Sunday, September 30, 2012

Jambatan

Kenapa kita diuji. Kenapa kita rasa sedih. Kenapa kita rasa susah. Kenapa kita rasa kehilangan. Kenapa kita rasa terbeban. Kenapa perlu ada situasi naik turun dalam hidup kita.

Manusia. Insan. Perkataan insan tu sendiri diambil dari perkataan Arab yang bermaksud lupa. Ya. Manusia memang selalu lupa. Manusia selalu lupa bila disajikan dengan nikmat yang melimpah ruah. Manusia selalu lupa bila sedang gembira. Manusia selalu lupa bila ada semua disisi. Lupa apa? Atau lupa pada siapa? Lupa pada yang memberi kesenangan. Lupa pada yang memberi kegembiraan. Lupa pada yang memberi nikmat.

Aku sudah bersyukur. Bibir sudah mengucapkan Alhamdulillah. Tidak cukup lagikah aku bersyukur? Bagaimana lagi harus aku menunjukkan rasa syukurku. Kenapa nikmat dan kesenanganku ditarik balik? Kenapa kegembiraanku direntap? Keanapa aku rasa hidupku kosong?

Binatang juga tahu mengucapkan syukur. Tumbuhan juga punya cara mengucapkan syukur. Adakah kita sama seperti makhluk lain dalam memahami konsep syukur ini. Cukupkah sekadar mengucapkan Alhamdulillah. Cukupkah sekadar ucapan terima kasih dalam doa seharian. Tetapi dalam masa sama masih lagi melakukan keburukan. Masih lagi bergelumang kemaksiatan. Masih lagi iri pada kejayaan orang lain. Masih lagi lupa tanggungjawab kepada orang tua. Dan yang paling utama masih lagi berkira-kira dalam melakukan tanggungjawab kepada Yang Maha Memberi sekelian nikmat.

Kerana itu manusia diuji. Kerana manusia selalu lupa. Dan hanya akan ingat bila datang kesusahan. Hanya akan ingat bila kehilangan. Ujian dan dugaan adalah jambatan yang menghubungkan manusia dengan penciptanya. Mahukah kita terus jauh dariNya. Hanya kerana tidak mahu menghadapi ujian dan dugaan. Beruntunglah mereka yang selalu diuji. Kerana itu tanda kasih Yang Maha Pencipta. Dari Dia kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Begitu juga dengan nikmat dan ujian. Dari Dia segala ujian dan nikmat datang. Dan kepadaNya segala nikmat dan ujian akan kembali.


Wednesday, September 26, 2012

Hari Bos Sedunia

Harini aku jumpe bos no 1. Nak aply CRK. Raya haji ni ingat nak balik ar. Sambung cuti. Seriusly dlm setaun bape kali je la aku jumpe bos in person. Ni 1st time jumpe sebab nak aply cuti. Cuti aku tak luak lagi kot. Hishhh rugi3. Bukan ape, takde sebab nak cuti. Save utk kawen, sampai ke sudah tak kawen2 lagi. Hahahaaa. Lagi pun aku selalu dipengaruhi oleh cerita kawan2 yg selalu berdepan dgn soalan2 maut dari bos kalau nak aply cuti. Seminggu duk mikir nak bagi alasan ape. Last2, aku gamble je la jumpe dia.

Sepanjang jalan duk baca macam2 ayat. Takut nak jumpe bos. Aku ni dah la tak reti nak kona2 cerita. Ahh jumpe je la. Bak kata kawan aku, " ko nak takut ape. ko makan nasik, dia pun makan nasik!! " hehehe ampeh betui kawan aku ni. Dah smpai opis dia, ade orang la pulak. Tercongok la aku kat luar. Aihh lame pulak org kat dalam tu. Aku keluar opis, gi pejabat HEM dulu la. Tanda kehadiran budak. Gi balik opis, aihhh masih ade lagi orang tu. Aku pun buat2 la sibuk depan bilik bos. Bos perasan, lantas memanggil aku masuk. Perghh 'lantas' !! hahaha

Masuk2 je, wat muke paling suweeet. Hoho mood dia nampak baik harini. Aku berdiri je, tunjuk borang cuti. Bos belek2 kalendar. Surprise!! Bos tak tanye ape2, then sain borang cuti aku. Fuhhhhhhh legaaaa.  3 hari kot cuti aku tu. Aku bajet dapat sehari pon jadi la. Sekali 3 hari dia approve daaa. Alhamdulillah.

