Finally the time comes.
9 Nov '12, last day sekolah. Aku dengan tak packing ape lagi. Petang jumaat tu terus nak gerak gi KK. Nape tak siap packing? Malam tu bertungkus lumus menyiapkan benda2 yang last minit nak hantar. Slip result budak baru nak print ( sistem lembap, printer abeh ink plok...aihhh ), fail Pengurusan tak abeh update lagi, borang SKT pun tak lengkap lagi...huuuu aku memang tak boleh ubah dah perangai last minit ni. Sejak dari zaman belajar lagi. Ohhoo sungguh tak baik utk kesihatan...hihiii~
Balik sekolah je terus siap2 packing barang. Tak banyak pun barang. Dalam pukul 2pm lebih kitorang gerak dari Tawau. Ni 1st time nak ke KK. Paling jauh aritu pun sampai Sandakan je. Fuhh kebas punggung la dalam kete wehh. Kitorang ber 4. Satu lagi kereta geng2 batch May ada 3 orang. Alhamdulillah perjalanan lancar sampai ke Kundasang. Just ada la ujan sekerat2 jalan.
Sampai kat rumah tumpangan dalam pukul 11pm lebih. Dekat je dgn National Park rumah tu. Satu malam dalam RM35 sorang. Register, masuk bilik, mandi2 ( airnya ya ampun sejuk!! terkejut segala urat saraf bila kena air tu wehh..haha ) rehat2, pastu lena semua. Keletihan hampir 9 jam dalam kete.
|
View depan rumah tumpangan, sgt la cantik..jakun sat..=) |
Bangun agak awal, huu excited nak panjat Kinabalu. Memandangkan air dah macam ais, aku batalkan niat untuk mandi. Amik wuduk pun nak terlompat2 dah. Sejuk giler!! Bersiap2 pakai baju yang kitorang tempah sama2 untuk naik gunung. Fuhh semat!! Bawa baju, baju tebal, towel, headlight, stokin, gloves n lain2 barang lagi untuk persediaan nak naik puncak. Aku dah minimize kan barang tapi beg stil berat. Uii masak nak angkut pegi naik gunung ni.
|
Having breakfast |
|
Huu kene duk belakang, kat seat byk barang |
|
Jalan naik ke National Park |
|
Rakan seperjuangan, Cgu Oki n Cgu Dayah yg bersemangat waja. Finally smpai jgk kite weh.. =) |
|
Sorang lagi rakan seperjuangan, Cgu Hilmi (bru perasan, hot jgk kwn aku ni. hahaha muntah ijau) |
|
Aku suka signbod Selamat Datang..;p |
After having breakfast, kitorang pun bergerak ke National Park. Then ada sorang brader ni, Ketua Guide la rasenye bagi briefing pada kitorang. Takde la rules yang pelik2 sangat, just a normal cautions kalau masuk hutan kan. Ada 2 orang Guide yang bawak group kitorang ni, Din and Bonny. Bila selesai briefing, brader tu ada cakap kalau tak larat nak bawa beg boleh upah 2 orang Guide tadi. Sekilo RM8, up and down. Aku stil fikir2 lagi. Bila dia cakap jangan sebab beg tu, korang tak dapat naik puncak aku terus settle down. Arghhh bagi je la guide tu bawak beg. Aku nak jalan lenggang2 je. Kami ber 3 yang perempuan ni semua suruh Guide yang bawa beg. Kalau tak sampai puncak tak tau la. Hehehee~
|
Ketua guide bagi briefing |
|
Besar beg aku weh, memang tak larat aku nak pikul |
|
7 of us: Suhaibol, Lawrensa, Hilmi, Joe, Aku, Oki n Dayah |
Ok, to be continued. Maklumlaa, cuti sebulan lebih ni. Banyak masa lagi nak wat entry. Baru 3 hari kat rumah aku dah boring. Duk kat Tawau pon boring. Ape la yang tak boring???... Huuuuu..
p/s: Jalan2 makan angin mesti tak boring. Tapi duit nak simpan nak wat muka beli kereta. Haaa..jeng..jeng..jeng...~
haa?keretaa?hihi...
ReplyDeletetiada keretaku.. bawa kau jln2..
ReplyDeletehaha poyo je..berangan.. =)