Tuesday, November 23, 2010

sabar ye mak....=)

OMG i'm reaching that numbers...so close. Tapi tu la kan, masa berjalan meninggalkan kita. There's no turning back.. u-turn ke, roundabout pon tak de. Semua kene jalan terus.

Mak   : Ai, kawan2 sume lumba2 nk kawen tahun ni, ko ni rilek je mak tgk..
Umur makin byk, bukan makin sikit.

Saya  : Ye mak, tau.. Biar la diorang kawen. Da sampai jodoh... 
(wat muka selamba je..huhu..kompem bengang  mak tu)

Mak  :  Memang la tggu jodoh sampai, tapi kalau tak usaha dia tak de dtg gedebuk depan  
mata..Kawan  ramai tak kan tak de yg berkenan.. Jangan memilih sgt.. 
Ada keja, jaga semayang, hormat org tua...ok la tuu..

Saya  :  Nanti la mak, akan diusahakan...;p

Mak: :  Nanti2, nak tggu bila.. Yang da wajib, rilek2 je.. Yang muda2 da sibuk nk kawen.. 
Aihh, tahun depan kalau da ade berkenan jalan je terus ngn Jiji.. Wat kenduri sekali..

Saya :  Adoii mak, mana bleh mcm tuu. Kalau Jiji nk kawen dulu biar laa.. Wat pe nk tggu2 kite plak...

Mak :  Takde2, wat kenduri sekali..senang keje semua org..

Saya :  ????

~gambar hiasan~
sy obses btul ngn kaler tiffany nih, mmg suke lahh kalu kawen pkai kaler nih.
huhu berangan sat!!
Tu la kan, bila umor anak pempuan da meningkat. Mak pon mula la risau tetibe. Lagi2 bila si adik da nk bertunang plak. Nasib baik lelaki, kalo pempuan lagi sakit telinga akuu...huhuu~

Memang la ada kawan2 mak, tapi kalo kite je yg berkenan org tu tak cakap ape2, tak bleh jadi gak kan. Bukan memilih, tapi lom jumpa yg bila kite tgk muka org tu, kita bleh rasa tu jodoh kita..

Lagi satu masalah, bila org tu suka kite plak tak de hati. Yang tak suka kite, tu plak yg kite nak..heheh susah arr... Sabar la mak, InsyaAllah jodoh tu Allah dah janji, maybe blom smpai. Biar la kite selesaikan satu2 perkara dulu. Habiskan belajar, then keje elok2.. Da btul2 stabil nanti maybe Allah temukan jodoh tuu... Mak doakan je..=)

Saturday, November 20, 2010

~oh lelaki~



"Aku tidak pernah melafazkan kata-kata AKU CINTAKANMU.."

"Kita hanya kawan biasa selama ini"


Itulah melodi justifikasi seorang lelaki. Sekali pandang, memang tidak ada silapnya. Semuanya kerana perempuan yang naif.Sekali pandang...

Jawapannya..

Cinta dan perasaan suka itu lumrah. Harus berterima kasih kepada kurniaan Ilahi..

Untuk lelaki, kalau sudah tahu perempuan hatinya lembut, jadi usah dibelai dan diberi perhatian membuta-tuli, semata-mata untuk mempermainkan perasaannya.

Jangan sesekali..

Juga bukan salah kita lelaki, andainya tiba-tiba perasaan cinta itu hadir di sanubari seorang anak hawa kepada kita.Itu FITRAH namanya..

Cumanya kalau kita tidak berkehendak dan serius, KATAKAN TIDAK sahaja padanya. Bunyinya kejam tetapi itulah tonik paling mujarab untuk meredamkan kecamuk jiwa sang hawa. Parahnya lebih jika keadaan itu dibiarkan berlanjutan kerana harapan itu akan sentiasa menyala.

Lebih baik nyalanya itu DIPADAMKAN sewaktu masih kecil, sukar sekali jika sudah marak nyalaannya. Silap-silap kebakaran terjadi, dan alhasilnya lebih buruk dengan kerugian berlipat kali ganda..

Dan untuk perempuan, jangan jadi NAIF . Jangan sesekali tunduk pada lelaki yang anda idamkan ke hulu ke hilir, mempercayainya setengah mati..Dan andai tidak pernah terdengar perkataan JUMPA MAK AYAH, KAHWIN, ANAK, terkeluar dari mulut jejaka idaman, usahlah JIWA dan RAGA dikorbankan kepada jejaka ' plastik' tadi.

Kalau berani, silakan beradab jumpa dengan mak ayah si hawa.Itu cara orang 'gentleman'..Berdada dalam memikul tanggungjawab bukan segan malu bersembunyi di belakang langsir bak pengecut..

Percayalah, jika inipun si 'plastik' ini tidak mampu, manakah mungkin urusan rezeki anak, bancuh susu, tukar lampin anak jam 2-3 pagi akan menjadi pilihan hatinya. Tidak masuk dek akal..

So, bacaan lanjut bleh dapat dari blog 'Musafir Ilmu' ni...selamat mambaca!!