Then gi kantin. Baru terase lapo. Baru boleh makan dengan tenang. Dok sedap2 makan, tetibe bos no 2 datang kantin gak. Masa tu aku ngan sorang member ni je yang ada. So dia pun datang la join kitorang. Dalam ati kitorang, ahhh sudah. Dia dok sini pulak. Tak boleh la nak mengumpat bos2 sekelian. Hahahaaaa. Masing2 duk cover cun. Jangan dia tanya pasal Kajian Tindakan da siap ke blom, sudah la.. Memang sepatah haram aku tak buat. Malasssss!!

Emm mood dia pun nampak baik harini. Elok pulak sembang ngan kitorang. Macam2 la topik yang kitorang sembang. Sampai time nak bayar, dia suruh adik kantin tu kira semua. Dalam ati kitorang berbunga riang. Bos no 2 belanja wehhh!!!! Kalau tau aku order yang bukan2 tadi. Hahahaaa.. Murah rezki bos.

Selisih dengan bos no 4. Selalu muka dia masam je weh. Susah betul nak senyum. Arini dia senyum pulak kan. Padehal malas nak selisih ngan dia. Sebab arini aku malas nak gi perjumpaan Ko-kum. Sat lagi dia pesan suh datang petang ni. Fuhhh..

Bos no 3 dah 2-3 hari tak nampak. Kursus kot. Kalau tak, dari jauh mesti dia dah tegur. Belum selisih lagi tu. Comel je... Hihihihhhh

Bos2 ni pun manusia jugak. Ada sisi-sisi gelap dan terang masing2. Kita tak tau macam mana kita nanti kalau jadi bos jugak.  Tah2 lagi teruk. Lagi dibenci. Huhuhuuuu~

p/s: Aku paling suke bos no 3. Sebab dia sangat caring. Sebab dia muda. Sebab dia cikgu PJ. Sebab dia org Semenanjung. Sebab dia memang baik lah.. ^.^

Tuesday, September 11, 2012

Mabul (^.^)

This week cuti lagi. Yeayy!!! Aku suke Malaysia. Banyak cuti. Hahaha. Last 2 weeks cuti Merdeka  dok betapa baca nota induksi. This week cuti Hari Malaysia, aku and the geng dah set trip ke Mabul Island. Dah lebih sebulan kitorang plan. Harap2 takde aral. So excited!! Weyhuuuuuuuu..

Trip 2 hari 1 malam. Cukup la, lama2 pun bosan. Bukan leh wat ape sangat pun. Pakej dalam RM202 per head. Snorkeling 2 kali. Kalau nak diving kene tambah 100++. Tapi memandangkan bajet yang ciput dek kerana belanja sakan rayer aritu, cukupla snorkeling aje.

Group trip ni dalam 12 orang. Geng batch January, gabung ngan geng batch May. Tak sume pun join. Kalu sume ikot, geng January ada 14 orang, geng May ade 9 orang. Fuhh meriahh!! Uii ramai gak cekgu baru SMV Tawau ni. Baru perasan.. Hehehee~

Hepy holiday!!

p/s : Cuti raya Haji, plan nak round KK plak. Harap2 takde aral.

Friday, September 7, 2012

Indahnya Induksi

stadi konon. tak stadi pun bersepah jugak..hehe
Induksi. Nape kena ada induksi bagai. Hishh ..

Dari nak balik cuti raya aritu dah kena fikir benda ni. Bawak balik notes konon. Dah sampai rumah, notes ke mana induksi ke mana. Asaimen pun aku tak buat langsung.. haha raya dulu laaaaaa....

