Sunday, July 8, 2012

Second home : Tawau

Salam. Oke2 aritu dah cakap nak wat entry pasal posting kat mana. Which part of Sabah rite? Ni baru terajin nak cerita. Huu nampaknya tahap kerajinan semakin menurun. Apa nak jadi ni. Adekah berkait rapat dgn faktor usia? Ohh tak moh cakap pasal usia, sentap okeh. Haha~

Straight to d point. Aku dapat posting di Tawau. One of daerah yang agak bandar di Sabah. Airport depan rumah kot (tipu3).. Mujurlah kan, senang nak park kapal bila balik KL. Maksudnya senang la nak balik selalu. Tak yah naik rakit ke, sampan baru nak sampai airport. Hihiii~

So far dah 6 bulan ni, banyak la yang aku belajar. Belajar cakap org sini ( ba ba baa). Belajar makan stail sini (nasi kuning, nasi lalap.. ) Belajar sabar sebab tak boleh balik selalu macam dulu masa duk Tg. Malim ( Jumaat je aku dah cabut balik rumah). Belajar berjimat sebab makanan, barang2 sini mak aiihh bole tahan mahal.  Belajar simpan duit sebab kat sini tak ade Jusco (tunggu balik KL baru aku soping..) Belajar berdikari (kena masak sendiri, kalau tak mak ade bole tolong masak). Ishhh macam2 la aku belajar. Yang paling aku kene belajar adelah belajar menjahit. Sebab aku kena mengajar rekaan n pembuatan pakaian. Bayangkan graduate Food Science nak ngajar wat baju. Memang masak aku weh.. Hadoiii~ Tapi iulah cabaran. Itulah kegilaan jadi studen DPLI. Degree lain, DPLI lain, ngajar lagi la lain..Itulah harga yang aku kena bayar sebab tak sabar2 nak posting dulu kan. Hahaaa...

Whatever it is, alah bisa tegal biasa. Study is a long life process. Tak semestinya dah jadi guru, proses belajar terhenti. Sebenarnya banyak lagi yang kite kena kaji, kena dalami.


Inilah sekolah tempat aku menuntut ilmu baru dan mencurahkan bakti. Sek. Men. Vokasional Tawau. Khabarnya sekolah ni hebat dulu, masa zaman2 pemerintahan Dato' Mary Yap, Pengetua cemerlang. Agak gerun jugak aku nak datang sekolah ni. Maklumlaa cikgu baru belajar, nak masuk sekolah Kluster plak kan. Tapi tu dulu. Sekarang ni da macam sekolah henry gurney. Lagi2 bila jadi Vokasional semula. Faham2 la kalau sekolah voka. Studen yang akademik nya tak bape nak elok. Tapi budak2 Sabah ni semangat diorang tinggi. Tu yang aku salute toing3.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...