Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al Baqarah : Ayat 216)
Lihatlah ilustrasi 2 ekor arnab di atas. Comel kan?.. Kedua-duanya mempunyai satu
pokok lobak. Seekor mempunyai pokok yang besar dan sihat, tetapi seekor lagi
mempunyai pokok yang kecil dan kurus. Secara am, pasti pokok yang besar itu
akan memberikan hasil lobak yang besar. Manakala pokok yang kecil itu akan
memberikan hasil lobak yang kecil. Namun itu dari luaran fizikal yang boleh
dilihat dari mata kasar, tetapi adakah arnab2 ini sedar bahagian yang Allah
tentukan untuk mereka di bawah tanah itu?.. Mereka tidak akan tahu sehingga
mereka keluarkan buah2 lobak tersebut. Begitulah juga dengan pusingan kehidupan
manusia di dunia.
Kehidupan di dunia bukanlah semudah yang disangka. Terlalu banyak
cabaran dan liku2 yang perlu dihadapi. Ada orang yang bernasib baik, tetapi ada
juga yang kurang bertuah. Ada orang yang kaya-raya, tak kurang juga orang yang
faqir miskin. Ada orang yang berjaya di dunia, namun ramai juga orang yang
gagal. Semua ada bahagiannya masing-masing. Kadang2 kita bermula dengan kebahagiaan,
tetapi berakhir dengan penderitaan. Namun tidak mustahil jika kita bermula
dengan penderitaan, kita akan berakhir dengan kebahagiaan. Itulah Qada’ dan Qadar. Sebagai seorang
Muslim yang taat pada Penciptanya, kita wajib percaya kepada ketentuan
Ilahi. Namun percayalah, langit tidak
akan selalu cerah. Tetapi mendung tidak beerti akan hujan. Kerana apa? Kerana
Allah itu Maha Berkuasa. Allah itu Maha Berkehendak.
Sebagai manusia biasa yang lemah lagi hina, terkadang pasti
pernah terdetik dilubuk hati kecil yang paling dalam menyesali atau meratapi
dugaan dan ujian yang diberikan. “kenapa aku tidak kaya?” “kenapa aku hidup
susah?” “kenapa aku selalu gagal?” “kenapa aku diberi penyakit?” “kenapa aku
tidak bahagia?” Kenapa itu dan kenapa ini. Bahkan kita merasakan dugaan dan
ujian terlalu berat untuk dipikul. Apatah lagi melihat orang lain tidak pernah
merasakan kesusahan seperti yang kita alami. Tidak pernah diberi ujian sehebat
kita. Pada waktu itu kita akan merasakan bertuahnya sekiranya kita berada di
tempat mereka yang bersenang-lenang itu.
Apabila kita merasakan diri kita adalah orang yang paling
susah, percayalah ada orang yang jauh lebih susah daripada kita. Jangan melihat
dari segi luaran dan fizikal sahaja, tetapi renunglah sehingga ke segenap aspek
kehidupan yang lain. Mungkin seseorang itu miskin harta, tetapi dia kaya dengan
kasih sayang. Mungkin juga seseorang itu kaya raya, tetapi anak-anaknya
langsung pergi meninggalkannya seorang lalu menghabiskan hartanya seorang diri.
Ini menunjukkan Allah merurunkan ujian atau dugaan dalam pelbagai bentuk dan
cara. Terpulang kepada kita untuk menghadapi dan menerimanya.
Namun sebagai manusia biasa, kadangkala kita pasti merasa
sedih dan gundah dengan ujian. Kita boleh bersedih hati, tetapi jangan meratap hiba. Kita boleh mengeluh lelah,
tetapi jangan berkeluh kesah. Pokoknya disini jangan berlebih-lebihan. Cukuplah
sekadar respon biasa sebagai seorang manusia yang pada fitrahnya bersifat lemah.
Pandang setiap yang berlaku dari sudut yang positif. Bina kekuatan dalam diri,
untuk menjadi manusia yang lebih kuat menghadapi ujian. Kekuatan jangan dicari,
tapi hendaklah dibina. Sentiasa berdoa kepada Allah, kerana doa itu adalah
senjata Muslim. Percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Seperti yang Allah telah sebutkan dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud, " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ltu ada kemudahan". Bukankah hidup kita diibaratkan berputar
seperti roda. Tiba masa kita di atas, bersyukurlah. Tiba masa kita di bawah,
bersabarlah. Kita tidak mengetahui, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
p/s : Percaya dengan janji Allah. InshaAllah everything is gonna be fine..
No comments:
Post a Comment