Ni dah naik cuti, macam2 pulak program skola. Sibuk manjang. Ko-kum pun dah start. Sekolah ganti lagi. Tu la sape suh cuti banyak2. Ni nak kena ganti pulak. Asaimen induksi kene siapkan jugak. Nota sebeban tu aku tak baca lagi. Tetibe rasa panas je tengkuk aku ni. Tensen. Tapi dah biase. Dulu zaman u pun memang stok stadi last minit. Huhuu tabiat...

Bilik pun dah macam ape. Nota bersepah2. Cuti Hari Merdeka memang aku berkurung je kat bilik. Stadi konon. Ingat nak rilek3 je, tapi kawan aku ni pulun stadi pulak. Lagi la tertekan. Huhuu...
Baca la jugak sikit2. At least habiskan sume nota yang diorang bagi tu. Tajuk yang paling aku suke baca Perintah Am Bab C. Cuti. Tapi tak pernah cuti lagi pun. MC pun tak pernah. Memang rugi la CRK aku tahun ni. Kalu bole jual, dah jual dah.. Hihii

Alhamdulillah, 4-6 September aritu dah selesai KISSM tu. Kali ni kat Hotel Emas. Duk hotel makan tido, dengar ceramah je. Pastu jawab exam. Harap2 lulus la, takde la kena mengulang. Dengar ceramah tu yang aku tak sanggup. 1 hari 8 jam. Fuhh memang ngantuk beb. Rase nak letak benda sengkang kat mata tu bagi terbukak.

Tapi ok la, dah terlepas sume tu. Tinggal tunggu result je. Emm balik2 rumah sempat lagi member tanye, ade calon jodoh tak? Calon jodoh ape, group aku tu sume budak2. Dari 12 orang, sume umur batch 87. Aku je 84. Memang durjana betul laa...hahhaahahaaa. So simpan je la niat nak carik jodoh tu. Tak jumpe kat sini, so maybe kat tempat lain. Bumi Allah ni luas.. kan?.. sedapkan ati.. ;p

p/s : Member yg selalu chat2 kat YM tu da kawen.. aii sume nye meninggalkan aku sorg2..sob3.. Barakallah sahabat. Dia pun bukan jodoh aku la tu.. =)

Thursday, August 30, 2012

i love my malaysia


Why i love Malaysia? Kenapa anda sayang Malaysia? Sayang ke? Well here i've listed top 10 reasons why i love Malaysia. Tido awal tadi, ni bangun2 tetibe semangat hari kebangsaan pulak..hua3

1. We have been independent for more than 50 years. Well that's awesome. Merdeka!
2. The food. Malaysia is such a food heaven. Tak de tempat lain yang makanan dia sesedap kat   Malaysia. Sebab tu orang Malaysia sakit sebab terlebih2 makan. Hihiii
3. Malaysia free from ancaman natural disaster such as earthquake and volcanos. So bersyukur la..
4. Orang2 Malaysia boleh duduk sekali walaupun berlainan bangsa dan agama. Tapi sekarang ni macam dah luntur sikit perpaduan tu. Pasal perbezaan ideologi dan politik la ni. Huh i hate politics!!
5. Kecantikan semulajadi  Malaysia. Pulau, hutan, gunung.. Fuhh memang terbaik!! Jom cuti2 Malaysia.
6. Malaysia is an Islamic country. Kita bebas menjalani hidup sebagai Muslim. I am Muslim.
7. Malaysia dah maju sekarang. Macam2 ada dah. Peluang pekerjaan, peluang pendidikan. Teknologi yang semakin berkembang pesat. Malaysian product, dah sampai international level. Bangga!
8. Malaysia is such a peaceful country. Takde peperangan. InshaAllah aman sampai bile2. 
9. Cuaca yang kadang2 panas, kadang2 sejuk. Takde kemarau, ada hujan. Sesuai untuk pertanian. Sesuai untuk kesihatan juga. 
10. Because i am Malaysian. Sape lagi nak sayang negara kalau bukan kite sendiri, orang Malaysia. I'm  proud to be Malaysian. Yeay!

view from rumah nenek kat kampung.. =)
p/s : Selamat hari merdeka yg ke 55!!



