Thursday, December 22, 2011

Arnab dan Lobak



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al Baqarah : Ayat 216)


Lihatlah ilustrasi 2 ekor arnab di atas. Comel kan?.. Kedua-duanya mempunyai satu pokok lobak. Seekor mempunyai pokok yang besar dan sihat, tetapi seekor lagi mempunyai pokok yang kecil dan kurus. Secara am, pasti pokok yang besar itu akan memberikan hasil lobak yang besar. Manakala pokok yang kecil itu akan memberikan hasil lobak yang kecil. Namun itu dari luaran fizikal yang boleh dilihat dari mata kasar, tetapi adakah arnab2 ini sedar bahagian yang Allah tentukan untuk mereka di bawah tanah itu?.. Mereka tidak akan tahu sehingga mereka keluarkan buah2 lobak tersebut. Begitulah juga dengan pusingan kehidupan manusia di dunia.

Kehidupan di dunia bukanlah semudah yang disangka. Terlalu banyak cabaran dan liku2 yang perlu dihadapi. Ada orang yang bernasib baik, tetapi ada juga yang kurang bertuah. Ada orang yang kaya-raya, tak kurang juga orang yang faqir miskin. Ada orang yang berjaya di dunia, namun ramai juga orang yang gagal. Semua ada bahagiannya masing-masing.  Kadang2 kita bermula dengan kebahagiaan, tetapi berakhir dengan penderitaan. Namun tidak mustahil jika kita bermula dengan penderitaan, kita akan berakhir dengan kebahagiaan.  Itulah Qada’ dan Qadar. Sebagai seorang Muslim yang taat pada Penciptanya, kita wajib percaya kepada ketentuan Ilahi.  Namun percayalah, langit tidak akan selalu cerah. Tetapi mendung tidak beerti akan hujan. Kerana apa? Kerana Allah itu Maha Berkuasa. Allah itu Maha Berkehendak.

Sebagai manusia biasa yang lemah lagi hina, terkadang pasti pernah terdetik dilubuk hati kecil yang paling dalam menyesali atau meratapi dugaan dan ujian yang diberikan. “kenapa aku tidak kaya?” “kenapa aku hidup susah?” “kenapa aku selalu gagal?” “kenapa aku diberi penyakit?” “kenapa aku tidak bahagia?” Kenapa itu dan kenapa ini. Bahkan kita merasakan dugaan dan ujian terlalu berat untuk dipikul. Apatah lagi melihat orang lain tidak pernah merasakan kesusahan seperti yang kita alami. Tidak pernah diberi ujian sehebat kita. Pada waktu itu kita akan merasakan bertuahnya sekiranya kita berada di tempat mereka yang bersenang-lenang itu.

Apabila kita merasakan diri kita adalah orang yang paling susah, percayalah ada orang yang jauh lebih susah daripada kita. Jangan melihat dari segi luaran dan fizikal sahaja, tetapi renunglah sehingga ke segenap aspek kehidupan yang lain. Mungkin seseorang itu miskin harta, tetapi dia kaya dengan kasih sayang. Mungkin juga seseorang itu kaya raya, tetapi anak-anaknya langsung pergi meninggalkannya seorang lalu menghabiskan hartanya seorang diri. Ini menunjukkan Allah merurunkan ujian atau dugaan dalam pelbagai bentuk dan cara. Terpulang kepada kita untuk menghadapi dan menerimanya.

Namun sebagai manusia biasa, kadangkala kita pasti merasa sedih dan gundah dengan ujian. Kita boleh bersedih hati, tetapi jangan  meratap hiba. Kita boleh mengeluh lelah, tetapi jangan berkeluh kesah. Pokoknya disini jangan berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar respon biasa sebagai seorang manusia yang pada fitrahnya bersifat lemah. Pandang setiap yang berlaku dari sudut yang positif. Bina kekuatan dalam diri, untuk menjadi manusia yang lebih kuat menghadapi ujian. Kekuatan jangan dicari, tapi hendaklah dibina. Sentiasa berdoa kepada Allah, kerana doa itu adalah senjata Muslim. Percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Seperti yang Allah telah sebutkan dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud, " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ltu ada kemudahan".  Bukankah hidup kita diibaratkan berputar seperti roda. Tiba masa kita di atas, bersyukurlah. Tiba masa kita di bawah, bersabarlah. Kita tidak mengetahui, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

p/s : Percaya dengan janji Allah. InshaAllah everything is gonna be fine..

Friday, December 16, 2011

Kesihan mak... =)

Beberapa minggu lepas, telah diadakan satu program untuk penduduk sekitar kawasan perumahan kami. Anjuran satu pertubuhan politik. Biasalah, agenda mesra rakyat ini akan lebih manjadi-jadi apabila hari memangkah semakin hampir. Cliche' sangat. Namun bukan agenda yang ingin diperkatakan disini, tetapi kejadian disebaliknya. Program yang dijalankan adalah ala-ala program sihat 1Malaysia. Ada pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Mak dari pagi sudah gelisah. Hatinya mahu pergi, tetapi tidak tahu siapa yang mahu diajak. Aku memang bukan pilihannya. Sebab dia tahu jawapannya pasti tidak. Semakin meningkat usia semakin teruk perangai anti-sosial yang aku alami. Hahahahh. " Uii mak, tengok orang tu mesti baru balik dari ceck-up kat balai raya tu. Besar goodie-bag nye mak.....hehee..". Tak lama, mak pun sudah bersiap ala kadar. Tidak mahu melepaskan peluang menyertai pemeriksaan kesihatan percuma itu ataupun hanya mahu mendapatkan goodie-bag saja. Vroooommmm!!!!!!!~

Mak balik dengan wajah yang tidak seceria semasa dia meninggalkan rumah tadi. Mak menunjukkan surat dari doktor. Aku membacanya sambil adik membongkar isi-isi dalam goodie-bag yang berwarna pink. Banyak juga isi kandungan goodie-bag itu. Huh bajet kerajaan habis ke beribu-ribu goodie-bag. Ohh pasal surat tadi. Keputusan pemeriksaan kesihatan mak. Aku pun kurang paham. Tapi mak terus memulakan bicara tanpa sempat aku nak bertanya. Mak disahkan menghidap Diabetes. Kandungan gula dalam darah sangat tinggi. Nasib baik jantung dan tekanan darah masih normal. Berdasarkan laporan itu, mak perlu dirujuk ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan lanjut. Mak seolah-olah menyesal kerana pergi membuat pemeriksaan itu. Sebelum ini dia tak pernah tahu ada penyakit sebegitu. Dia sudah tidak senang duduk.

Tiba2 abah pula bersiap mahu pergi membuat pemeriksaan juga. Mak mendesak, takut2 abah juga ada penyakit yang tidak diketahui. Abah perokok tegar, peminat susu pekat manis yang sudah tahap die-hard. Tambah2 lagi sudah tidak bekerja a.k.a pencen. Ntah2 lagi banyak penyakit. Tapi abah balik dengan senyuman. Surprisingly, abah belum lagi sah menghidap apa2 penyakit. Alhamdulillah. Tapi mak seakan-akan cemburu dengan laporan kesihatan abah. Hahahahaaa. Obvious sangat di wajah mak. Mak jeles, tapi dalam masa sama mak risau.

Sejak tu mak dah pandai bertemujanji sekarang. Dengan doktor lah. Doktor yang memeriksa mak di program pemeriksaan kesihatan percuma tu. Aku pernah tanya mak, doktor itu lelaki atau perempuan. Mak beritahu doktor itu lelaki. Tiba2 rasa rugi sebab tidak menemani mak membuat pemeriksaan percuma tempoh hari. Mana tau doktor tu bujang. Sebab mak cakap dia muda lagi. Lebih kurang sebaya aku juga umurnya. Hahahaa niat sudah tersasar. Patutlah, Allah dah tau. Sebab tu hati tidak tergerak mahu menemani mak.

Selain temujanji, mak pun sudah pandai berjogging sekarang. Dengan Makcik Baiyah, jiran selang 4 rumah. Tiap2 pagi selepas solat Subuh. Mak pun sudah semakin menjaga makan. Makan nasi sekali saja. Pagi dan malam hanya menjamah roti wholemeal. Itupun menangis dia mahu menghabiskan sekeping roti itu. Rasanya kan tidak sedap. Susu pekat manis sudah tidak disentuh. Hanya nescafe O. Yang pasti kurang gula. Ubatnya kulihat ada sebeban dalam bakul. Hari2 perlu dimakan. Kesihan mak..

Sabar lah mak. Bila usia tua semakin menghampiri kita, sudah tentu nikmat kesihatan semakin hilang dan berkurangan. Bersyukur kerana dapat diketahui pada peringkat awal. InshaAllah masih boleh dikawal. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang lebih baik selepas ni. Yang penting mak mesti rajin makan ubat. Dan rajin berjumpa doktor muda itu.. Hihhiiihiii~

p/s:  Diabetes ada 2 jenis. Diabetes Type1 and Diabetes Type2. Type1 jenis yg kurang insulin dari dilahirkan. Type2 jenis yg insulin kurang dipengaruhi oleh faktor pemakanan. Wow my brain hard disk still working!! Teringat zaman belajar kene hafal apa yg insulin buat dalam darah bila kita makan. Huuu blink2~

Monday, December 12, 2011

Realiti @ Konspirasi


Hoo tajuk post familiar gitu. Macam nama blog yg glamer satu ketika dahulu. Blog Abang Zackzukhairi laa.. Tapi dah lama takde entry. Bizi bebenor Abang Zack tu. Tapi ni takde kena mengena dengan Zack ye. Ni pasal kak Jill dan kawan2. Aku sekadar nak kongsi satu realti yg terjadi pada diri sendiri. Bagaimana permainan 'org2 besar' sampai aku rasa org2 kecik macam aku ni terasa diperkotak-katikkan.

Ok, make it short. Aku adalah slh seorang pelajar program DPLI yg ditawarkan oleh gomen. Program ni utk2 graduate yg nak masuk dlm bidang pendidikan. So kena belajar setaun. Tapi syaratnya kena kerja ngan gomen lepas aku dah abeh belaja. Dan kami diikat dgn satu kontrak selama setaun yg kami ni tak bole keja dgn mana2 badan selagi kami belum tamat belajar. Kontrak ni jugak bagi melayakkan kami dpt tajaan utk belajar DPLI ni. Alhamdulillah sgt2.. Kami dijanjikan kerja apabila tamat belajar. Ok aku memang dah tamat program ni, bulan Mei aritu. Ikutkan batch2 yg lepas, dlm 3-4 bulan dah dipanggil mengajar. Atau nama glamernye posting. Tapi yg jadi masalahnya ni, sekarang dah bulan Dec kot. Dah almost 7 months, berita psl posting ni macam2 versi yg kami dengar. Dan percayaa lah semua versi itu sangat menjengkelkan. Reaksi 'org2 besar' ni seperti hanya melepaskan batuk di tangga.

 Antara reaksi2 mereka berkaitan isu kelewatan posting:
 - Pembekuan jawatan gomen sehingga bulan 8. Tapi ni dah bulan 12..
 - PRU 13. So maybe posting lepas PRU.
 - Lanjutan umur pencen ke 60 tahun. Guru baru belum diperlukan sbb cikgu2 veteran ni lum kosongkan
   tempat.

Abeh tu takkan nak tunggu 2 tahun lagi bagi memenuhi tuntutan pencen 60 tahun tu. Baru kami ni dapat tempat untuk posting. Kenapa dasar tu dibuat tanpa memikirkan guru2 baru yg mereka ambil untuk dilatih ni. Isu bajet pun satu hal. PRU tu 5 tahun sekali. Of course dah ada perancangan dari awal. Bukan ke bidang pendidikan pon ada bajet tersendiri. Takkan sebab PRU posting pun nak dilewatkan. Diorang tak takut ke, nanti kurang undi. Most DPLI studen ni dah layak mengundi ok. Kalau ada 1000 org kami ni, bleh bagi effect besar jugak kot. Lagi satu isu, kenapa KPLI boleh je posting tahun ni jugak. Apa beza ngn DPLI? Macam ada double-standard pulak. Isu GSTT lain pulak. Isu diorang ni baru dibangkitjan tahun ni. Dah sibuk nak diserap. Tapi kami ni dah menyain perjanjian 2 tahun lepas. Sepatutnya kami perlu didahulukan.

Apa sebenarnya konspirasi disebalik semua nih?.. Kami sangat memerlukan penjelasan. Tapi penjelasan semua kabur. Dan seolah2 'org2 besar' ini hanya mahu menyelamatkan diri dengan jawapan2 yg berbaur janji2 palsu. Tak perlulah buka tawaran DPLI lg. Kalau akhirnya nasib kami tak terbela. Seperti telur di hujung tanduk. Kami pun tak kisah sangat pasal kelewatan posting sebenarnya. Isu nya sekarang ini, status kami masih tidak pasti. Tak boleh ke pihak2 yg tertentu memberi gambaran jelas atau timeframe kepada kami, yg posting akan lewat. Beri lah jangka masa yg pasti. "Baiklah orang2 kampung, posting akan diketahui pada tahun 2012".. Kan senang. Boleh la kami mencari kerja sementara once da abeh belaja haritu. Dapat jugak keje 6 bulan. Ada jugak sumber pendapatannya. Tidak boleh ka mereka berfikiran seperti ini. Tak bolehhhh!! Sebab mereka tak de kat tempat kami. Dan mereka tak tahu apa yg kami alami. Sekian.

p/s : Nak keja apa pun tak boleh, sebab takut kena panggil posting. Dah cari keja lain, takkan nak blahh camtu je kalau dpt posting. Kena ada notis gak at least sebulan. Nak carik keja sementara pon susah skang ni. Hmmm...

Friday, December 2, 2011

~ finally final ~


Gembira, syukur sebab  Faizal Tahir selected ke final AJL thru lagu dia yg best tuh.. KARMA. Yang klip vid nye ada kontroversi skit tu. Ala konon2 nya klip tu macam mengajar org wat jenayah la sebab ada scene bunuh2 gitu. Bagi aku ok je, klip vid tu tak de apa kontroversi nye pun. Kita kan rakyat yang berilmu. Boleh berfikir secara waras. Kalau kita amik dari sudut positif, jadi la positif. Kalau negatif jadi lah negatif. Ahhh diorang suka bikin panas. Dan bikin propa. Apepun FT tetap best. Muahahaaaa~

Tumpang seronok untuk Aizat jugak. Faveret jugak nih. Yuna pun besh!! Emm yang lain2 pon best jugak. Kisah Hati, Beribu Sesalan, Sedetik Lebih.. fuhh lagu2 ballad yg berat dan mantop. Haaa Awan Nano jugak. Faveret jugak tuh. Aihhh sume faveret. Camana nih?? Nasib baik aku bukan juri, hahahaa jenuh nak pilih. Dalam banyak2 lagu, aku terwonder lah. Kenapa lagu Cinta FB tu boleh masuk? Opps aku bukan anti NajwaLatif, tapi bagi aku lagu tu biase2 je. Cam lagu kanak2 riang. Lagu2 lain yg lebih bermakna patutnya boleh amik tempat lagu tu. Adakah sebab budak kecik nih tgh popular skang. Tiap2 ada anugerah, asik dia je  perform. Huhh!! Oke2, tak pe laa. Tu rezki Najwa. Apepun, Gudluck to all!!

p/s : Aku sibuk2 ni macam ade share pulak ye. Kalau derang menang pon aku tak dapat ape. Tapi dapat seronok laa... hahahhhaa...

k a l a u ...


Kalau diberi kekayaan, bersyukurlah. Itu ujian..
Kalau diberi kemiskinan, berusahalah. Itu cabaran.

Kalau diberi keseronokan, bergembiralah. Itu nikmat.
Kalau diberi kesedihan, redhalah. Itu dugaan.

Kalau diberi kebijaksanaan, manfaatkanlah. Itu amanah.
Kalau diberi kebuntuan, belajarlah. Itu tuntutan.

