source : http://zackzukhairi.blogspot.com/ |
Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan kali ini. Jazakallah, masih bernafas lagi untuk menikmati Ramadhan kali ini. Syukurillah, masih sihat dan bertenaga untuk beribadah pada Ramadhan kali ini. Besarnya nikmat Allah yang satu ini kerana menyampaikan kita ke Bulan Ramadhan, satu2 satunya bulan yang sangat istimewa. Bulan yang mana pintu taubat terbuka seluas-luasnya. Bulan yang amalan akan dikurniakan pahala berlipat kali ganda. Bulan yang menstabilkan kesihatan tubuh badan keseluruhannya. Bulan yang membersihkan hati, fikiran dan jiwa manusia. Bulan yang dihilangkan segala kejahatan Syaituonirrajim, syaitan yang direjam.
Ramadhan kali ini, memberi 1001 satu rasa buatku. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi kesempatan bertemunya. Rasa gembira di atas kurniaan rezki yang melimpah ruah. Rasa sedih kerana mungkin akan berjauhan dengan keluarga sepanjang Ramadhan. Rasa terkilan kerana tak dapat menyambut 1 Ramadhan dan Terawih di malam pertama Ramadhan (awal2 dah cuti, adoiii ). Rasa bertuah kerana dikelilingi sahabat2 yang baik yang selalu ada di waktu susah ataupun senang. Rasa teruja kerana pertama kali berbuka puasa di Sabah (awal sikit waktu berbuka dari Semenanjung).
Selagi bumi berputar di paksinya, selagi itu Ramadhan akan datang. Selagi hayat di kandung badan, selagi itu kita akan bertemu Ramadhan. Walau di mana kita berada, tiada apa yang membezakan. Hanya kita sebagai manusia, perlu bermuhasabah diri. Sejauh mana kita menghargai Ramadhan kali ini. Sejauh mana kita mengambil peluang beribadah dengan sebaiknya pada Ramadhan kali ini. Sejauh mana usaha kita untuk meng'upgrade' diri pada Ramadhan kali ini, berbanding Ramadhan2 yang lepas. Sejauh mana Ramadhan kali ini mampu menghapuskan segala aura2 negatif dalam diri. Sejauh mana Ramadhan kali ini mampu meningkatkan kasih sayang kita kepada Allah.
Semoga kabaikan2 yang kita lakukan pada Ramadhan kali ini menjadi satu titik tolak untuk kita mencapai Istiqamah. Bukan sekadar 'menjadi baik' di bulan Ramadhan, tetapi di sepanjang perjalanan kita menuju ke destinasi terakhir, iaitu mati. Ramadhan is Like A Friend, you have seen her today, you might not see her again.
p/s : Nice to meet u Ramadhan... =)
No comments:
Post a Comment