Tuesday, November 27, 2012

2 dan 8

Finally.. sampai jugak, Alhamdulillah. Syukur di atas nikmat kelangsungan umur yang masih dipinjamkan sampai ke hari ni. Lagi 2 tahun, angka 2 tu akan lenyap. Diganti dengan angka 3. OMG!! Betul ke ni? 30?? Cepatnya!!

Semua orang takut tua. Nape ek? Lagi2 orang perempuan. Bila dah tua, saham for sure turun menjunam. Bukan saham BSKL. Tapi saham diri masing2. Nak pulak, yang tak kawen lagi. Mesti risau takde orang nak la, nanti kawen susah nak beranak la. Yang lagi best, orang keliling pon tolong risaukan sekali (bahasa kasarnya, menyebok je.. Susah ati kalau tak kawen lagi.. aihhhh)

Aku pun termasuk ka? Golongan yang risau tak kawen lagi sebab umur dah banyak. Bukan risau apa, risau nanti dah tua anak2 kecik lagi. Risk and complication during pregnancy. Fuhh tu pun risau jugak. Arghh risau banyak bukan boleh buat ape. Make a move la, cari calon cepat2. Ni lagi satu, ingat senang ka? Cari calon suami kot. Bukan calon SPM?.. Ishh hang banyak sangat pikiaq. Just go with the flow la. InshaAllah rezki, jodoh, ajal semua Allah dah tentukan. Cepat atau lambat je. Dah hang dapat turn lambat, redha je la.. =)

Kite jangan takut tua. Tapi takut la dengan umur yang semakin sikit. Peluang dan masa untuk bersama keluarga pun akan berkurang. Tempoh untuk beribadah pun semakin singkat. Kalau masa tu tak digunakan sebaiknya, termasuklah kite dalam golongan orang2 yang rugi. Kata Imam Ghazali, perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati. Manakala perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Jadi, jangan disesali masa lalu itu, tempuhlah masa depan dengan penuh kesyukuran.

xoxo, Jill

p/s : Umur je 28, tp kalau cakap 21 pun orang percaya lg okeh!! heeee



Thursday, November 22, 2012

Hari ni Abah 58 tahun. Syukur!!!! =)

22 November..
Hari ni genap abah 58 tahun. Abah nak masuk 6 series dah. Sekejap je rase masa berlalu. Tua dah abah. Mana taknya. Aku pun dah nak masuk 3 series. Aku pun dah tua jugak la...heheheee~

Rayer 2012
Bila dah duduk jauh, susah nak balik kampung, baru tau rasa nak rindu2 kat family. Especially abah.  Dulu tak rasa. Sebab hari2 nampak. Lagipun anak perempuan biasa memang tak rapat sangat dengan abah. Kalau nak cari suami, rujukan utama mesti la abah. Kalau boleh nak cari macam abah. Sweet, soft spoken, tak cepat marah, coooool aje. Heheheee...

Abah orang biasa, orang kampung. Belajar pun sampai Darjah 6 je. Arwah atuk dulu bukan orang senang. Abah pulak anak sulung. Adik beradik berderet2. Maklum laa, atuk kawen 3!! Hihiiii~ Sekolah memang sampai had tu je yang mampu. Mula bekerja dari umur 16 tahun. Kerja Majlis Daerah je masa tu. Jadi buruh. Sampai la umur abah pencen. Tapi aku kagum dengan abah. Dengan gaji yang tak seberapa, kitorang 6 beradik cukup makan, pakaian dan paling penting pelajaran. 4 dari kami berjaya ke Universiti. Abang long je yang terkucil, belajar main2. Hehehee.. Harap2 adik yang last ni, dapat meneruskan kejayaan belajar sampai ke U.

Masa sekolah dulu, aku tensen ngan kawan2 yang nakal. Diorang suke bahan nama abah. Nama abah kan Encik Selamat. Nanti ada la yang sambung, "Selamat Hari Raya" laaa, "Selamat Datang" laa..
Kadang2 aku rase nak sumbat je mulut diorang dengan stokin. Hahahahaaa~ Tapi tu dulu. Zaman budak2 memang la. Bila teringat, tergelak je sorang2. Aku teringat pesan sorang ustaz. Dia cakap, " Bagus nama ayah kamu. Orang doakan dia selamat. Semoga kamu pun sentiasa selamat di bawah naungan Allah.." Emm Amin... sejuk je hati bila dengar ustaz cakap macam tu.