Percayalah, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada natijahnya.
Percayalah, Tuhan itu Maha Kuasa. 
RahsiaNya adalah misteri buat kita ummat manusia.

p/s:  Jangan berandai2, atau berkalau2.. Tak elok ok. Kita kena percaya pada Qada' dan Qadar. *peace*


~ kenapa saya ponteng...? ~

Skip school !! Ponteng !! Tuang kelas !!

Ohh ini istilah2 biase dalam kalangan pelajar. Tak kira lah pelajar tadika, sekolah mahupun yang dah besar bagak kat kolej ke universiti nunn... Tapi rasa nya fokus aku skang ni berkisar kat budak2 sekolah. Budak sekolah rendah pun dah berani tau panjat pagar.Walopun isu ni dah boleh di-classify as basi, lapuk, lama, berkurun dan etc. tapi aku rasa macam isu ni tak pernah padam. Kenapa ek?..

Based on kajian tak formal yg aku buat sepanjang pembabitan dalam kancah perguruan ni, aku bole senaraikan 10 sebab kenapa budak2 sekolah ni suka ponteng. Or mungkin terpaksa ponteng. Hehehh bole cam gitu, terpakse.. Ini just personal opinion based on observation and conversation masa kat sekolah dulu. No offence ok!!

Sebab # 1: Saya malas.
Ni jawapan standard aku rasa. " Kenapa ponteng? .. Saya malas p skolah, cekgu !! "
Malas adalah sejenis penyakit hati dan sikap. Bila cakap tentang malas, isu ni sangat subjektif. Ia sangat bergantung kepada pelajar tu sendiri. Ada tu cikgu dah marah, dah nasihat hatta sampai kena maki pon ada. Tapi dia wat muka tapai basi jek. Kadang2 mendidih je aku tengok. Kalau dah malas tak leh nak wat ape la. Aku tak tau la mak bapak diorang ni tau tak diorang ponteng. Takkan nak cakap kat bapak, "pak arini saya malas lah nak gi skolah..".  Silap2 hari bulan, " Pangggg!!! ini makan dia!! ". So kompem dah kena tipu orang tua tuh. Tau2 cukup bape hari, surat amaran sampai kat umah sebab ponteng.

Sebab # 2: Sekolah boring lahh !!
Wahh sajak nye ko jawab gitu, wat do u expect?? Sekolah ada panggung wayang ke. Atau ada club cucuk langit yg boleh wat ko terhibur kat sekolah. Nama pun sekolah, tempat orang carik ilmu. Mesti la we come to a serious bisnes. Bukannya tade riadah langsung. Time PJK tu haa ko belasah la main puas2. Ni tak, time PJK pon malas nak bawak baju sukan. Nak kontrol ensem pakai kemeja sekolah fit, seluar nak terlondeh. Kalu pakai track bottom tu tak macho lah plak nanti. Form1 tak pe lah, ni form 5 nak suruh pakai baju2 gitu kan. Main lah bola pakai seluar sekolah tu. Time koko pon satu hal. Cikgu yg beria2 datang, studen tanak datang. Attendance sedey!! Sebenarnya korang yg wat sekolah tu jadi boring. Just participate in watever program provided for u lahh.

Sebab # 3: Saya ikut kawan.
Pengaruh rakan sebaya pon berat jugak nih. Aku ada pengalaman dulu. Ada sorang studen nih, time form 1 memang bagus. Belajar ok, dengan cekgu pun hormat. Tapi bila dia naik form 2, tetibe transformasi telah berlaku. Jadi budak nakal, selalu ponteng kelas, ponteng sekolah. Ini semua sebab kawan. Tetibe geng ngan budak nakal. Geng2 baik dia dulu maintain lagi. Tu lah pentingnya pilih kawan ni. Kawan nak menjahanamkan ni memang bersepah. So watch out dear!!

Sebab # 4: Cikgu tu boring lah !!
Hohoo cikgu pulak puncanya. No offence ya cikgu! Ok lah, kita boleh refer kepada Konsep Kepelbagaian Pelajar. Mungkin ada certain method yang boleh dan tidak boleh kita apply dalam kelas. Tahap penerimaan untuk kelas hadapan tentunya berbeza dengan tahap penerimaan bagi kelas2 hujung. Memang lah, susah nak puaskan hati semua pelajar. Tapi cuba  guna kreativiti cikgu, untuk apply pendekatan yang berbeza. Huhuu aku pun pernah jadi studen. Ada sorang cikgu ni dulu, dia bukak mulut je kitorang dah menguappp. Hehhe dah pasti subjek Sejarah. Mana tak nya, dia asik baca je isi2 sejarah tu. Kitorang pon boleh baca sendiri kat umah!! Studen pun, jangan la mengada2 sangat. Betulkan setting niat nak belajar, inshaAllah tak boring.

Sebab # 5: Saya benci cekgu tuh !!
Ini lebih kepada motif dendam kot. Maybe cikgu tu pernah malukan dia, tegur or marah kat depan2 kelas. Denda kena jemur sampai kelas girlfren dia pun boleh nampak ke. Muahaahaa~ Sebab tu dia meluat bila cikgu tu masuk. So bila ada je subjek cikgu tu, dia pon ponteng ar. Tak kira la ponteng kelas cikgu tu je ke, or even ponteng sekolah terus. So cikgu2, tegurlah dengan cara yg behikmah. Studen pulak, jangan la amik ati sangat, sape suruh korang wat hal ngan cikgu. Nasib korang lah dapat cekgu Singa. lol~

Sebab # 6: Nak carik ketenangan, saya stress..
Pelajar cam ni, mungkin ada masalah dia yg tersendiri. Maybe ada masalah sejak dari rumah lagi. Pastu terbawak2 sampai ke sekolah, dan tak leh terima apa yang dia belajar kat sekolah. Nak duduk umah je, mesti tak boleh. Nanti mak bapak curious. So jalan mudah ponteng je lah. Pegi sekolah cam biasa, tapi kat pertengahan jalan wat diskusi ngan setan dan org alim. Macam dalam drama tuh. Sorang pakai baju itam, sorang pakai baju puteh. Tapi dalam kes ni, setan yang menang. So dia pegi lah tempat2 yg buleh ilangkan stress tuh. But dis is not d right way dear, lagi banyak hal timbul nanti. Silap2 jadi kes orang hilang.

Sebab # 7: Saya tak pandai, wat pe gi sekolah?..
Kes buta huruf. Sound tak logik kan. Tapi percaya lah memang ada kes buta huruf ni walopun kita dah nak masuk tahun 2020. Ni mungkin kes terpencil. Aku sendiri pernah hadap budak2 nih. Korang bayangkan eh, tahun ni nak SPM. Tapi dia tak boleh baca. Agak2 macam mana nak jawab pekse. Kalo ABC ampun lagi. Tapi kalo esei, karangan, struktur dan sewaktu dengannya.. So dia masuk kelas memang tak paham apa yg cekgu ajar. Bayangkan lah beb, nak belajar Ekonomi Asas nih. Tapi dia nak eja EKONOMI ASAS tu pun menangis. Dia tak paham, sebab dia tak leh baca. Yang sedey kalu cikgu cakap apa pun dia tak paham. So boleh bayangkan tak kalu subjek English camane pulak. Jadi, baik aku ponteng. Tak pening kan, cikgu?? Sy pun tak kacau org lain yg lagi pandai, yg nak belajar... Hmmm

Sebab # 8 : Saya orang susah.
Ok, ni maybe untuk kes2 studen yg tak mampu. Macam dlm citer Bersamamu tu. Nak pegi sekolah kene ada duit tambang, duit makan lagi. Kadang2 mak ayah diorang tak tau pun diorang ponteng. Alasan nk tolong mak ayah carik duit. Keje la kat mana2 pun janji dapat duit. Sebab tu kadang2 gi sekolah, kadang2 tak. Pegi sekolah pun asik jadi bahan kawan2 yg takde hati perut. Keje nak mengutuk, mengacau dan meminggirkan diorang. Sedey nye...

Sebab # 9 : Saya kene jaga adik.
Masa praktikal dulu, ada sorang studen ni dia kerap sangat tak dtg sekolah. Boleh kata dlm 5 hari tu, 2-3 hari je leh nampak muka dia. Kadang2 seminggu takde langsung. Bila tanya kawan2, diorang bagi tau dia kene jaga adik kat umah. Parents dia keje. So macam mana tu?.. Kat sini parents pulak la puncanya. Walau macammana pun, tanggungjawab menjaga anak2 tetap dibahu parents. Mana boleh lepaskan pada anak2 yg lebih tua. Lagi2 yg masih bersekolah. Faktor keselamatan dah terabai. Anak pulak terpaksa ponteng. Hmm..