Wednesday, November 17, 2010

~Aidiladha~

17 November 2010, bersamaan dgn 10 Zulhijjah iaitu hari ni laa.. Semua umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari ini disambut bagi memperingati peristiwa Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk mengorbankan  anaknya Nabi Ismail. Rasenye cerita ni saban tahun diceritakan oleh ustad atau ustazah time kite sekolah dulu kan.. Huu sy da lama tak dengar cite tu. Meaning that sy da lama tinggalkan sekolah..hehee...


Besar betul pengorbanan kedua-dua nabi tu kan.. Itu menunjukkan juga betapa besar dan tingginya keimanan mereka terhadap Allah. Kita mcmana plak?.. Sanggup ke kita berkorban sedemikian?.. Mungkin jika kerana Allah, terlalu besar bagi kita manusia biasa. Tapi jika untuk sesama manusia, sejauh mana kita sanggup berkorban?.. Berkorban utk ibu bapa, keluarga, kawan?..Hmmm...susah kan nk berkorban. Tapi kalau untuk org yang kita sayang, tak pe kot.. Ganjaran yang Allah janjikan pastinya yang terbaik.


Dalam Islam, korban merupakan salah satu ibadah yg dituntut. Bagi mereka yg mampu, boleh la laksanakan ibadah ni. Ia bertujuan untuk menyucikan hati dan menambahkan lagi ketaqwaan kepada Allah. Di samping tu, ia ibarat kita berkongsi rezeki dengan saudara-saudara Islam kita yg lain. Ye laa, daging lembu yg disembelih tu akan diagih sama rata.. Semua dapat sorang sikit, InsyaAllah... Kan best tuu.. Sharing is caring...=)


Alhamdulillah.. tahun ni keluarga kami telah dapat melaksanakan ibadah korban. Abah ngn mak, tambah ngn kami 5 beradik. Cukup la 7 bahagian. Abang yg sulung je tak dapat masuk sekali. Tak pe la, InsyaAllah ade rezeki lagi nanti kite buat same2 ye.. Tunggu la sy da keje..huhuuu.. Disebabkan keluarga sy terlibat, buat pertama kalinya sy pergi tengok acara korban kat masjid. Memang pengalaman yang tak bleh lupa. Ye laa selalu tak amik peluang tu sebab macam segan je nak pi. Mesti la ramai org laki kan.. Mane de org pompuan pi tengok. Tapi sebenarnya ade je...heh2.. Tapi best gak, sempat la jeling2 kat abg2 yg tolong2 tuu. Yang da lama tak nmpak pon bleh jumpa. Ada yg da buncit, yg rambut da tak brape nk ada, yg da bawak anak berderet, yg dulu comot tapi skang da ensem. Haha mcm2 adaa.. Nasib tak jumpa kekasih lama je.. Tapi bapak dia sy jumpa..hahah..


Salam aidil adha utk semua...=)




Friday, November 5, 2010

~m e s s a g e~

Salam..

nearly forgot to reply your emel. Wah complicated gak citer nih.. ko jgn la sedih coz aku pasti n yakin, ada pasangan utk ko kat luar sana.. may be blum jumpe..insyaAllah. Allah dh janji, setiap sesuatu yg dicipta, ada pasangan nya. Itu janji Allah utk hambanya. therefore, never quit in the effort to find true love for the name of Allah. insyaAllah. 

ala, aku rasa yg bab TERLALU BAIK tu mcm alasan je..dun you think so? i mean that is the safest way to break somebody's heart right? which i can say, there's nothing wrong with you. it is him that is the problem or his gf or both of them but not YOU!.. please remember that. okay?

this is just my opinion, i think the relationship he has with you just like rebound relationship. trying to get his mind off his gf at that particular time. and when things turn to normal, there he goes again. Don't worry, honey. He is not worth to die for!.. 

Aku tau jil, satu stage dlm hidup kita mst rasa down when we are alone. As if something wrong with us. Felt so inferior with ourselves. Tapi aku percaya, Allah menguji kita supaya kita sll turn to ALLAH di kala senang dan susah. Jgn sedih2 lagi ye, InsyaAllah Allah akan bagi ko nikmat cinta suatu hari nanti. Bersabar la ye. Aku doakan supaya ko akan jumpe org yg terbaik utk ko. Jgn putus doa pada Allah ye and please never quit finding for real love and marriage.

Jil, for wateva i said now, i hope it lift your spirit a bit even only by one notch..haha. I hope i can make you happy and convinced you that there is someone for you. And if i did something wrong, please forgive me. Tak de niat nk kecik kan hati ko. I love you so much that i want you to be happy for the rest of your life. Ape2 nasihat yg aku kasi ni, sbnrnya utk mengingatkan diri aku jugak. So please, no hard feeling ya. sbb aku pun sll terlupa utk bersyukur.

Salam, my dearest friend. XOXO
-Noorul Syuhada-


~sy stil simpan message ni, sbb akan ok bile rase down or susah ati...thanx my dear fren..it did lift my spirit!..~

Monday, November 1, 2010

~s e m a l u~

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...





Dipetik dari : http://kfwqud.blogspot.com/2010/10/solehah-seperti-mawar-berduri-atau.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...