This coming March, partner aku akan start cuti bersalin. Biase la, kalu cekgu2 bersalin ni, mesti cuti panjang kan. Sekarang ni dah bole cuti sampai 3 bulan. Perghhh memang best weh cuti lelama..
Tapi bukan pasal org bersalin yang nak diceritakan kat sini. Isunya ialah tak de cekgu ganti. Mula2 tak percaya. Tapi bila dah start dari Bengkel Kosmetologi aritu, cekgu2 MPAV kena tolong ganti. Aku dah tak senang duduk. Sebab aku pon cekgu MPAV. Tapi rilek je, sebab KU aku dah cari cekgu ganti awal2. Rupa2 nya sia2 je carik cekgu ganti tu. Sebab apa? Sebab bos cakap bengkel2 ERT ni dah terlebih guru. So tak perlu guru ganti.
Terlebih guru apenye? Sekarang memang cukup2 je. Aku sendiri dah ada masa 14 waktu. Skang nak amik masa orang lain pulak. Nak kejar kompetensi lagi. Nak SPM lagi. Apa salahnya masa tu dibahagikan sama rata. Alasan 'pensyarah' kolej tak boleh diganggu sebab diorang punya silibus masih baru. WTH!!! Aku ni lagi la, cekgu baru. Ilmu sejengkal je.. Tak pikir pulak yang tu.
Nampak macam dah ada double standard. Habis budak2 SPM ni tak penting? Tak payah score? Setakat nak jaga kelas tu bole tahan lagi. Masalahnya fail2 diorang? Kompetensi? Aihhh banyak songeh la diorang nih. Yang bos besar2 ni pon tak pikir ke. Dulu cekgu akademik bersalin, sebok cari guru ganti. Padehal cekgu sedia ada bole je ganti. Diorang bukan banyak waktu pon. Ni cekgu bengkel yang banyak benda nak taksir, nak urus fail, nak mengajar, cekgu kelas lagi..itu ini..balik kol 4 lagi.. Aihhh tekanan aku macam ni. Aku nye kompetensi pon tak settle lagi. Ni dah tambah keje lain plok..
Serius tak paham. Bila tanya, arahan B**V. Apa masalah nya. Bukan sekolah pon yang bayar gaji, PPD kot. Diorang ni tu la, jadi orang besar2 tak tau apa masalah orang kecik2 ni. Tau ikut dan diorang je. Orang kecik ni punya masalah tak payah kisah. Pandai2 la korang nak urus. Nak tonggang terbalik ke. Yang penting keje jalan. Tau dok kat opis je, hal2 luar opis mana diorang tau, mana paham. Kadang2 bagus jugak kalau bos2 ni orang bengkel jugak. Baru diorang tau kita ni ada keje ke takde keje.
Eii tak moh pikir la. Buat sakit otak je. Penat betol melayan kerenah orang2 ni. Sebab last2 memang aku kene wat jugak. "Saya yang menurut perintah" kan.... Tunggu la aku jadi oarng besar nanti. Aihhhh~
P/S: Cepat la bulan 3... nak balik tanah Malaya. Tanak balik sini lagi...uwaaaaaaaaaaa
cepat terajang pintu..haha
ReplyDeletemarah pintu watpe...haha
Delete