Sebab # 10: Suke2 je.. saya takde sebab pun nak ponteng.
Apa perasaan anda sebagai guru, bila pelajar jawab gini. Hahahahaa ada tak terasa nak peluk diorang? Ataupun anda terasa seperti nak hadiahkan ciuman tapak kasut? Pelajar macam nih memang ada penyakit hati yg kronik. Dia dah tak boleh bezakan mana yg baik dan mana yg buruk. Matlamatnya ke sekolah jugak dah tersasar. Bahkan niatnya ke sekolah juga mungkin dah samar2. Macammana boleh jadi gini?.. Pelajar ni sendiri je yg ada jawapannya. Aku pun tak tau nk cakap ape. Haihhhh..

Apepun alasan, semuanya tepulang pada individu tu sendiri. Sehebat mana pun pengaruh dan cabaran di sekeliling kita, kalau kita ada kekuatan iman dalam hati dan rasa sayang pada diri sendiri, inshaAllah pasti kita tidak akan terjerumus ke arah keburukan. Selalu pesan pada diri sendiri, sebelum nak buat apa2 ingat lah pada mak dan ayah. Bayangkan lah wajah mereka. Mesti tak jadi nak buat jahat. Tu pun kalau sayang pada mak ayah lah. Renung2 kan.. Selamat beramal... ~peace~

Thursday, December 1, 2011

~ujian VS rahmat~

"Kenapa aku diberi ujian seberat ini?? " soal manusia. Jawab Al-Quran, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (surah Al-Baqarah, Ayat 286).

Kalau kita perasan, ayat tu selalu kita baca. 'Laa yukallifullahu nafsan illa wus a'haa'. Mungkin kita tak perasan apa kandungannya. Tapi itulah jawapan yang pasti, bagi setiap pertanyaan kita kepada Allah. Segala yang baik datang dari Dia dan segala yang kurang baik tu adalah kelemahan diri kita sendiri. Ohh aku bukan lah nak jadi Ustazah Pilihan. Sekadar berkongsi melalui bahan2 yg selalu didedahkan oleh islamic bloggers, majlis ilmu kat tv dan islamic articles. Menuntut ilmu tu wajib, lagi2 kita sebagai Muslim. Bila rasa diri dah tersasar sikit, cepat2 cari jalan untuk masuk ke landasannya semula. Jangan rasa bangga dengan kekhilafan yang kita lakukan. Sebaliknya perlu ada rasa malu dengan Allah sebab walopun dah macam2 kerosakan yang kita buat di muka bumi, hatta kerosakan pada diri sendiri..tapi Dia tetap turunkan Rahmatnya kepada kita. Menzalimi diri sendiri, bermakna kita merosakkan ciptaanNya. Kita kan ciptaan Allah. So sayangilah diri anda. 

Sepanjang kita hidup selama 20, 30 atau 40 tahun ni, pernah tak jauh di sudut hati kita ada pertanyaan2 begini :
  • Kenapa mak bagi duit belanja 30 sen je, kawan2 tu mak derang bagi seringgit.
  • Kenapa kawan baik aku ni pekse asik dapat nombor 1, aku lak nombor 3 je..
  • Kenapa pompuan tu asik tuka2 boyfren. Aku nak dapat satu pun payah, sebab aku tak cantik.
  • Kenapa boyfren aku tinggalkan aku sebab pompuan lain. Aku tak pernah curang.
  • Kenapa aku susah nak dapat keje yg elok, orang lain tu senang je. Gomen pulak tu.
  • Kenapa orang lain nampak bahagia ada hasben n anak, tapi aku stil sorang2 lagi.
  • Kenapa aku rase cam aku ni loser, Tuhan tak sayang aku ke..

Memang banyak masalah kan manusia ni. Semua tak kena. Semua tak adil. Semua tak sayang aku. Hehhehe Tapi kalau kita pandang semua ujian tu dari sudut pandangan rahmat dan hikmah, mungkin boleh mengubah persepsi negatif dan memadamkan semua persoalan2 ni. 

  • Allah masih bagi kita rezeki, walaupun kadang2 kita tak bersyukur dengan sesuap nasi yang masuk dalam mulut kita.
  • Allah masih bagi rahmat kejayaan, walaupun kita tak pernah bersyukur menjadi orang yang berjaya walupun hanya yang ketiga terhebat.
  • Allah masih bagi nikmat kesihatan, walaupun kita tak bersyukur dengan kejadian diri kita yang merupakan ciptaan Allah yang terbaik.
  • Allah masih bagi nikmat cinta, walaupun kadang2 kita menzalimi diri sendiri dengan perbuatan keji dan maksiat.
  • Allah masih bagi kita kesenangan walaupun kadang2 kita mahu yang lebih dari orang lain dan asik mengeluh dengan rezeki yang tak seberapa.
  • Allah masih belum mengambil ibu bapa atau famili kita, walaupun kita asik memikirkan hanya orang lain yang mampu membahagiakan kita.
  • Allah masih sayangkan kita, walaupun kita sering diberi ujian. Kerana ujian adalah penyambung kasih antara kita dengan Allah.

Manusia memang biasa kecewa dan putus asa. Kadang2 kita rasa kita ni lah org yg paling tak bernasib baik, paling susah dalam dunia. Sebab tu kita akan berkeluh kesah. Keluh kesah sangat tidak disukai oleh Allah. Tapi memamg betul pun. Kalau kita asik keluh kesah, sampai bila2 pun kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan lah maksudnya kita hanya perlu bergantung kepada nasib, tapi berusaha lah semampunya. Kalau dah memang bukan untuk kita, redha lah. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang Allah dah rencanakan untuk kita. Manusia merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah tu yang terbaik untuk kita. Jangan kita asik mengira ujian itu dan ini, mempertikaikan keadilan Tuhan. Tapi kiralah nikmat dan rahmat yang Allah beri sejak kita lahir sampai lah ke usia kita sekarang. Pasti takkan terhitung setiap satunya selagi nafas kita belum terhenti kerana nikmat bernafas tu pun kadang2 kita lupa. Bandingkanlah di antara ujian dan rahmat, pastinya kemenangan berpihak  kepada rahmat.

Renungan untuk diri sendiri juga. Peace!!  xoxo~

Thursday, October 20, 2011

Alif Satar - Lelaki Seperti Aku



First time dengar, nyampah giler.. hahhahaa. aku ingat lagu ni dia nak promote diri dia. Tapi bila dengar sampai abes, mesej dia bagus kot. Then bila da lama2 dengar, jatuh ati plak.. Lagu ni kiut sangat. I'm not a big fan of Aliff Satar, tapi suka dengar dia nyanyi since program One In A Million lagi.

By the way, enjoy lahh !! Hehehhh

p/s: Boleh dengar versi pompuan, by Shila Hamzah kat Youtube jugak... =)


Friday, October 7, 2011

~the lazy day~



The Lazy Song - Bruno Mars 

Aiyakk lama nya tade entry baru. Tersungguh la malas. Walopun tade keja nak buat. Bukan ape, tade citer nak dikongsi. Almaklumlaa, duduk di rumah saje da berbulan2 ini. Sikit lagi nak termuntah kebosanan.. Huhhuuhuu~ Nanti la skit ari lagi. Nak berblog jugak sebab da busan amat. Tapi nk post dulu lagu dari buah hati I , memang kena la ngan aku yang sedang kemalasan ini.. Enjoy!!  (^.^)

Thursday, August 25, 2011

~cookie monster~

Tahun ni dalam sejarah la wat kuih rayer....hahhaha setelah berkurun lama, oven tu pun dah bleh wat masuk muzium. Mungkin dek kerana bosan yang terlampau. So baik duk main masak2 kat dapo, disamping mengasah kan skil cekgu ERT yg tak berape nak ade tuh...hehhehe

Tapi satu ni je pun yg aku buat, tak kuaso den nak buek banyak2...ni pun biskut maen2 yo, den campak smuo dalam mangkuk. Pastu kite bakor je yeop!! sonang jo...Kat sini aku share bahan2 cane nak wat Choc Almond Cookies nih..hohhoo canggih tak nama dia. Tapi adunan ni just dapat dalam 60 biji je tau.

