Thursday, December 1, 2011

~ujian VS rahmat~

"Kenapa aku diberi ujian seberat ini?? " soal manusia. Jawab Al-Quran, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (surah Al-Baqarah, Ayat 286).

Kalau kita perasan, ayat tu selalu kita baca. 'Laa yukallifullahu nafsan illa wus a'haa'. Mungkin kita tak perasan apa kandungannya. Tapi itulah jawapan yang pasti, bagi setiap pertanyaan kita kepada Allah. Segala yang baik datang dari Dia dan segala yang kurang baik tu adalah kelemahan diri kita sendiri. Ohh aku bukan lah nak jadi Ustazah Pilihan. Sekadar berkongsi melalui bahan2 yg selalu didedahkan oleh islamic bloggers, majlis ilmu kat tv dan islamic articles. Menuntut ilmu tu wajib, lagi2 kita sebagai Muslim. Bila rasa diri dah tersasar sikit, cepat2 cari jalan untuk masuk ke landasannya semula. Jangan rasa bangga dengan kekhilafan yang kita lakukan. Sebaliknya perlu ada rasa malu dengan Allah sebab walopun dah macam2 kerosakan yang kita buat di muka bumi, hatta kerosakan pada diri sendiri..tapi Dia tetap turunkan Rahmatnya kepada kita. Menzalimi diri sendiri, bermakna kita merosakkan ciptaanNya. Kita kan ciptaan Allah. So sayangilah diri anda. 

Sepanjang kita hidup selama 20, 30 atau 40 tahun ni, pernah tak jauh di sudut hati kita ada pertanyaan2 begini :
  • Kenapa mak bagi duit belanja 30 sen je, kawan2 tu mak derang bagi seringgit.
  • Kenapa kawan baik aku ni pekse asik dapat nombor 1, aku lak nombor 3 je..
  • Kenapa pompuan tu asik tuka2 boyfren. Aku nak dapat satu pun payah, sebab aku tak cantik.
  • Kenapa boyfren aku tinggalkan aku sebab pompuan lain. Aku tak pernah curang.
  • Kenapa aku susah nak dapat keje yg elok, orang lain tu senang je. Gomen pulak tu.
  • Kenapa orang lain nampak bahagia ada hasben n anak, tapi aku stil sorang2 lagi.
  • Kenapa aku rase cam aku ni loser, Tuhan tak sayang aku ke..

Memang banyak masalah kan manusia ni. Semua tak kena. Semua tak adil. Semua tak sayang aku. Hehhehe Tapi kalau kita pandang semua ujian tu dari sudut pandangan rahmat dan hikmah, mungkin boleh mengubah persepsi negatif dan memadamkan semua persoalan2 ni. 

  • Allah masih bagi kita rezeki, walaupun kadang2 kita tak bersyukur dengan sesuap nasi yang masuk dalam mulut kita.
  • Allah masih bagi rahmat kejayaan, walaupun kita tak pernah bersyukur menjadi orang yang berjaya walupun hanya yang ketiga terhebat.
  • Allah masih bagi nikmat kesihatan, walaupun kita tak bersyukur dengan kejadian diri kita yang merupakan ciptaan Allah yang terbaik.
  • Allah masih bagi nikmat cinta, walaupun kadang2 kita menzalimi diri sendiri dengan perbuatan keji dan maksiat.
  • Allah masih bagi kita kesenangan walaupun kadang2 kita mahu yang lebih dari orang lain dan asik mengeluh dengan rezeki yang tak seberapa.
  • Allah masih belum mengambil ibu bapa atau famili kita, walaupun kita asik memikirkan hanya orang lain yang mampu membahagiakan kita.
  • Allah masih sayangkan kita, walaupun kita sering diberi ujian. Kerana ujian adalah penyambung kasih antara kita dengan Allah.

Manusia memang biasa kecewa dan putus asa. Kadang2 kita rasa kita ni lah org yg paling tak bernasib baik, paling susah dalam dunia. Sebab tu kita akan berkeluh kesah. Keluh kesah sangat tidak disukai oleh Allah. Tapi memamg betul pun. Kalau kita asik keluh kesah, sampai bila2 pun kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan lah maksudnya kita hanya perlu bergantung kepada nasib, tapi berusaha lah semampunya. Kalau dah memang bukan untuk kita, redha lah. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang Allah dah rencanakan untuk kita. Manusia merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah tu yang terbaik untuk kita. Jangan kita asik mengira ujian itu dan ini, mempertikaikan keadilan Tuhan. Tapi kiralah nikmat dan rahmat yang Allah beri sejak kita lahir sampai lah ke usia kita sekarang. Pasti takkan terhitung setiap satunya selagi nafas kita belum terhenti kerana nikmat bernafas tu pun kadang2 kita lupa. Bandingkanlah di antara ujian dan rahmat, pastinya kemenangan berpihak  kepada rahmat.

Renungan untuk diri sendiri juga. Peace!!  xoxo~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...