesia ni fleksibel sgt..kejap ubah, kejap wat baru..then ubah blk pd yg lame..nk bg usul mmg senang. tp nk laksanakan tu, org yg dipertgggjwbkan je tau cane ssh senang nk buat..so kene buat further research la..alasan nye x nk produce studen yg exam oriented. juge nk cut cost.. tp dlm mase yg same, studen pon akan sambil lewa je bljr. sbb ape?..sbb xde exam. rilek2 arr kan...huuu apepon sume ade pros n cons. in fact di negara2 maju pon da xde sistem peperiksaan..so, mybe bleh nk dilaksanakan tp stage by stage la kot.

cite psl exam ni, teringt mase kene jaga mid term exam kat skolah bln 6 aritu. mase tu subjek math, paper 1. kelas tu kelas kedua dr ujung,,form 3. selesai je distribute soklan, studen pon mula la jwb..ade sorg studen ni, bukak2 soklan je trus jwb. m/s 2 tu mmg ade tulisan, tp xde pilihan jwapan...tp dia laju je tanda jwapan kat kertas omr (kertas objektif bulat2 tuu). sy pon pelik..n dtg dekat kat studen tu..dia pon leka menghitamkan jwapan (gile hebat x yah kira, congak je soklan math tuu) tanpa menyedari keberdirian sy disebelahnye.

then sy tegur studen tu "Alif (bkn name sbnr), tu bkn soklan syg,..tu rumus.."

sy x tau nk react cane,,nk gelak pon ade...tp jauh di sudut hati seorg manusia, sy simpati pd Alif.. umo 15 thn tp stil x boleh membaca..mybe boleh, tp dia x fhm ape yg dia baca...God bless u Aliff...;p cikgu pon suke hafal rumus, pastu x tau gune...hehehee

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله



a friend posted dis song on his wall, 
now i keep rewinding it all day long..
if u like it, click here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...