  • 200 gm tepung gandum
  • 200 gm mentega (tapi aku guna marjerin sbb nk bajet..hahha)
  • 60 gm gula perang (aku guna gula biasa je...jgn gula2 udah ler...)
  • 40 gm serbuk koko
  • choc cips dan almond cincang (ikut suka korang nk letak bnyak mana....agak2 je..)
  • 1/2 camca esen vanila
Cara2 nak buat senang je..
Putar gula ngan mentega sampai kembang. Then masukkan serbuk koko. Jangan lupa esen vanilla sikit. Pastu masukkan tepung sikit2, selang seli ngan choc cips dan almond cincang tadi sampai abes sume. Dah gaul rata, bentukkan adunan guna camca ngan gaya bebas. Memang buruk sikit rupa cookies nih..hahah.. Pastu susun lah dalam dulang pembakar tapi aku guna tutup periuk mak aku jek.. Then bakor la selama 10-15 minit pada suhu 170 darjah Celcius. Ikut la saiz cookies yg korang bentuk tuh.. Agak2 k... Selamat mencuba!!

amatur kot...guna timbang laa

oven nih dah tua sangat nmpak nye...nanti kite beli baru eh mak...=)

cam main masak2 time kecik dulu..hihii

yea dah jadi pun cookies nih....huhuu

Monday, August 22, 2011

~ lagu raya tahun ni kot.. ~



Uishh diam tak diam, bising tak bising tinggal lebey kurang seminggu jek nak rayer. Kejap je kan?? Korang dah beli baju rayer?? Mak korang dah beli kueh ngan biskut rayer??...hehheh.. Macam budak2 kecik berbalas kad rayer je kan tanye gituh...

Tapi mood rayer belom mari lahh... Dengar lagu rayer pun cam xdek perasaan jek. Aku sedey sebab :
1. Ramadan nak abeh dah.. Bunyi macam palsu je kan statemen aku tu, tapi serius beb. Tahun ni aku terasa sangat. Tak tau nape lahh.. Alhamdulillah Ramadan tahun ni Tarawih ada peningkatan sikit. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan setiap malam kecuali hari uzur seminggu tuh...dan ada lah bebape hari yang aku tak mampu nak lawan nafsu malas..;p

2. Aku tak keje lagi.. Runsing nye 3 bulan ni memikirkan mana nak cekau duit nak bayar macam2. Terasa membebankan mak ngan abah pon ada. Tak delah mintak diorang duit (sib baik ada saving ASB mase keje dulu) tapi sedey la tahun ni tak leh nak sponser kueh rayer tuk mak, beli baju rayer tuk abah. Duit rayer tuk adik2 ngan anak buah pun lum tentu ada time rayer nanti.. Uwaaaaaaaaa sedey3...sobsss.. Duit yang ada tu nk bayar roadtax, bayar saman sebab tak pakai seat belt ( cinabeng tul, apesal la arituh ade polis tunggu bawah pokok depan masjid tuh... ) bayar kete, maxis bb lagi... haduiiii.....ape pon tak bley!!

3. Tahun ni maybe dah tak de raya reramai ngn kawan2.. Sebab diorang sume dah kawen... hehheh so duk umah diam2 jek. Emm tak syoknye rayer... Lagi pun ku rindu kat dia lahh.. Alaa dia tu, dia yang bernama centa..hahha (ingat tabah sangat... >.< )

Oleh sebab tu, lagu rayer tahun ni pun lagu yang aku sendiri tak pernah dengar. Tapi sekali dengar memang meruntun hati sanubari beb. Macam kene lak kan ngan aku kan..ecececehhhh... Ape pun enjoy dis song k.. Indie band nye lagu nih, Melastik Bintang. Selamat berpuasa esok hari semua!!!

Love, xoxo

Wednesday, August 17, 2011

~ good morning cekgu!! ~

" Assalamualaikum!!! kak tolong2...bukak pintu ni.."
Adeii gedik pulak budak gimuk (adik bongsu aku) sorang nih, memekak je... Kang bangun lak Aleesya, aku baru tidurkan dia..ishh!! Selalu balik skolah ko bukak pintu sendiri je.. Bebel aku sorang2 dlm bilik ayaq, tgh basuh kein telekung sambil bangun nk bukak pintu.

" Ko ni!!!!...em...errr...."
" Kak aku menang!! Aritu kan ko tolong aku wat karangan KFC tuh.. Tak sangka aku dapat kak.. Hadiah pertama plak tuh..hehhehhhh.."

Si gemuk tersengih2 sambil menunjukkan hadiah hamper ngn patung Chicky sebesar heroine aku, si Aleesya. Aku yg tadi menyinga terus terbantut sebab tgk hadiah dia. Lagi2 dia mention aku tolong dia aritu..terharu pulak..ngeh3

Banyak giler dapat, rezki ko lah mok...tapi kitorang nk pow baucher
kfc bucket utk bukak posa  tu..haha
Actually tak tolong ape sgt pun. Bagi idea sikit2 and btulkan grammar dia je. Dah darjah 4 dia stil tak leh beza penggunaan 'she' dengan 'her'. Aku bagi contoh eh,
                         " She hobby is reading."
Betul ke? salah kan, patutnya ' Her hobby is reading'.. Sume dia bubuh 'she', adoii kompem la salah.. Aku sebagai bekas guru bahasa Inggeris tak bertauliah rase bertanggungjawab lahh nk btulkan. Uhuu so aku semak lah karangan utk pertandingan yg dianjurkan KFC ' Chicky Goes to School' yg dia sebok nk masuk tu. Emm kira berguna gak ilmu aku yg ciput tu kan...hahha

Sebenarnya aku tak reti sgt pun english ni, cukup2 makan je utk diri sendiri. Tapi nk mengajar org tu memag tak lahh. Tapi alkisah nye, haa nk di share kat sini. Korang nk tau tak aku ngajar ape masa jadi GSTT 2 tahun yg lepas.. HAHAHAHHAHAAAAA memang hancuss studen aku dpt cekgu BI yg hancus BI nye..

Camana aku leh dpt subjek internasional tuh?? haa..sume ni gara2 time aku interbiu GSTT kat pejabat pendidikan daerah (PPD) dulu. Tengah duduk beratur tggu giliran, ada sorang pegawai kat situ tanya kitorang yg tengah debor menunggu ni. Soalan dia, " Ada tak sape2 kat sini yang terer BI?..kira result spm dia dapat A lahh...kalu ada, meh sy interbiu kat bilik sy. Haa cepat skit kamu balik, tak yah tggu giliran.." Ayat dia lebih kurang camtu la. Masing2 sume duk tunduk sambil berbisik ngn kwn sebelah. Kebetulan dak sebelah aku ni junior sekolah dulu. "Kak, angkat lah tangan.. Akak kan pandai, tu BI dapat A2 tuu..." bisik dia sambil menjuih kan muncung kat result aku yg terpampang kat fail plastik yg aku pegang. Adeii lupe lak nk cover. "Eh tak yah la...result ni mbohong je, camana tah boleh dapat A..", jawab aku yg ala2 rendah diri tapi sikit kembang la idung aku..hahahaha...

" Ni encik!! Dia ni result BI bagus!! " tiba2 aku dgr sore yg agak menjengkelkan dtg dari sebelah tinge aku. Ishh budak ni memang nk naya kan aku laa. Pegawai tu pun datang dekat kitorang dan mintak result spm aku. Adoii mampus!! Dia ajak aku masuk bilik dia utk interbiu. Nak tanak terpakse ikot la beb, rezki dah dtg takkan aku nak tolak. Redah aje... Hampir setengah jam diinterbiu, akhirnye selesai.. Kebetulan pegawai tu kawan abah sekolah masa kecik2. Biase la kalu interbiu msti ada citer background sume kan. Wahh kira ade kabel la nih, macam ade harapan je kan...hehhe.. Then dia suh balik dan tggu panggilan sekiranya berjaya.

