Sunday, July 8, 2012

Better Late Than Never


Its better late than never. Labih baik lambat, daripada tak pernah langsung. Biasa dengar kan ungkapan ni. Suatu masa dulu, ada seorang kawan yang cakap macam ni pada aku. Masa tu aku baru terhegeh2 register one of social network iaitu Frienster. Zaman tu Facebook takde lagi. Tapi stil, orang dah ada fren 2-3 ratus, aku baru nak add orang. Tapi kata2 kawan aku kat frenster tu memang aku pegang sampai sekarang. Peduli la, janji aku ada gak akaun Frenster kan. Biar la lambat pon.. huuu~

Macam tu juga dengan soal rezki dan jodoh. Pada usia sekarang (rahsia. haha..) agak lambat la nak get a better life. Orang lain dah ada best life. Aku baru nak mencari2 good life. Tapi nak buat macam mana, kita dah berusaha. Tapi tulisan di azali tu dah termaktub pada waktu sekian2 baru kita dapat kestabilan ni. Walaupun sebelum ni aku dah berusaha macam2 untuk dapatkan pekerjaan yang baik. Hubungan yang kekal ke akhirnya. Tapi masanya mungkin belum sampai. Lambat. Tapi aku tak rasa apa2 pun kalau orang bercakap di belakang. Orang cuma melihat luaran kita. Tapi kita yang lalui segala apa yang kita hadapi. Orang tak tau. Orang tak rasa. Dan bukan orang yang tentukan rezki tu. But Allah did it. And I always believe it. 

Cepat atau lambat, kalau dah pasti sesuatu itu untuk kita, ia akan tetap jadi milik kita. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Segalanya atas ketentuan Dia. Allah tak zalim. Kalau kita dah berusaha sungguh2, inshaAllah ada ganjaran untuk kita. Sebenarnya ia mengajar kita menjadi orang yang sabar. Sabar dalam mengharap nikmat dari tuhan. Sabar menghadapi kekurangan dan kesusahan. Ia juga mengajar kita erti syukur dengan apa yang kita ada. Dengan nikmat yang sedikit sebelum kita mendapat nikmat yang lebih banyak. So its better late, than never rite??.. put some thought.. Wasalam

p/s : Kalau ada studen lambat datang sekolah, jangan guna ayat ni eh. plissssssssssss.. haha




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...