Actually aku tak prefer sgt sungkai kat luar ni. Sebab
1) Rushing. Waktu maghrib kan singkat.
2) Membazir. Aku makan sikit je time buka. Kompem tak abes.
3) Makan luar kadang2 tak sedap. Nanti aku maki2 dalam ati. Kurang da pahala.
Tapi sebab member2 dah ajak, ikutkan aje la. Lagipun aku memang takde mood nak masak arini. Menu yg aku pesan, Nasi Putih Ayam Masak Lemon. Fuhh masa datang je menu, nampak macam best. Cantik je ayam tu, disirami kuah lemon yang kekuningan. Tapi..dalam hati aku, " ehh macam oren sunquick je kuah dia..." Aku cakap ngan member, dia pun senyum tanda setuju. Ayam tu potong kecik2, goreng ngan tepung. Then dia siram kuah lemon. Bila hinggap masuk mulut, aku terkesima kejap. Rasa dia memang awkward giler. Memang rase macam Sunquick yang buat air time rayer tu semata-mata.. Potong betul. Tak de rase bawang2 ke, pedas ke.. Adoii tak kena betul dengan tekak jawa ni. Tapi sebab dah lapo, aku bantai je sampai abes. Lain kali jangan order pelik2 ye kak.. Haihh
Rindu giler, awkward je rase tak bawak kete. |
Balik dari iftar, jarum jam menunjukkan lagi 25 minit nak azan Isyak. Aku tak solat lagi. Kalau terus balik kompem tak sempat. Mintak member singgah kat Masjid Kauthar, masjid besar kat bandar. Aku sorang2 je yg solat ni. Diorang cuti. So, jalan laju2 macam org kejar flight. Tak tengok kiri kanan. Masjid ni besar la pulak, lambat je rasa nak sampai tempat wuduk dan solat. Ruang solat wanita kat ruang utama pulak. So memang terbuka. Duduk kat belakang, solat maghrib sorang2. Nasib stand by kain semayang siap2 dalam beg. Dah siap solat, aku memang rasa awkward sangat nak kemas2. Ye la, orang baru masuk nak solat Isyak n terawih, aku da sibuk2 nak kemas. Nak blahh.. Ishh mesti orang pelik. Time tu, terdetik kat hati ni. Kalau la aku bawak Evo aku ke Sabah siap2 aritu, boleh aku stay solat terawih kat masjid besar ni. Tapi sebab tumpang orang kan, terpaksa la aku wat muka tebal. Kemas2 n jalan laju2 menuju ke kereta.
So, lepas ni malas dah buka kat luar. Buka kat rumah boleh makan sambil baring. Hahaha
p/s: Nak bawa Evo dtg sini, atau nak beli lain. Aishh dalam dilema. Tapi kene ade transpot sndiri jugak. Susah tumpang2 orang nih...
660 x ckp kuat u jalan sabah..
ReplyDeletetgk mudah ada org jual myvi murah2..
kalo eden x bwk evo eden dtg sini, dh lama eden angkat myvii..haha
tamau myvi..
Deleteburuk. haha
setakat nak g keje je bos.. bukan nk g kk..
akak angkat myvi je..myvi comey je
ReplyDeletehehe akak x minat myvi. zira bwk kete ape skang?? ;)
Deletebawak persona..tp kedarah minyak..sgt xok..planning ambik lain kot..doa2 kan
ReplyDeletewahh mcm tukaq baju na..hebat cekgu pulau nih..
ReplyDeletehaha doakan akak jugak
tatau nk amik apa..;p