Aku blk umah memang hepy lah, sebab peluang dapat keje tu tinggi. Tapi dalam masa sama risau sebab pegawai tu cakap kalu dapat maybe aku kene ngajar BI. Dia ckap result aku ok. Memang la ok, tapi nk mengajar bukan cukup ilmu setakat SPM tuh..Sekolah menengah pulak kan..memang masak lahh...

Seminggu pastu dapat kol dari PPD, aku dapat keje GSTT tu.. Huhh gembira bukan kepalang lah, tapi risau sebab dia ckap opsyen BAHASA INGGERIS. Tu yang wat semangat aku luntur sikit.. Camana nk ngajar  adeiii...

Siap tulis opsyen ape, aku baru ingat nak bodek2 pengetua tu bagi subjek muzik ke..
haha sekolah menengah mane ada muzik daa

Pengalaman ni memang aku tak leh lupe smpai bile2. Memang manguji ilmu yang sekelumit tu la. Time lapor diri, bile Pengetua tu tanya awak boleh ngajar tak? Aku jawab je la "Saya cuba puan..." sambil senyum tawar.. Pastu dia cakap, awak student UiTM, msti boleh berbahasa Inggeris. Terus macam tersuntik semangat, ishh takkan nak malukan U kot... Pastu dia kata, tak pe..awak mengajar sambil belajar.. Aku pun lega lah sikit. Nasib baik lower form je, dua kelas je pun. Lagipun dapat kelas yang belakang2.. hahha memang sesuai lahh.. Mula2 memang tak yakin, tapi bila aku kenang balik time sekolah dulu mostly cekgu BI ni, atau panggilan glamernye Teacher sume cantek2  bergaya. Pi sekolah memang vogue beb.. Gaya tu terselah.. So aku pun cuba lah sedaya upaya meng'vogue'kan diri dan build the konfiden. Walopun sebenarnye hampehh je..hahhahahhaaa

Tapi tahun kedua mengajar, kebetulan cekgu BI tu dapat pindah balk kampung. Aku kene pegang 4 kelas form 2. Kelas depan pun ada.. Tapi tahun kedua dah yakin sikit. So ok la kot... Lagipun diorang ni kalu aku speaking banyak2 pon bukan diorang paham. Aku tanye, aku yg jawab.. Kalu ajar wat karangan lagi masak, memang tak berkembang la karangan tu.. Ajar literature (sastera) lagi lah nak menangis aku.. Yang diorang suka bila aku wat spelling je...suka tak bermakna diorang dapat jawab sume. Cuma nak mengelakkan diri dari wat karangan or kene baca sorang2... haha adeiii.. Spelling tu kalu kelas ujung2 je, kelas depan tak sesuai lah..

Tu sume pengalaman, fisrt time aku jadi cekgu. Biase la, jadi cekgu baru tak semestinya dapat mengajar apa yg sesuai dengan bidang kita. Kalu dah berlambak cekgu Sains Math takkan aku nk berkeras jugak. Silap2 terus diorang tak amik aku. So jadi cekgu ni sume kene boleh kan aje dulu. Jangan cakap tak boleh. Lepas tu baru usaha dan ikhtiar utk belajar dan perbaiki diri. Kalu tak sampai bile2 takkan belajar ape2 kan. Tapi dalam bnyk2 subjek aku paling suka subjek PJ. Bagi bola sebijik, suh diorang main kat padang. Pastu aku duduk je kat tepi padang sambil usha2 henpon. hahaha giler jahat!! dah tu cekgu2 senior tu wat gitu, aku ikot je lahh... Tapi korang jangan wat gitu tau..huhhuu

Sunday, August 14, 2011

d'Masiv - Jangan Menyerah



Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasaNya
Bagi hambaNya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah
Jangan menyerah
Jangan menyerah.....

:: Lagu ni sgt simple liriknya, tapi mesejnye terus masuk dlm kepala dan meresap dlm hati...=) 

Saturday, August 13, 2011

~ karipap@moreh.com ~

Ramadhan Kareem...
Haa dah dekat separuh bulan baru ada entry psl bulan posa nih..hehh.. Alhamdulillah tahun ni masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Kuasa untuk menjalani ibadah posa di bulan yang sangat mulia ni.. Sempena bulan yang mulia ini, sy panjatkan doa setiap hari (inshaAllah...^.^ ) supaya kita semua dapat menyucikan hati, merendahkan diri di hadapanNya, memperbanyak amal soleh dan memperbaiki diri manjadi seorang hamba yang lebih baik dari sebelumnya. Lakukanlah perubahan ke arah kebaikan walaupun sedikit..

Bila Ramadhan tiba, msti ada benda2 istimewa yg terus link dgn bulan ni kan. Antaranya solat tarawikh dah moreh. Haa ape tu moreh? Moreh tu juadah yg dibawa oleh para penduduk sekitar apabila ke masjid untuk bertarawikh. Biasanya di satu kariah tu, dah diedarkan jadual untuk penduduk membawa moreh sepanjang ramadhan bergilir setiap malam. Moreh tu akan dimakan setelah selesai solat tarawikh.

12 Ramadhan aritu giliran  famili kami kena bawak moreh. Hmm mak cakap nk buat karipap. So seawal kul 3.30 da start bergegas ke dapo. Ok lah posa2 penat nk citer, kite layan picture lahh...=)


inti kentang campur ayam

ok skang masok kan inti dalam doh yg dah dicanai...wahh mcm cef wan gituh..hihi

haa da masok inti wat la kelepet kat tepi..cantek x? 

balen2 doh yg masih menunggu giliran utk dicanai

wahh da ciap pun...=)

ok frying time...api jgn besar2 sgt nnt anguih...=)

orait karipap ready to be served

dis is aleesya...dia suka makan karipap

tgh panas enjin nk p tarawikh....jom!!

Masjid Al-Awabin pekan Bestari Jaya...cahaya ramadhan gituh...=)

Saturday, August 6, 2011

~sekali lagi~

asal konvo je msti nk pegang bunge...hihii

perarakan graduan

geng DPLI/UPSI 2010/11

Tanggal 29 Julai aritu sy telah dianugerahkan, emm ishh cam hebat je anugerah ek.. huhhuu tak la, senang citer sy dah grad utk program diploma edu kat UPSI. Genap setahun dah dari tempoh belajar smpai lah da konvo ni. Sebenarnya tak de ape pon, cuma yg eksaited nye nak share kat sini, dis is my 3rd convocation ok. Kalu citer kat org bunyi cam best jek.. Org ingat dah dapat PHD kot, hahha padahal dip je.. Tapi x kesah ler, yg pnting i konvo 3 kali tau.. Korang ade?? hehheheee~

Konvo kali  ni tak byk beza pun dari yg sebelum nih.. Bezanya just uni nye lahh, dulu kat UiTM tp skang kat UPSI. Tapi ape pun UiTM tetap Dihatiku. Dan macam biasa gamba2 konvo sy sume ditemani kawan2 dan parents. Tak de sape2 yg spesel pon (sob..sobs.. ). Kadang2 terdetik jeles dan menyampah tengok org len begambo ngn boipren ke, encik tunang or suami.. Tapi tak pe lahh, mak n abah ada selalu menemani....ececehh.... Lepas ni kalu panjang umo konvo lagi tapi stil begambo ngn mak, adehh...mmg kene mandi bawah jambatan lahh... Ishh choy!!!!!! Astaghfirullah....tak3....inshaAllah tak...emm x moh laa...huhhuuuu

Dari kanta kasarnya nmpak mcm life sy ni glory2 je.. Tapi sebenarnya tak semudah mcm org lain. Pada usia ni patutnya dah ada asas idup yg kukuh (ekonomi lahh maksudnye..) Tapi sy masih bergantung dgn parents, blum mampu sara diri sendri.. Sy masih lagi belajar utk dpat kehidupan yg lebih baik. Padahal kwn2 lain yg seangkatan tak perlu pun. Cukup smpai degree dah boleh selesa dgn kehidupan. Berjaya dalam pelajaran konvo sampai 3 kali, tapi sy masih belum berjaya menawan hati sesorang bernama lelaki. Sy selalu gagal dalam relationship, tak selalu lulus macam amik pekse time blajar tu. Kalau lah bercinta ni senang mcm belajar...huhhuuuu

Bunyi nye banyak sgt mengeluh sy nih.. Hehhe tak lah, sekadar refleksi diri sendiri. Sy tetap bersyukur sebab Allah tak pernah lupakan sy dengan kurniaan nikmat rezeki, kasih sayang famili dan peluang2 untuk berjaya dalam kehidupan. Mungkin turn sy lambat sikit dr kawan2 yg lain. Well its better late than never..kan2?? Apepun tetap syukur, Alhamdulillah....terima kasih Ya Robb.....=)

Thursday, July 21, 2011

~terlalu baik...~

" Awak terlalu baik utk saya..."


