Monday, August 4, 2014

Setahun

Setahun. Ape yg setaun? Setaun xde entry. Alaa hg bkn artis pon. Seploh taun xdak entry pun sapa kesah. Hihihi..?

Last entry 10 Jun 2013. Skang da msuk bln Ogos 2014. Giler sebok aku taun ni. Padehal dulu sibuk2 pun mesti ade 2-3 entry. Mane x sebok, 1st year mengajar dlm sistem kolej. Seblom ni spm 2 taun pegang. Memang honeymooon. Skang da kolej, amek kau. Kucar kacir idup aku taun ni. Especially sem lepas. Belom pandai nak urus flow kerja, urus eviden, kejar assignment n assessment bdk.. keje byk yg last minit.


Taun ni jgk aku byk kali sakit. At least sebulan sekali mesti ada demam. Dan yg paling trok bulan 4 aritu. Smpai kene check in kat Hosp Tawau 3 ari 2 mlm. Demam trok. Demam malaria. Tekojut mak den. Uiiii pengalaman yg sgt berharga. 1st time msuk spital. Serik rasenye. Nnt wat entry khas la.. ( nnt tu tah biler la ye..hihu) 

Seeing someone. Hihihii.. Bab dia ni nnt kite wat entry lain ( cita2 tggi..tah biler la nk start menaip lg). Pejam celik da setaun kami kawan. Masa mmg sgt cepat berlalu.

Ok. Malas dah. Hahahh. Ni kira tajuk2 besar je la. Nanti smbung lain. Anyway Selamat Hari Raya!!

Jill xoxo






Monday, June 10, 2013

Motivasi

1st day after a short break. Aku memang bermasalah pagi2 Isnin kalau dah cuti lelama.

Nak bangun malas giler. Kat kampung da seminggu bangun kol 6. Kadang2 lajak. Hahah.. Kat sini kol 4 lebih dah Subuh. Paling lambat kol 5 da kene bangun. Mandi kejap. Siap lambat. Itu masalah jugak tuh. Huhh!!

Skang dah pindah umah. Agak jauh dari sekolah. Kalau dulu 5 minit da sampai sekolah. Ni makan 15-20 minit jugak. Dah kene kuar awal. Nanti thumb print lambat. SKT rendah lg lah jawabnye. Hoiiii

Trafik agak selow. Macam aku lah jugak pepagi Isnin ni. Tapi tak jam la. That's better. Dari dok dekat, tapi jam. 15 minit tak sampai2 sekolah. Masuk pagar sekolah, tengok jam kat kete. 6.40!! Dem!! Awal lagi. Huhh

Dalam dok mengomel2 nak gi thumbprint, nampak 1 kelibat manusia. Hahahah 'motivasi' di pagi hari. Terus semangat. Senyum sampai kening. Bukan pompuan la kalau tak gedik. Maafkan saya. Tapi gedik sopan. Jalan tunduk je. Kui3~

Tapi kalau pagi2 da nampak bos, memang putus selera aku nak p sekolah. Haihhhh

Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba. Bukan niat membenci.

p/s: Aku dah makin benci nak balik Tawau. Helppppppppppppp





Wednesday, June 5, 2013

Bersawang Balik Dah...

Hahaha lama dah tak meroyan kat sini. Tahun ni memang tahun penat sedunia. Balik sekolah je aku mesti collapse. Banyak benda nak citer. Nak menunjuk. Tapi tak larat nak menaip. HuhuHuuu..

Takpe, kite start sikit2. Oh ya, nak tunjuk boifren baru. Tadaaaaaaaaaaaaaa

Hehehee ensem kan?.. Ni En. Bee (dah pendekkan dari bumblebee. Haha poyo tak??) Okeh dah sebulan En. Bee dok dengan aku.

Dulu punyer la tanak2, last2 amik jugak. Dengar cakap abah. Lagipun i am proud Malaysian. Mestila sapot barang Malaysia. Abeh kete idaman semua mahai nak mamp*s. Kan?..