Friday, August 24, 2012

Back to School

Web check-in ................................
Depart       : KL
Arrive        : Tawau
Flight No.  : AK5744
Date          : 26 Aug 2012
Time         : 7.00 am

Ini la yang aku tak suke kalau balik kampung. Dah best2 kat rumah, kena balik sana pulak. Cuti habis suda yawee... erghhhh hate dis feeling!!!

Tapi demi sesuap nasi, kene gagahkan jugak. Amanah dan tanggungjawab kena penuhi. Kerja tu kan satu ibadah. Pahala melimpah ruah. Cuma aku belum jumpe ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Semoga Allah tunjukkan jalan. Semoga Allah selalu permudahkan urusan. Semoga Allah selalu ada jaga aku.. Amin...

p/s : perjalanan sebagai anak rantau kembali lagi.. Ohh cepat la November !!

Tuesday, August 21, 2012

Monyet yang Hensem

Syawal datang, Ramadhan pergi. Saat dan jam ini aku dah ada di tanah Semenanjung. There's no place like home. Weeeeeeeeeeeee.. Selamat Hari Raya!!!!!!!!

Ok2, flashback sikit. Kan sekolah dapat cuti hari Khamis. Tapi tiket aku balik KL hari Jumaat. So aku dan kawan2 yang ditipu Kementerian ni terpaksa balik Jumaat jugak sebab kitorang beli tiket pakai duit sendiri. Nak tukar, ya ampun mahal bebenor.. Jadi menunggu sampai Jumaat tu kitorang pegi la jalan2 dulu ke Sandakan. Niat nye nak gi tengok Orang Utan buat persiapan raya. Hua3...

Jauh jugak la Sandakan tu. Dari Tawau amik masa dalam 5-6 jam jugak. Kitorang naik kereta, so bersengkang mata jugak la drive.. (kawan aku la, aku tido je kat sebelah...heee) Kalau gi Sandakan tu memang tengok Orang Utan je la. Selain tu boleh gak tengok monyet hidung panjang tu, atau pun nama glamernye monyet Proboscis. Selain tu kitorang singgah jugak kat Taman Buaya dan Kawan2. Sebab ade gak binatang lain kat taman tu. Emm ade gak melawat ke rumah Puan Agnes Keith. Aku pun tak pernah tau pasal Puan mat saleh ni. Maklumlaa subjek Sejarah fail. Heee.. Kitorang ade gak singgah ke English Tea House & Restaurant. Fuhh memang style tempat minum dia. Kalau gi dating ngan suami memang perfect. Sebab air teh dia secawan 6 hengget. Memang perfect nak mengabehkan duit laki. Wakakakaaa..

Masa gi tengok monyet hidung panjang tu, memang ramai sangat pelancong. Semua sibuk nak bergambar dengan monyet. Yang orang Malaysia macam kitorang je kot. Sebab ape? Sebab time tu dah cuti raya. Semua orang kompem balik kampung. Kitorang je yang balik kampung monyet/orang utan. Tengah syok2 usha monyet, tetiba ternampak satu makhluk yang sangat cute. Lagi cute dari monyet. Memang lepas tu dah tak pandang monyet dah. Ade sorang mat saleh ni hensem betul. Ingatkan aku sorang yang perasan, rupenye geng2 lain pun dok usha. Elok2 nak bergambar ngan monyet, dah tukar nak bergambar dengan mamat saleh ni. Time nak balik tu, sorang geng ni memberanikan diri untuk mintak bergambar dengan mat saleh tu. Mat saleh tu pulak sporting abes. Bangga betul dia dah macam artis. Lepas sorang, sorang bergambar dengan dia. Bile turn aku, yang aku tak tahan bile mat saleh tu cakap.. " Hey, i'm not the monkey!! ".. Kitorang pun bantai gelak sambil cakap, " ko la monyet paling hensem yang kitorang jumpe kat sini" muwahahahaaa....

p/s: Bukan la cakap depan dia. Tapi kalau cakap depan dia pun, bukan dia paham kan..hahaa~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...