Acapkali ungkapan tu keluar dari mulut2 Adam yang pernah saya kenal. Adakah mereka betul2 bermaksud macam tu, atau pun tu cuma cara paling berhikmah untuk melukakan hati orang lain. Orang puteh cakap " a polite rejection". I'm afraid to date you. It seems too good to be true.

Lelaki susah nak difahami. Dia betul2 nampak ikhlas dan sungguh2. And he tells me how I always understand him, I'm smart, cute, and pretty much his dream. Tapi yang buat saya confuse dan kesukaran untuk faham, why wouldn't he dates someone who is everything he wanted? I don't understand it at all. Kalau xda hati, kenapa perlu susah payah nak amik berat, jaga hati, luangkan masa and so on. Just like an ordinary couples do. I really never thought of myself as all that special. In fact, I usually feel much the opposite. Saya org biasa, sama cam org lain jugak.. So why would he ditch me for some reasons yang rapuh, " u are too good", " i keliru dgn perasaan sndiri", " i tak boleh nak decide" " i dun deserve u" dan macam2 lagi alasan yang hampehhh..


Nak putus, alasan ni.. Nak start a relationship pon alasan ni..


Situasi 1 : Nak putus
L : U, i syg u.. Tapi i rasa u deserve someone else yg lebih baik dr i. i tetap syg u smpai bila2...
P : Tapi nape?? apa salah i..u wat i camni..
L : U x salah ape2.. i yg salah. u terlalu paling baik sangat...(ayat bm melampau yg salahhh) i
      tak layak utk u.
P : .....
Tapi kenapa after few years baru perasan yg pompuan tu terlalu baik utk dia. Lepas dah tabur janji2 manismu. Dah plan nk hidup bahagia sesama. Memang la manusia hanya merancang, tapi boleh pikir ape sebelum tu. Ni dah sayang separuh nyawa, nak tinggalkan mcm tu je. Dah la alasan kabur.. Tup2 sebulan lepas tu kawen ngan orang lain. Senang nye, jadi backup plan je rupanya.. Dem it!!!


Situasi 2 : Nak start relationship
P : U, kite ni macam mana?..
L : Mcmna ape.. Cam ni laa..
P : Ye laa, i  just nk tau status kita. Kita ni tak mcm kawan biasa.. tak kan u tak rase apa2
L: Tah la u, i confuse.. I nak u ada selalu ngn i, tp i tatau perasaan i camne. i tatau apa i nk..
P : Abes tu smpai bila nk mcm ni..
L : Kite layan je eh.. Tapi u jgn harap sgt kat i. i takut nnt i akan lukakan u..maybe jodoh u lbih 
     baik dr i. sebab u terlalu baik utk i..
P : ......
Baik punye respon.. Hang da layan baik, sayang2 sume..jaga hati, amik berat... Teruskan je la. Kalau niat kita ikhlas, inshaAllah Tuhan akan mudahkan jalan. Ni tak, bila si perempuan cerita psl keseriusan dlm relationship, terus gelabah. Semua jadi tak kena. Dunia kelam. Susah sangat ke nak commit dalam relationship. Kalau betul2 sayang, tak perlu nk rasa takut. Ni kes yg nk suka2, trial n error, tu jadi mcm ni...hmmmm


Dah la, jangan guna alasan 'terlalu baik' tu. Terus terang lagi bagus. Walaupun sakit, sekurang2 nya dia tau apa yang ada dalam isi hati kamu. Apa alasan kamu yg sebenar. Takut plak nanti, dia tak boleh terima alasan tu, terus berubah plak jadi pempuan tak baik, pendendam, penipu dan tak jujur dalam relationship. Dah jadi baik pun orang layan tak baik, baik jadi jahat kan.Sama macam yang kamu buat ke dia. Ishh naya tuh.. Hmmm apa2 pun sume datang dari diri kita sendiri. Kalau kita ikhlas, kerana nak mengharapkan redha Allah, inshaAllah jalan kita mudah. Girls, jangan cepat jatuh dan rapuh. Simpan cinta untuk yang berhak..jangan tangisi apa yg bukan milik kita..


love_xoxo

Tuesday, June 28, 2011

~everything will be fine~

Fuhh lamenye x berblog nih..huhuu. Sebok ngn study, pastu p praktikal lak 3 bln. Hmmm sebok la sangattt..hehh3.. Lagipun xde ape nk share, semua citer2 biase je..

Tersebut psl praktikal tadi, emm seronok gak duduk kat tempat org nih..1st time duduk jauh dr family, giler da tua2 ni baru ada peluang. Dulu muda2 tanak, berkepit ngan mak je..(skang pun berkepit ngan mak gak, da tade laki lagi, hihhii..) 3 bulan di Kulim, memang pengalaman yg tak dpat dilupakan. Banyak benda baru dapat di explore. Contohnye ape eh?.. emm loghat nye, makanan nye, orang2 nye, tmpat2 menarik sekitar utara tuu..n mcm2 lg laa.. Sekolah tempat praktikal tu pun best. Kwn2 cikgu yg sangat warm, peramahh, kepochi, meriahh ..eii seronok lahh.. Dpt lak ngajar budak2 form 1, aalahaii comel2 je.. Rindu dorang sume...:(

Ni dah sebulan blk Selangorr.. Dah mcm ape je kat umah ni, kedepan keblakang...buhsann... Bile la nk start keje..aihhh?? Bile da tade keje, kepala pon mula la merewang sana sini pikir mcam2. Sbenarnye ade sesuatu lagi yg di explore kat Kulim tu. Itu jugak yg buat semua jadi tak kena kat sini. Hahhaa padan muka, tade pasal carik pasal.. But i believe that everything happens for a reason. Ape pun syukur Tuhan masih bagi rasa itu.. rasa butterflies in my stomach.. But i dun know whether it will last or sekadar di pinggiran je... Sebab sy seorang yg selalu gagal... Hmmm.... Sudah lahh, everything will be fine!! Jgn risau...Allah ada jaga kita semua...Laaa tahzan!! =)

Sunday, March 13, 2011

Jadi cikgu kan senang!!


Ingat lagi org2 dulu cakap, ala keje cikgu kan senang. Balik tengah hari boleh tido. Yg perempuan boleh masak, kemas rumah, jaga anak bile balik dr sekolah. Kat sekolah pulak keje mengajar je la. Apa yg susah??


Rasanye bukan org dulu je, org sekarang pon fikir camtu. Well, including me!! Huhhuuu.. Tapi bila da masuk profesion ni dan merasa sendiri jadi cikgu sandaran dulu persepsi tu terus berubah sama sekali. Ingat kan datang sekolah, masuk kelas then mengajar. Pastu abes kelas masuk bilik guru, tak pun borak2 sambil minum kat kantin.