Tak pe la, as long as fungsi nye nak bawak pi keja, nak pusing2 Tawau.. Ok la kan.. Yang mahal plat number tu ek. 8411. ST pulak kan. Nanti bawak balik semenanjung mesti orang ralit tengok plat aku. Hahahah~

Aku teringat member aku doh habaq. "Emm okey dah kete ni. Smart jugak. Ko tinggal carik pokok je.."

Aku speechless terus. Carik kete lg senang dari cari pokok.

P/S: Pokok adelah istilah geng kitorang guna untuk lelaki. Well pokok bukan sebatang..

Friday, March 8, 2013

Peluru Di Bawah Bayu

Seminggu yg tegang. Kat rumah, kat sekolah, kat FB.. Masing2 tak senang hati.. Gara-gara peristiwa berdarah di LD dan Semporna. Serangan back to back yg mengorbankan nyawa rakyat Malaysia.

Time ni mula la fikir mcm2. Nape la dapat keje kat sini. Nape la jakun2 tu nak datang time ni. Nape tak datang time aku dah transfer blik semenanjung. Nape serang dekat2 Tawau ni. Sabah besar gi la juh2 sikit.. (jahat giler kan..sian la org kat daerah lain... hehe )..

Ikot hati memang nak balik Semenanjung skarang. Takut jadi darurat. Nanti airport tutup, camane nak balik.. Waaa cuti lak lambat lagi. Balik2 tgk kalendar. Rasa lambat betul nak 22 Mac...aihhh... Mak asik kol. Kita cakap takde pape. Tapi dia tengok berita kat rumah, ada serang2. Tu yg risau. Kita risau, tapi takleh la tunjuk sangat. Lagi risau orang tua tu nanti.. Padehal dalam hati, Allah je yg tau.

segak abg ni, steady la...  Foto: BERNAMA
Tawau Ok lg kot... InshaAllah.. Tapi stil rasa takut. Rasa tak selamat. Bukan jauh LD-Semporna dgn Tawau. Nasib baik aritu tak de pape jadi. Aritu balik dari KK naik kereta. Malam2 pulak tu. Lalu LD. Time tu la jakun2 tu datang. Patut la banyak sgt Pak Polisi sepanjang jalan wat sekatan. Punya la tak tengok berita sebab berjalan sakan. La ni dok umah je malam2. Tak berani nak kuar. Simpan makanan kering labih2 sikit. Bunyi pelik2 sikit mesti dah takut. 2-3 hari ni asik dengar bunyi heli atas umah. Kat skolah pon same. Pagi2 minum kat kantin mesti nampak heli. Fuhh macam ni la rasa kalau kat Palestin. Tapi kita lebih baik lagi.. Alhamdulillah..

Towards this weekend, seems like keadaan nampak senyap sikit. Tenang di permukaan. Tapi masih lagi berjaga2. Aku harap sampai 22 Mac nanti keadaan bertambah baik. So that aku dapat balik dengan tenang. Tolong laa...nak cuti!!! Tensen tahap gaban dengan sekolah aku yg tersayangggg ni.. Tolong la cepat MSSDT Hoki ni. Aku dah tak larat nak balik kol 6 petang.

p/s: Ya Allah, sesungguhnya Kau sebaik2 Penjaga. Selamatkan kami. Lindungi kami.

Wednesday, February 27, 2013

Opis Hour

Ni dah masuk bulan kedua. Working hours aku ditukar ke 8 jam. Dulu balik kol 1.30pm, la ni balik kol 4.00pm. Terima kasih la kepada orang2 yang menyumbang kepada idea2 hebat ni. Sesungguhnya aku seronok!!.. hahahhahaahehehhihiiihishhhhh!!!