Bersyukur abah masih ada, sihat dan gembira. Walaupun abah tak kaya, tapi sekarang hidup dah semakin baik. Dulu pun tak la susah sangat. Susah tapi masih mampu galas beban tu. Sebab abah kuat semangat dan kerja kuat. Bila diingatkan balik, susah nya abah cari duit dulu. Macam2 kerja abah buat. Tapi sekarang, abah dah pencen. Rutin hariannya di rumah keduanya. Opss!! Bukan rumah bini kedua ye. Tapi di rumah Allah. Di Masjid sebelah rumah je. Abah jadi siak sekarang. Daripada tak buat ape2 kat rumah, lebih baik berbakti di rumah Allah. Elaun pun dapat. Hehehee~

Selalu berdoa, supaya dapat senangkan abah dengan mak sampai akhir hayat diorang. Tak pe la kalau tak tunjuk kasih sayang, tapi jangan lupa jalankan tanggugjawab sebagai anak. Ambil tau hal kesihatan, keperluan perbelanjaan dan selalu menjenguk diorang kat rumah. Itu pun tanda kasih sayang. Nak paling senang lagi, doakan diorang dalam doa 5 kali sehari selepas solat. Dapat pahala free kan. Ape2 pun, semoga abah panjang umur dan sihat selalu. Kitorang sume sayang abah.. (^___^)

p/s : 27 November ni besday aku pulak....hmm sejak 2 menjak ni aku tak suke besday. Nape ek?? Hahahahaaaaaaaaaaaaaa~



Misi Kinabalu : Menuju Puncak

Alhadulillah.. dapat jugak rehatkan badan dan kaki walaupun macam2 dugaan. Dalam hati neves sangat. Aku takut dengan cuaca. Kat atas tu kompem sejuk. Boleh ke aku bertahan??

Get ready sambil dengar briefing dari Guide
Bangun dalam pukul 1.30 pagi. Memang tak mandi la sebab sejuk giler air. Cuci muka, gosok gigi.. siap2 pakai baju tebal. Barang2 macam headlight, gloves, sapu tangan nak tutup mulut.. semua kena bawak. Sebab nak mendaki pukul 2-3 pagi, sure gelap. Ada bahaya sikit la.. Sebelum start hiking, diorang bagi supper dulu. Tapi memang tak lalu, macam bangun sahur je aku rasa. Makan jugak la sikit, buat alas perut. 

Selesai semua, guide bagi briefing sikit. Then kitorang semua bermula la mendaki beramai2. Memang gelap. Sebab tu kena pakai headlight. Sejuk nye, Mashaa Allah... dengan angin yang bertiup. Fuhh nyaman. Tapi, first 15 minutes tu aku panick. Sebab rasa sesak nafas. Nak nangis je rasa. Time tu aku kat belakang sekali dalam group kecik kitorang. Rasa nak patah balik. Tapi cuba jugak tenangkan diri. Aku decide untuk buka sapu tangan yang aku ikat untuk tutup mulut n hidung. Only then, baru la boleh bernafas dengan baik. Fuhhh syukur... 

Perjalanan naik ke puncak agak mencabar. Awal2 tu ade la pokok2. In the middle, start dah berbatu2. Hanya berharap pada tali. Dan kawan2. Member yang 3 tu Joe, Bol n Hilmi memang dah tak nampak. Dah jauh kat atas. Aku, Oki, Dayah n Yaw stil tak berpisah. Kitorang jalan sama2, benti pon sama2. Guide sentiasa di belakang kitorang. Banyak kali benti sebab sejuk. Angin kuat pulak tu. Ya Allah aku dah bape kali nak putus asa. Guide pon bagi semangat, suruh jalan pelan2 je. 