Realitinya, cikgu ni boleh kata multipurpose la kat sekolah tu.. Contoh nya bila ada event kat sekolah mcm mesyuarat PIBG. Cikgu kene urus dari A smpai Z. Dari sebelum, semasa dan selepas hari kejadian. Cikgu kene jadi MC, kena jadi tukang hias dewan, kene pasang PA system, kene menyapu dewan, kena bungkus adiah, kene hidang makanan, kene sambut tetamu dan mcm2 kene lagi... Bila hari sukan plak, cikgu kene latih budak, kene wat garisan, kene jaga garisan, kene jadi hakim, kene hantar budak pengsan, kene itu dan kene ini.. Bila musim periksa lagi best, sbb x yah ngajar.. Tapi cikgu kene wat soalan, kene stapler kertas soalan, kene tanda plak.. Pastu kene amik markah, kene key-in markah, kene tulis kad laporan kemajuan. Skrang masuk plak bab jadi guru kelas. Hari2 kene amik attendance, kene tutup buku attendance tiap bulan, kene kutip yuran pelajar, kene kira hari budak ponteng, kene wat surat amaaran budak ponteng, kene mengadap mak bapak pelajar yg bermasalah. Kene jaga kelas plak biar bersih selalu kalo x kene sebut kat assembly kelas paling kotor..huhhuu malu cikgu kelas.. Itu belum yg ada jawatan2 penting. Kene wat akaun la, kene audit la, kene hantar budak pergi bertanding kat luar sekolah..uiii mcm2 lg...


Skarang most school blk lewat..at least pukul 2.30 ptg. Tak macam dulu, kul 1 lebih da boleh blk. Tu belum yg ada aktiviti ko-kurikulum. Dah kene blk lewat smpai ptg plak.. Kalau kene kelab yg nak masuk pertandingan ke peringkat daerah, dah kene latih plak tiap2 hari sebelum hari perlawanan. Tambah plak ari Sabtu kadang2 ada aktiviti mcm Latihan Dalam Perkhidmatan. So kene dtg wat kursus kat sekolah..


Kat dalam kelas, at least ada more than 30 students kene handle. 30 kepala, 30 kerenah dan 30 perangai.. Tu baru satu kelas, kalo ada 4 kelas..huhhuu darab je la bape kepala kene jaga. Kalo stail dgr cakap, stail budak kelas depan..fuhhh Alhamdulillah.. Tapi kalo stail ada batu dalam kepala, stail kelas hujung tanjung, memang mengucap panjaaaaaangggg la cikgu.. Dulu zaman saya sekolah, nmpak cikgu dr jauh nk masuk kelas kite dah berlari amik tempat masing2. Sekarang cikgu masuk mengajar, dia pun sibuk wat syarahan kat belakang.. Yg lagi best, cikgu menulis kat papan putih. Then bila toleh mengadap pelajar, tinggal 2 line depan je. Yang belakang haram ponteng kelas.. Belum yang merokok dlm toilet, dating bawah tangga, join budak2 kelas PJ kat padang, curi harta sekolah, toreh kereta cikgu, bertenggek kat koridor tayang muka kat junior, yg junior pompuan tawaf satu sekolah nk tayang muka kat senior.. Hmmm macam2...


Berurusan dengan manusia ni lagi mencabar berbanding berurusan dengan mesin. Marah kat mesin boleh tendang je, ni marah kat budak takkan nk terajang plak..silap2 boleh tido lokap. Tak pun naik court. Zaman skarang cikgu bukan suka2 je bleh tiau budak. Mak ayah dulu2, bile anak kene marah or pukul ngn cikgu, teruk budak tu kene bambu. Tapi skrang, cikgu plak kene bambu. Padahal anak diorang tu yg jahat, pemalas mengabehkan duit. Tapi cikgu plak yg salah sbb nk mendidik anak2 diorg yg konon nye baik sgt tu.


Silap2 haribulan cikgu bleh masuk hospital bahagia sbb stress. Dah la byk keje, tambah plak dengan perangai studen yg macam2 laa. Nak mengajar maybe senang, tapi nk mendidik jadi org..bukan sesuatu yg mudah. Tambahan plak anak2 akhir zaman ni, sgt2 menakutkan...Tu pengalaman masa jadi guru sandaran, skrang ni insyaAllah akan jadi guru tetap. So memang kene mengadap la smpai pencen, kalo panjang umor. Semoga Allah selalu mempermudahkan jalan untuk kita semua.. Dan semoga usaha guru2 dalam mendidik anak2 bangsa sentiasa diberkatiNya..


Aminnnn.....=)

Saturday, March 12, 2011

Great Teacher in The Making

So what makes a great teacher?

1) Passion for teaching. This can manifest itself so many ways. I'm the "jump around the room" kind of teacher, and sure, that comes from a lot of passion, but some of the best teachers I've known have had a passion that students had to be quiet to catch onto. For me, when I was a young teacher, watching people like Maura Gouck and Marijolin DeJager teach with their quiet passion and brilliance was so important to my development as a teacher.

2) Love of kids. You laugh, but it's true! I've seen people come in and talk about teaching and talk about how much they love their subject and know about their subject, but they never mention the kids. Worse, we had an interview once where the teacher clearly knew his stuff, but he basically admitted that his classroom management style was fear and intimidation. Not who I want teaching kids I care about.

3) Love of their subject. Again... pretty important. I spent four years dropping by Mike Thayer's classroom because to watch him explain physics or calculus was, for me, to understand how you could have a passion for something that was always a mystery for me. Great teachers not only love their subject, but they love to share that joy with students.

4) Understand of the role of a school in a child's life. High school is more than the sum of the classes the kids take. It's a time to grow, explore, try on identities, find joys that might just last a lifetime. Sometimes the best teaching we do happens on basketball courts, in the halls after a class, at a local coffee shop or in a drama studio. The best teachers know that they are teachers for much more than the time they are in the physical classroom.

5) A willingness to change. This one gets overlooked sometimes, I think. I've written about this before, but it bears repeating. We talk about how schools should be transformative for kids, but I think they can be just as transformative for teachers. If you expect kids to be changed by their interaction with you, it's got to be a two-way street.

6) A work-ethic that doesn't quit. It's a hard, draining job that will demand all that you can give sometimes. You've got to be able to have some balance in your life, but there are very few teachers who can be effective by cramming everything they need to do into the hours allocated by the average teacher's contract. (And for the record, the overwhelming majority of the teachers I've met put in hours well above and beyond the contract.)

7) A willingness to reflect. You've got to be able to ask why things went the way they did... both on the good and the bad days. And you have to be able to admit when the reasons it went bad were because of what you did, not what the students did. (Equally important is the understanding that often things go right because of what the kids brought to the table, not because your lesson plan should be bronzed.) Teaching requires a willingness to cast a critical eye on your practice, your pedagogy and your self. And it can be brutal.

8) Organization. My personal Achilles heel, and one of the things I'm always working to improve. My Palm Pilot helped, really. But I hate paperwork and official looking documents, and it kills me. I am amazed at the people like Dale Lally who seem to get his papers handed back before the kids hand them in or seems to be able to put his hands on every unit he's ever taught within a moment's notice. Kids know what to expect, they know he's going to be organized and have a structure to his class... and he's still creative and spontaneous and interesting. I can only imagine how much better of a teacher I'd be if the structure of everything I did was just a little more organized. 

9) Understanding that being a "great teacher" is a constant struggle to always improve. I'm starting my eighth year as a teacher in a little over two weeks. I'm pretty proud of what I've accomplished, and I think I've had some moments of great teaching in my career so far, but I also still see all the holes in my teaching -- sadly, often times mirroring holes in my self -- and I still want to get better... because I think I've got a long way to go to be a great teacher every day. And even if I get better at everything I see as weaknesses now, I can only imagine what new challenges will face me on that day. 

10) Enough ego to survive the hard days. The tough days will leave you curled up under a desk, convinced that you can't teach or the world is too hard for these kids or the work is too much or whatever the problem was that day... you have to have enough sense of self to survive those days.

11) Enough humility to remember it's not about you. It's about the kids. If your ego rules your classroom, if the class turns into "me v. them" or if you can't understand that a sixteen year old might be able to tell you something you don't know, then don't teach. Or at least, don't teach high school.

12) A willingness to work collaboratively. Sure, there are some great teachers who close the door to their classroom and do what they want, but I think you send a strange message to the kids that way sometimes. Teachers are part of a school community, and even where that community can be flawed (and lots of schools are), a great teacher should be willing to work to make the community a better place. 



p/s :taken from, http://practicaltheory.org/serendipity/index.php?/archives/8-What-makes-a-great-teacher.html

Akhil Hayy - Berita Kepada Kawan




Berita Pada Kawan


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menambah kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika kutanya mengapa
Ayah ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut kukhabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Itu tanda Tuhan Murka melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.

p/s: sangat suka lagu ni..meaningful lyrics..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...