Balik kol 4, sampai rumah 430 jugak la. Mandi2, masak, makan...tau2 dah malam. Online kejap pastu mata dah berat. Nak cuci kain pun malas (padehal mesin yang cuci tuu).. nak masak pun berfikir 2-3 kali. Last2 makan biskut je.. hihihh Keje bawak balik rumah memang tak sentuh. Konon2 malam nk sambung keje, sudahnye esok bawak ke sekolah balik. Even badan dah penat, tapi mata tamau pejam pulak. Dah biasa jadi burung antu. Mesti tertido lewat jugak. Pastu esok pagi mulalah ngantok kat opis.

8 jam kat sekolah. Tepu jugak lah. Nak keluar macam2 lak prosedur. Mintak izin dulu pastu kena punch kad. Kalau tak dapat izin, tak keluar la. Makan hari2 kat kantin. Dah naik jelak. Tengahari kompem makan kat skolah. Dulu balik bole jugak aku masak. Jimat sikit. Ni dari bekfes sampai la lunch dok mengadap kantin. Kalu kantin ala2 Restoran Seri Keningau tu ngam la jugak. Ni ala2 je dia masak. Haii nasib la aku takde kereta. Kalau tak dah cabut keluar. Sekarang nak settle hal2 lain pun payah. Bil2, urusan bank, urusan peribadi.. Nak tunggu wiken baru settle.

Masa kat bengkel pon rase panjang sangat. 1 waktu = 1 jam. Dulu 1 waktu 40 minit je. Budak pon pandai merungut. Penat wat keje kat bengkel lame2. Abeh korang je penat, cekgu ni tak penat. Kalau kelas petang sampai balik, masing2 dah macam muka sardin. Heheheee~

Takpela, 1st year. Lame2 nanti ok la kot. Sedapkan hati. Nape aku dah start rasa tak sabar nak tukar Tanah Semenanjung. Dulu tak best sini tapi kenangkan kawan2 sama posting sume ok. Gembirakan jugak hati ni. Tapi sekarang rasa lagi tak best. Waaa hate dis feeling.

Semoga tabah untuk ke sekian kalinya.. Rindu ar kat mak n abah. Sobss3~


Sunday, February 24, 2013

Orang Kecik

This coming March, partner aku akan start cuti bersalin. Biase la, kalu cekgu2 bersalin ni, mesti cuti panjang kan. Sekarang ni dah bole cuti sampai 3 bulan. Perghhh memang best weh cuti lelama..

Tapi bukan pasal org bersalin yang nak diceritakan kat sini. Isunya ialah tak de cekgu ganti. Mula2 tak percaya. Tapi bila dah start dari Bengkel Kosmetologi aritu, cekgu2 MPAV kena tolong ganti. Aku dah tak senang duduk. Sebab aku pon cekgu MPAV. Tapi rilek je, sebab KU aku dah cari cekgu ganti awal2. Rupa2 nya sia2 je carik cekgu ganti tu. Sebab apa? Sebab bos cakap bengkel2 ERT ni dah terlebih guru. So tak perlu guru ganti.

Terlebih guru apenye? Sekarang memang cukup2 je. Aku sendiri dah ada masa 14 waktu. Skang nak amik masa orang lain pulak. Nak kejar kompetensi lagi. Nak SPM lagi. Apa salahnya masa tu dibahagikan sama rata. Alasan 'pensyarah' kolej tak boleh diganggu sebab diorang punya silibus masih baru. WTH!!! Aku ni lagi la, cekgu baru. Ilmu sejengkal je.. Tak pikir pulak yang tu.

Nampak macam dah ada double standard. Habis budak2 SPM ni tak penting? Tak payah score? Setakat nak jaga kelas tu bole tahan lagi. Masalahnya fail2 diorang? Kompetensi? Aihhh banyak songeh la diorang nih. Yang bos besar2 ni pon tak pikir ke. Dulu cekgu akademik bersalin, sebok cari guru ganti. Padehal cekgu sedia ada bole je ganti. Diorang bukan banyak waktu pon. Ni cekgu bengkel yang banyak benda nak taksir, nak urus fail, nak mengajar, cekgu kelas lagi..itu ini..balik kol 4 lagi.. Aihhh tekanan aku macam ni. Aku nye kompetensi pon tak settle lagi. Ni dah tambah keje lain plok..

