empty glass |
Bila takut, kita mula mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan. Ada yang mengisinya dengan mencari kemewahan. Ada yang mengisinya dengan mencari ilmu. Ada juga yang mengisinya dengan mencari pasangan. Ada juga yang mengisi kekosongan itu dengan mendaki puncak tertinggi mahupun menyelam dasar terdalam.
Tapi sebenarnya kita seperti bergerak dalam satu pusingan. Ke sana dan ke sini, akhirnya bertemu semula di satu titik permulaan. Bertemu semula dengan kekosongan. Dan kita kembali takut. Dan kemudian berusaha lagi untuk mengisi kekosongan itu.
Apa sebenarnya di sebalik kekosongan itu? Apa yang patut kita isi?
Di situ sebenarnya tempat khas untuk yang Maha Pencipta. Allah. Mengapa ia kosong? Kerana kita tidak mengisinya dengan ketaatan kepadaNya. Dengan kesyukuran di atas nikmatNya. Dengan istiqamah dalam meninggalkan laranganNya. Dengan kalimah2 suci yang memujiNya.
Itulah sebenarnya erti kekosongan hati. Yang tidak patut ada dalam diri seorang Mukmin. Kerana Mukmin sejati takkan pernah rasa kosong. Kerana Allah lebih dekat dari urat nadi kita sendiri. Isilah kekosongan itu. Jangan biarkan lompong itu terbiar. Semakin lama, semakin besar. Kelak semakin sukar untuk diisi. Bimbang nanti tidak punya waktu untuk mengisi.
Muhasabah Diri.
#peace #chilljill
ini semua poyoo.. zzz~
ReplyDeleteang la poyoooo... >.<
ReplyDelete