Tuesday, August 21, 2012

Monyet yang Hensem

Syawal datang, Ramadhan pergi. Saat dan jam ini aku dah ada di tanah Semenanjung. There's no place like home. Weeeeeeeeeeeee.. Selamat Hari Raya!!!!!!!!

Ok2, flashback sikit. Kan sekolah dapat cuti hari Khamis. Tapi tiket aku balik KL hari Jumaat. So aku dan kawan2 yang ditipu Kementerian ni terpaksa balik Jumaat jugak sebab kitorang beli tiket pakai duit sendiri. Nak tukar, ya ampun mahal bebenor.. Jadi menunggu sampai Jumaat tu kitorang pegi la jalan2 dulu ke Sandakan. Niat nye nak gi tengok Orang Utan buat persiapan raya. Hua3...

Jauh jugak la Sandakan tu. Dari Tawau amik masa dalam 5-6 jam jugak. Kitorang naik kereta, so bersengkang mata jugak la drive.. (kawan aku la, aku tido je kat sebelah...heee) Kalau gi Sandakan tu memang tengok Orang Utan je la. Selain tu boleh gak tengok monyet hidung panjang tu, atau pun nama glamernye monyet Proboscis. Selain tu kitorang singgah jugak kat Taman Buaya dan Kawan2. Sebab ade gak binatang lain kat taman tu. Emm ade gak melawat ke rumah Puan Agnes Keith. Aku pun tak pernah tau pasal Puan mat saleh ni. Maklumlaa subjek Sejarah fail. Heee.. Kitorang ade gak singgah ke English Tea House & Restaurant. Fuhh memang style tempat minum dia. Kalau gi dating ngan suami memang perfect. Sebab air teh dia secawan 6 hengget. Memang perfect nak mengabehkan duit laki. Wakakakaaa..

Masa gi tengok monyet hidung panjang tu, memang ramai sangat pelancong. Semua sibuk nak bergambar dengan monyet. Yang orang Malaysia macam kitorang je kot. Sebab ape? Sebab time tu dah cuti raya. Semua orang kompem balik kampung. Kitorang je yang balik kampung monyet/orang utan. Tengah syok2 usha monyet, tetiba ternampak satu makhluk yang sangat cute. Lagi cute dari monyet. Memang lepas tu dah tak pandang monyet dah. Ade sorang mat saleh ni hensem betul. Ingatkan aku sorang yang perasan, rupenye geng2 lain pun dok usha. Elok2 nak bergambar ngan monyet, dah tukar nak bergambar dengan mamat saleh ni. Time nak balik tu, sorang geng ni memberanikan diri untuk mintak bergambar dengan mat saleh tu. Mat saleh tu pulak sporting abes. Bangga betul dia dah macam artis. Lepas sorang, sorang bergambar dengan dia. Bile turn aku, yang aku tak tahan bile mat saleh tu cakap.. " Hey, i'm not the monkey!! ".. Kitorang pun bantai gelak sambil cakap, " ko la monyet paling hensem yang kitorang jumpe kat sini" muwahahahaaa....

p/s: Bukan la cakap depan dia. Tapi kalau cakap depan dia pun, bukan dia paham kan..hahaa~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...