Serius tak paham. Bila tanya, arahan B**V. Apa masalah nya. Bukan sekolah pon yang bayar gaji, PPD kot. Diorang ni tu la, jadi orang besar2 tak tau apa masalah orang kecik2 ni. Tau ikut dan diorang je. Orang kecik ni punya masalah tak payah kisah. Pandai2 la korang nak urus. Nak tonggang terbalik ke. Yang penting keje jalan. Tau dok kat opis je, hal2 luar opis mana diorang tau, mana paham. Kadang2 bagus jugak kalau bos2 ni orang bengkel jugak. Baru diorang tau kita ni ada keje ke takde keje.

Eii tak moh pikir la. Buat sakit otak je. Penat betol melayan kerenah orang2 ni. Sebab last2 memang aku kene wat jugak. "Saya yang menurut perintah" kan.... Tunggu la aku jadi oarng besar nanti. Aihhhh~

P/S: Cepat la bulan 3... nak balik tanah Malaya. Tanak balik sini lagi...uwaaaaaaaaaaa






Thursday, February 21, 2013

Hati yang Fragile


Have you ever heard something you really didn’t want to hear, then your heart just drops and you get a huge knot in your throat because it feels like you’re about to burst out crying. 

Yeah, I have too..

Pernah ke rasa macam tu?.. Kadang2 ada benda yg kita taknak dengar langsung. Kalau bole mintak dijauhkan. Itu perkara biasa. Tapi last2 kena dengar jugak.. Uii sakit hati tu!! 

Dulu pernah admire kat orang. Memang suke lah. Kira dia tu motivasi nak pegi keja. Sehari mesti nak kena nampak dia. Kalau tak, tak sah. Tak ceria la hidup. Kawan baik. Sembang banyak. Kongsi cerita. Kongsi masalah. Respon pon macam ada. Alih2 dengar dia dah nak kawen.. huihhh Rasa nak tembak org je masa tu. Tu la, perasan sangat... Perempuan memang suka perasan. Hahaha sedey betol..

Bila bf mintak clash. Fuhh memang. Benda yang paling taknak dengar. Pernah sekali, last day final exam masa kat U. Dapat kol, cakap nak mintak putus. Orang baru nak hepy2 abes exam, dia bole cakap nak putus. Lahabau!! Tak de sivik langsung. Terus aku cakap "Okay!!... " Padehal, lari pi bilik member nanges2. Macam ape je. Macam orang mati laki. Eiiii aku pon benci tengok aku masa tu.. hahha

Kawan online. Tak pernah jumpa. Mula2 kat frenster je. Pastu da zaman FB la pulak. Tak abeh, sembang kat YM. Sampai la satu masa tu dapat no phone. Sembang kat phone pulak. Kawan baik. Selalu sembang. Share cerita. Kebetulan sama2 ade cerita sedih. Lama2 kawan ok la pulak. Tapi tiba2 dengar dia nak pegi sambung study. Jauhh tu. Masa dengar rasa tak best betul. Dalam hati rasa sebak. Padehal bukan bf pon. Hahaha..dah la tak pernah jumpa. Pasal apa sedih sangat tah. Aihhhh complicated.

Ini la masalah hati kalau rapuh sangat. Fragile. Kalau la dengar pasal kematian ke, dapat penyakit kronik ke macamna la kan. Tabah nye orang2 yang dibagi ujian macam tu. 

Belajar jadi tabah. Sebab tu dok Sabah. Tapi dengar dapat keje Sabah aku rilek je. Sebab aku mintak kan. Padan muka!! 

#chilljill #xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...