Thursday, November 22, 2012

Hari ni Abah 58 tahun. Syukur!!!! =)

22 November..
Hari ni genap abah 58 tahun. Abah nak masuk 6 series dah. Sekejap je rase masa berlalu. Tua dah abah. Mana taknya. Aku pun dah nak masuk 3 series. Aku pun dah tua jugak la...heheheee~

Rayer 2012
Bila dah duduk jauh, susah nak balik kampung, baru tau rasa nak rindu2 kat family. Especially abah.  Dulu tak rasa. Sebab hari2 nampak. Lagipun anak perempuan biasa memang tak rapat sangat dengan abah. Kalau nak cari suami, rujukan utama mesti la abah. Kalau boleh nak cari macam abah. Sweet, soft spoken, tak cepat marah, coooool aje. Heheheee...

Abah orang biasa, orang kampung. Belajar pun sampai Darjah 6 je. Arwah atuk dulu bukan orang senang. Abah pulak anak sulung. Adik beradik berderet2. Maklum laa, atuk kawen 3!! Hihiiii~ Sekolah memang sampai had tu je yang mampu. Mula bekerja dari umur 16 tahun. Kerja Majlis Daerah je masa tu. Jadi buruh. Sampai la umur abah pencen. Tapi aku kagum dengan abah. Dengan gaji yang tak seberapa, kitorang 6 beradik cukup makan, pakaian dan paling penting pelajaran. 4 dari kami berjaya ke Universiti. Abang long je yang terkucil, belajar main2. Hehehee.. Harap2 adik yang last ni, dapat meneruskan kejayaan belajar sampai ke U.

Masa sekolah dulu, aku tensen ngan kawan2 yang nakal. Diorang suke bahan nama abah. Nama abah kan Encik Selamat. Nanti ada la yang sambung, "Selamat Hari Raya" laaa, "Selamat Datang" laa..
Kadang2 aku rase nak sumbat je mulut diorang dengan stokin. Hahahahaaa~ Tapi tu dulu. Zaman budak2 memang la. Bila teringat, tergelak je sorang2. Aku teringat pesan sorang ustaz. Dia cakap, " Bagus nama ayah kamu. Orang doakan dia selamat. Semoga kamu pun sentiasa selamat di bawah naungan Allah.." Emm Amin... sejuk je hati bila dengar ustaz cakap macam tu.

Bersyukur abah masih ada, sihat dan gembira. Walaupun abah tak kaya, tapi sekarang hidup dah semakin baik. Dulu pun tak la susah sangat. Susah tapi masih mampu galas beban tu. Sebab abah kuat semangat dan kerja kuat. Bila diingatkan balik, susah nya abah cari duit dulu. Macam2 kerja abah buat. Tapi sekarang, abah dah pencen. Rutin hariannya di rumah keduanya. Opss!! Bukan rumah bini kedua ye. Tapi di rumah Allah. Di Masjid sebelah rumah je. Abah jadi siak sekarang. Daripada tak buat ape2 kat rumah, lebih baik berbakti di rumah Allah. Elaun pun dapat. Hehehee~

Selalu berdoa, supaya dapat senangkan abah dengan mak sampai akhir hayat diorang. Tak pe la kalau tak tunjuk kasih sayang, tapi jangan lupa jalankan tanggugjawab sebagai anak. Ambil tau hal kesihatan, keperluan perbelanjaan dan selalu menjenguk diorang kat rumah. Itu pun tanda kasih sayang. Nak paling senang lagi, doakan diorang dalam doa 5 kali sehari selepas solat. Dapat pahala free kan. Ape2 pun, semoga abah panjang umur dan sihat selalu. Kitorang sume sayang abah.. (^___^)

p/s : 27 November ni besday aku pulak....hmm sejak 2 menjak ni aku tak suke besday. Nape ek?? Hahahahaaaaaaaaaaaaaa~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...