With Yaw n Dayah. Tak mampu bercakap.. semput aku
Tiba2 rasa sesak. Bernafas pendek2. Then aku dengar bunyi yang aku da lama tak dengar. Bunyi orang semput tu. Macam kucing batuk. Eiiiii semput aku datang ke? Takut giler masa tu.. Mulut tak benti selawat n doa. Mintak perjalanan dipermudahkan. Alhamdulillah bertahan lagi. Kitorang berjalan sampai ke Pondok Checkpoint. Kat situ, tag nama akan diperiksa. Rehat sekejap, then teruskan perjalanan. 

Hari makin terang. Perjalanan makin rata je. Dah tak mendaki sangat. Tapi angin makin kuat. Cuaca makin sejuk. Hidung aku dah start berair. Tunggu nak jadi ais je.. (hehehee tak la, tipu je..) Berjalan makin slow, 4-5 langkah je benti. Then sambung balik. Sejuk giler wehhh...huuuuu

Bila dah terang, tengok sekeliling tu.. Subhanallahhhh!! Cantik!!! Nampak matahari nak naik. Hilang sekejap rasa penat. Tambah2 bila dah nampak puncak tertinggi. Lagi bersemangat. Sampai tak perasan aku dah tinggalkan Yaw n Dayah. Oki memeng kat belakang la, jalan dengan Guide. Baru perasan jalan sorang2 rupanya. Tapi tak pe la, teruskan jugak. Masa tu dalam hati, macam2 rasa. Menyesal naik gunung, penat tak ingat, sejuk nak mati..lepas ni tak mau naik dah. First n last! Aihhh macam2 la. Tapi kaki tetap teruskan langkah. Kalau tak sampai puncak ni, jadi bahan je kat sekolah. Dah la macam 1 sekolah tau kitorang nye trip gunung ni. Aihhhh Belanja dah dekat 1K..Ohhh memang kena sampai puncak.

Yang paling terkesan, bila selisih dengan hikers yang nak turun. Tak kira siapa pun, dia akan bagi semangat. Cakap "good luck", " u can do it", " a lil more to go".. Kita yang nak naik ni dah tak bole bercakap, hanya mampu senyum n say 'thanx'.. Tak kurang yang hulurkan tangan, supaya aku dapat naik sebab muka memang dah tak larat. Selamba je aku naik sorang2. Then bila selisih dengan geng yang 3 orang tu, lagi la bersemangat nak naik. Dalam hati, "Dem!! korang nak turun dah. Aku terhegeh2 lagi nak naik peak.." Heheehheeee......

Finally, i've reached the summit!! Kalau tak salah, masa tu jam aku hampir pukul 6. Masa tu takde perkataan lain selain Alhamduillah. Bernyawa lagi aku. Dari atas nampak la kawan2 aku yang stil tak berputus asa. Bila sampai sorang2, masalah takde pulak orang nak tolong ambik gambar aku. Diorang tak sampai lagi. Mujur la ada sorang Malaysian ni, mintak tolong aku amik gambar dia. Then aku pun suruh la dia amik gambar aku. Heheheheee Sempat la kitorang borak2 kat atas sementara tunggu kawan2 kitorang sampai. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bila dah sampai puncak, aku lupa terus kesusahan nak naik tadi. Serius wehhh...

Finally...yeah!!

I did it man!! wehoooo

4 of us

15 minit jugak la tunggu 3 lagi kawan aku tu sampai. Memang sejuk. Kebas muka dan mulut. Nak bercakap pun susah. Diorang sampai je, terus amik gambar sama2. Then aku dah tak boleh tunggu lagi,  nak turun cepat2 sebab sejuk. Hari dah makin terang dan panas, rasa nikmat bila nampak matahari. Perjalanan menurun rupanya ada cabaran jugak. Penat jugak wehh. Nak imbang badan dari jatuh. Tapi tak sabar dah nak turun, nak balik. View nak turun tu memang sangat cantik. Masa nak naik kan gelap. Tak nampak ape2. Bila turun, fuhhh memang nampak la perjalanan kitorang yang sangat mencabar, curam dan licin. 

