Saturday, June 9, 2012

Semangat Oren


Opening match for Group B Euro 2012. Netherlands VS Denmark. Memang teruja sangat. Lagipun game start agak awal, jam 12 gitu. So takde masalah, biasa dah tido lewat. Tapi kenapa Netherlands?? Entah.. huuu start dari World Cup 2010. Memang support giler. Then tak sangka sampai masuk fnal. But the luck wasn't for them. Kalah dengan Spain.

So tahun ni meneruskan semangat oren untuk Euro 2012. Aku memang konfiden giler diorang menang malam ni. Elehh lawan Denmark je kot. Bukan team faveret. Tapi tunggu punya tunggu, sampai nak tegang urat kaki ni sepak angin. Satu gol pon takde. Yang tambah tensen bile Denmark pulak dapat satu gol. Waaaaaaaaa ape ni. More than 10 attempts, tapi satu pun tak bolos. Pakai bomoh siam ke ape. Muahahaaa. Samapai minit2 terakhir, hoping for miracle. But in the end, memang Netherlands kalah dengan Denmark. Lepas ni lagi susah kot nak beat Germany and Portugal. Ape pun semangat oren belum habis lagi. What a shame laa, having such good players but can do nothing about it. Go Oranje!!! 

p/s : Esok nak tukar profile pic FB laa.. Belanda kalah.. kui3

Thursday, June 7, 2012

Ingin Kembali BerBelog


After a long pause, thinking of blogging again. Tapi cam biase la, kaedahnya malas. Tapi rindu nak berbelog. Bukan ramai follower pun. Tapi tak kesah la kan. Suke2 je.. muahahahaaa (sendiri punye blog kot, suke ati laaa..haha )

Dulu post banyak pasal boring duk menganggur, tapi skarang dah ade keje. Alhamdulillahhhh, syukur ya Rob. Almost a year tak bergerak secara proaktif (makan, tido, online je kat umah) skrang dah kene tune in masa bekerja pulak kan. Almaklumlaa kerja di sekolah, kadang2 smpai ke rumah kerja tak habis lagi. Tambah2 skarang banyak aplikasi online. Semua kat hujung jari je. So untuk memudahkan urusan ( malas sebenarnya, suke tangguh2 keje..ngeeee ) kerja2 di sekolah tu dibawak balik la ke rumah. 

Rentetan peristiwa dah posting ni, sedih pulak nak bukak cerita. Bukan apa, posting di tempat yang bukan menjadi idaman, tapi menjadi pilihan suatu ketika dulu. Hmmm cemana tu?? Nak dijadikan cerita, dulu masa isi borang posting aku tak tau nak bubuh negeri mana. Masa tu kat borang ada dua negeri kena isi kat ruang negeri pilihan tu. Pilihan pertama, opkos la negeri Selangor Darul Ehsan yang tercenta. Tapi pilihan kedua, runsing laa nak tulis negeri mana. Sampai la saat nak menghantar borang tu, pilihan kedua still kosong lagi. Aku dengan konfidennya bubuh la negeri Sabah, negeri di bawah bayu dengan harapan KPM nampak la effort dan kesanggupan aku untuk berkhidmat. So diorang dah nampak sikit nilai murni disitu, jadi tak payah la hantar aku ke seberang laut. Boleh lak gitu kan?? Tapi sebenarnya aku membuka ruang yang luas untuk betul2 dihantar ke seberang laut bagi diuji nilai2 murni yang konon2 ada dalam diri tu. Waaaaaa padan muka. Aku betul2 dihantar ke Sabah. Which part of Sabah??? next post laa ye. Nak tido da........GOOD Night. Terima Kasih Allah.

Thursday, December 22, 2011

Arnab dan Lobak



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al Baqarah : Ayat 216)


Lihatlah ilustrasi 2 ekor arnab di atas. Comel kan?.. Kedua-duanya mempunyai satu pokok lobak. Seekor mempunyai pokok yang besar dan sihat, tetapi seekor lagi mempunyai pokok yang kecil dan kurus. Secara am, pasti pokok yang besar itu akan memberikan hasil lobak yang besar. Manakala pokok yang kecil itu akan memberikan hasil lobak yang kecil. Namun itu dari luaran fizikal yang boleh dilihat dari mata kasar, tetapi adakah arnab2 ini sedar bahagian yang Allah tentukan untuk mereka di bawah tanah itu?.. Mereka tidak akan tahu sehingga mereka keluarkan buah2 lobak tersebut. Begitulah juga dengan pusingan kehidupan manusia di dunia.

Kehidupan di dunia bukanlah semudah yang disangka. Terlalu banyak cabaran dan liku2 yang perlu dihadapi. Ada orang yang bernasib baik, tetapi ada juga yang kurang bertuah. Ada orang yang kaya-raya, tak kurang juga orang yang faqir miskin. Ada orang yang berjaya di dunia, namun ramai juga orang yang gagal. