Sunday, October 14, 2012

Misi Kinabalu : Training

Dah dekat2 ni macam2 pulak rase. Excited, takut, hepy.. Semua campur2. Aku paling takut give up je nanti. Tengok dalam blog2, articles.. orang besar pun bleh sampai puncak. OKU, budak kecik, athmatic patient pun ade yang sampai. Takkan la aku yang boleh kata sihat, ringan dan cute (ka3 sile jgn muntah) ni tak bole sampai puncak. Hmmm..

Ape pun aku rase semangat tu yang penting. Jangan cepat mengalah. Penat tu biase la. Mesti penat. Tapi jangan block mental tu, cakap tak boleh. Mesti kene yakin boleh. Kan Malaysia boleh!! Haha
Ade gak tanya member2 yang dah pernah naik. Mesti kena betul2 fit ke baru dapat sampai puncak tu. Tapi diorang semua cakap yang penting buat persediaan sikit2 fari segi fizikal tu. Gi la joging petang2, gi naik bukit ke, naik gunung yang rendah2 dulu. Supaya otot2 tu tak la terkejut beruk nanti time nak naik gunung. 

Aku ni bukan la sport punye orang. Aku paling tak suke PJ time sekolah menengah dulu. Tapi sekolah rendah boleh tahan. Kuat lari nih. Paling feveret 4x100, 4x200. Tapi start sekolah menengah sampai U, memang jadi ulat bulu je. Eh ulat buku ler.. Hahaha. Minat outdoor. Tapi geng2 aku dulu tak berapa suke la pulak. Diorang sume kaki soping. So takde geng. Aku pun jadi kaki soping. Sampai Sabah ni, ade can la jugak nak ber'outdoor'. Ade geng pulak kan. Ok la!!


Kat Tawau ni banyak gak hutan2 yang boleh dijelajahi. Orang awam dibenarkan masuk. Ada Taman Bukit Tawau (orang sini panggil Table), Bukit Gemuk, Gunung Lucia.. emm banyak lagi laa. Yang paling thril Maliau Basin. Perghh cantik tempat ni. Ade air terjun 7 tingkat!! Tapi setakat ni kitorang biasa naik Bukit Sin Onn je la. Sebelum plan naik gunung ni pun memang biasa naik. So sekarang training kat sini je.


Geng yang naik pun dah bertukar2. Orang yang 1st time bawak kitorang nama dia Cgu Farhan. Dia pun dah pindah balik Semenanjung. Tapi kitorang stil teruskan walaupun dia dah takde kat sini. Dengan harapan badi balik Semenanjung akan melekat pada kitorang jugak. Heheheh~

Berangan la kan. Tapi tak salah kot. Kalau nak tau si Farhan tu baru nak setahun lebih je kat SMVT tu, dah dapat transfer. So nothing is impossible kan. Kalau dah rezki. Yang penting usaha dan doa.


Dah tak terkira berapa kali naik. Almost 10 times. Jalan dekat, jalan jauh, semua dah try. Naik time waktu petang, time waktu pagi. Berpoluh den. Memang sampai bawah boleh perah baju tu. Basah! Harap2 boleh ringankan badan ni. Boleh fitkan jugak stamina nak naik gunung nanti. 

Sambil2 tu selang seli jugak joging kat kompleks sukan. Tapi aku lebih suka naik bukit as compared to jogging. Kalau joging, balik mesti sengal2 satu badan. Kalau naik bukit ok je.

Ohh time ni dah naik matahari. Mana tak, dah pkol 8 baru start mendaki. Bikin panass betul!! Makin hitam la weh. 

*Flashback*
Balik rayer haritu, semua tegur. "Eh ko duk Sabah, nape makin itam ni??.. " Dalam ati aku, ehh3 bile masa pulak aku ni putih. Aihhh... Tak kisah la macik, jangan jadi ijo udah ler.. ^.^



Ini la geng yang selalu rajin naik bukit. Cgu Oki dan Cgu Dayah. Semangat waja diorang ni. Aku semangat wira je. Hahahaa!!

Ini la jugak geng wanita yang akan naik gunung Kinabalu same2 aku. Harap2 diorang tak collapse. Kalau tak sape nak support aku. Huhuu~

Tengah bincang ape nak bawak, baju bape helai, beg bape besor, kasut ape nak beli, baju sejuk tebal mana. Mek Dayah ni siap mintak Ma dia poskan bendera Klate. Wohh semangat boh!!! Gomo Klate!!

Botol yang diusung kemane2 saje. Hadiah hari guru ni. Kalau tak, dulu aku selalu usung botol besi kaler merah tu. Tapi lame2 bawak berat la. Baik bawak yang ni. Pelastik!! Ringan. Ade brand pulak tu. Tupperware u'olss!! Hihihh~

InshaAllah, dipermudahkan urusan kitorang nanti. Just takut cuaca. Kalau ujan, mungkin tak dapat naik puncak. Harap2 semua berjalan lancar. Amin~ 


p/s : Bajet dekat 1k kot. Tiket flight, Guide, barang2 nak hiking sume. Kalau tak sampai, bazir betul. Membazir kawan sape?Haaa.... (jawab dalam ati je tau)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...