Lepak2 dulu sementara tunggu diorang

With both Guides, Bony n Din
Puncak yang diimpikan selalu..now belakang aku je.. hee

Trail
Finally, sampai jugak ke Laban Rata. Syukur... Aku n Dayah sampai dulu. Dalam pukul 9.30 pagi. Terus ke tempat makan. Sebab nak rush untuk check-out pukul 10.30 pagi. Kalau lambat nanti diorang charge. Geng yang 3 orang tu siap sempat tido2 lagi. Aihh jeles betul!! Selesai check-out semua, kitorang pun bersiap untuk turun ke bawah. Fuhh nak menempuh lagi bape jam perjalanan. Rasa nak terbang je. Turun memang cepat sikit, tapi masa ni dah macam2 penyakit datang. Sakit lutut, sakit kaki, sakit badan. Ditambah pulak hujan renyai2 dipertengahan jalan. Member yang 3 orang tu, macam biasa memang laju. Aku ngan Dayah jalan berdua. Oki ngan Yaw kat belakang, memang dah tak nampak. Kitorang masing meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi...

Curam
Sempat snap sikit2 je..sebab dah tak larat
Macam2 gaya dah berjalan. Bila sampai anak tangga, aku jalan dah macam ketam. Terpaksa mengereng sebab lutut tak mau bengkok. Singgah 2-3 pondok je, tu pun sebab hujan. Finally dalam pukul 2.30 petang, aku n dayah sampai ke Timpohon Gate. Tempat mula2 kitorang sampai. Geng yang 3 orang tu dah selamat dalam perjalanan ke KK. Kami dah kena tinggal la ni. Oki ngan Yaw tak sampai2 lagi. Tunggu punya tunggu, tak sedar dah hampir 2 jam aku ngan Dayah kat situ. Hujan makin lebat. Setiap kali orang yang sampai mesti bukan diorang. Aku dah start risau. Takut la jadi ape2 ke. Akhirnya, dalam pukul 6 baru nampak kelibat diorang dengan Guide. Rupa2 nya si Oki sakit kaki tak boleh jalan. Menangis2 budak tu. Hehehee kesian Yaw kena teman dia. 8 jam kot diorang turun ke bawah. Memang jadi bahan laaaaaaaa.....hehehee~

Pasar Philipines
KK yaww... hehe
Tukar baju, then terus ke KK.. Jumpa la geng yang 3 orang tu kat KK untuk amik sijil. Diorang dah amik siap2, sebab kitorang lambat sangat. Esoknya nak balik Tawau pulak. Then lusa baru balik KL sebab guna tiket waran dari Tawau. Sempat la jalan2 KK sekejap. Takpe, next time nak round2 KK pulak. Mission accomplished!!!!!!!! Thanx geng!! Korang memang best!!

Mission accomplished!!!

Baju beli kat KK. Sempat lg test kerusi urut, time ni dah kat airport Tawau. Mau balik KL suda....yea!!!!
p/s : Nak round2 KK naik kete baruuuuuuu.. Berangan oke!!! hahaha


Wednesday, November 21, 2012

Misi Kinabalu : Part 2


Setiap hikers dberi tag ni
10/11/12
Tarikh yang cantik untuk hari kawen. Hahaha tapi tu tarikh aku mulakan langkah menjejak Kinabalu. Kitorang start berjalan menuju ke Laban Rata dalam pukul 10.30 pagi. Laban Rata is tempat persinggahan sebelum meneruskan pendakian ke puncak. Jauh nya dalam 6km. Memang jauh, tambah2 lagi kena mendaki ye. Kalau jalan lurus, boleh ampun lagi.. FUhh..

Awal2 perjalanan, jumpe Carson fall ni

Sepanjang perjalanan ke Laban Rata ada 7 perhentian or pondok rehat yang disediakan. Kat pondok tu ada toilet dan bekalan air untuk diminum. So ok la, jangan risau kalau terkucil ke. Tak payah nak gali2 lubang kalau emergency. Heheeehh~

Pondok pertama

Walaupun semput, sempat lagi berposing. Cantik tempat ni..

Ni la signbod bape km tuu.. stress tak sampai2

Kabus yang cantek..

1st time nampak live, kagum
Trail sangat memuaskan. Tak susah sangat pun jalan dia. Ada anak2 tangga, batu2 yang mudah kite nak step on. Ada pemegang macam kat tangga tu. Tapi tak la sepanjang jalan but stil sangat convenient. Sambil jalan2 tu bole tengok pemandangan hutan yang sangat cantik. Setiap 1/2 km akan ada papan tanda yang inform kite dah jalan bape km. Setiap pondok pun aku benti. Penat weh. Sebab kena mendaki. Bila selisih dgn orang2 yang nak turun dah, fuhh jeles giler..

Cuaca time tu sedikit merunsingkan. Hujan renyai2. Tu yang buat lagi sejuk. Aku terpaksa jugak pakai rain coat. Tak suke sebab nampak huduh. Hahahaaa~ Oki pakai kaler kuning. Diorang panggil dia maskot Digi. Aku lega la, sebab kaler biru laut. Cumel je kan?? Sekali member aku panggil Celcom pulak... Hehehee~
Cumel nye kami... hehe

Halfway... amik gambar baju sama dulu..
Sebab kepenatan, aku tak berapa mengamati sangat keindahan alam. Tu yang rasa rugi sampai sekarang. Fikir nak cepat sampai ke Laban Rata. Tapi Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Aku risau semput je. Sebab sejuk. Alkisah nya dulu kecik2 ada semput. Tapi bile dah meningkat besar dah ok. Tapi tu la, takut je bila dalam situasi sejuk yang melampau ni, semput menyerang kembali. Tapi ok je..syukur.. (bape banyak tapi daaaa..)

Geng2 cikgu laki ni memang jalan laju. Tertinggal kitorang. Dua dah kat atas, si Joe n Bol. Kat tengah aku ngan Dayah. Tapi yang best tu Hilmi tunggu, saing jalan sekali. Wahahahaaaa hati berbunga2. Terus tak penat... (mati la aku kalau ada kalangan diorang yg baca belog ni...hahaha) Yang kat belakang sekali, Oki dengan Yaw. Setelah beberapa jam, dalam pukul 4 lebih kitorang sume sampai ke Laban Rata. Guide ade cakap, kalau 6km korang jalan 6jam, kira orait la tuu... Cantik dah timing. Ada masa untuk berehat sebelum naik ke puncak, pukul 2.30 pagi esok....

Ye well done, separuh nyawa nak sampai

Penat + lapar
Subhanallah...cantik sangat view kat sini

Sampai ja di Laban Rata, mata tak boleh benti melihat keindahan. Fuhh memang syurga dunia. Cantik sangat tempat dia. Rasa duk kat kayangan, dikelilingi awan. Tapi apa2 pun, makan dulu. Memang kebuluq dari bawah tadi, tak makan apa. Then, member check in bilik. Dah tak sabar nak masuk bilik n rehat, tiba2 diorang cakap dapat dorm. Kami tujuh2 dalam dorm yang sama. Punah harapan nak kuak lentang kat bilik. Stresssssssssss.....

Masih tak bole terima, kena duk satu bilik. Then ada jugak hikers lain yang ditempatkan di bilik yang sama. Ini kalau mak aku tau, mati laa. Tapi nak buat camana, terpaksa. Nak tido kat luar memang mati kesejukan la nanti. Masing2 buat biasa. Sebab dah kepenatan kan. Semua bajet nak tido ja. Bab tido ni yang lawak. Masing2 ada gaya tersendiri. Ada yang berdengkur, ada yang ngesot sana sini, bunyi katil  (sebab katil double decker kan, kalu turun sure berbunyi2).. ada yang terbersin2. Makcik sorang ni siap sound2 kitorang kot. Aihhhh kitorang pon bayar la. Aku kompem tak bole tido. Satu, sebab kena tido tingkat atas. Dua, lampu depan mata ku je..adoii.. Tiga, sakit badan weh. Tak bole tido dibuatnya. Empat, tido berselubung baju tebal n selimut.  Sesak napas. Abeh takkan nak tido pakai tudung. Adoii serba tak kena. Bila diingat2 balik, gelak sorang2 je...

Perjalanan ke puncak, aku sambung entry lain la eh... peace~

p/s : Tengok gambar, rase rindu nak naik Kinabalu lagi.. teringat lagu Sayang Kinabalu..
        " tinggi tinggi Gunung Kinabalu
          tinggi lagi sayang sama kamu
          biru biru hujung Kinabalu
          tengok dari jauh, hati saya rindu "

Friday, November 16, 2012

Misi Kinabalu : Part 1

Finally the time comes.
9 Nov '12, last day sekolah. Aku dengan tak packing ape lagi. Petang jumaat tu terus nak gerak gi KK. Nape tak siap packing? Malam tu bertungkus lumus menyiapkan benda2 yang last minit nak hantar. Slip  result budak baru nak print ( sistem lembap, printer abeh ink plok...aihhh ), fail Pengurusan tak abeh update lagi, borang SKT pun tak lengkap lagi...huuuu aku memang tak boleh ubah dah perangai last minit ni. Sejak dari zaman belajar lagi. Ohhoo sungguh tak baik utk kesihatan...hihiii~

Balik sekolah je terus siap2 packing barang. Tak banyak pun barang. Dalam pukul 2pm lebih kitorang gerak dari Tawau. Ni 1st time nak ke KK. Paling jauh aritu pun sampai Sandakan je. Fuhh kebas punggung la dalam kete wehh. Kitorang ber 4. Satu lagi kereta geng2 batch May ada 3 orang. Alhamdulillah perjalanan lancar sampai ke Kundasang. Just ada la ujan sekerat2 jalan.

Sampai kat rumah tumpangan dalam pukul 11pm lebih. Dekat je dgn National Park rumah tu. Satu malam dalam RM35 sorang. Register, masuk bilik, mandi2 ( airnya ya ampun sejuk!! terkejut segala urat saraf bila kena air tu wehh..haha ) rehat2, pastu lena semua. Keletihan hampir 9 jam dalam kete.

View depan rumah tumpangan, sgt la cantik..jakun sat..=)

Bangun agak awal, huu excited nak panjat Kinabalu. Memandangkan air dah macam ais, aku batalkan niat untuk mandi. Amik wuduk pun nak terlompat2 dah. Sejuk giler!!  Bersiap2 pakai baju yang kitorang tempah sama2 untuk naik gunung. Fuhh semat!! Bawa baju, baju tebal, towel, headlight, stokin, gloves n lain2 barang lagi untuk persediaan nak naik puncak. Aku dah minimize kan barang tapi beg stil berat. Uii masak nak angkut pegi naik gunung ni.


Having breakfast
Huu kene duk belakang, kat seat byk barang
Jalan naik ke National Park
Rakan seperjuangan, Cgu Oki n Cgu Dayah yg bersemangat waja. Finally smpai jgk kite weh.. =) 
Sorang lagi rakan seperjuangan, Cgu Hilmi (bru perasan, hot jgk kwn aku ni. hahaha muntah ijau)
Aku suka signbod Selamat Datang..;p

After having breakfast, kitorang pun bergerak ke National Park. Then ada sorang brader ni,  Ketua Guide la rasenye bagi briefing pada kitorang. Takde la rules yang pelik2 sangat, just a normal cautions kalau masuk hutan kan. Ada 2 orang Guide yang bawak group kitorang ni, Din and Bonny. Bila selesai briefing, brader tu ada cakap kalau tak larat nak bawa beg boleh upah 2 orang Guide tadi. Sekilo RM8, up and down. Aku stil fikir2 lagi. Bila dia cakap jangan sebab beg tu, korang tak dapat naik puncak aku terus settle down. Arghhh bagi je la guide tu bawak beg. Aku nak jalan lenggang2 je. Kami ber 3 yang perempuan ni semua suruh Guide yang bawa beg. Kalau tak sampai puncak tak tau la. Hehehee~

Ketua guide bagi briefing
Besar beg aku weh, memang tak larat aku nak pikul
7 of us: Suhaibol, Lawrensa, Hilmi, Joe, Aku, Oki n Dayah 

Ok, to be continued. Maklumlaa, cuti sebulan lebih ni. Banyak masa lagi nak wat entry. Baru 3 hari kat rumah aku dah boring. Duk kat Tawau pon boring. Ape la yang tak boring???... Huuuuu..

p/s: Jalan2 makan angin mesti tak boring. Tapi duit nak simpan nak wat muka beli kereta. Haaa..jeng..jeng..jeng...~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...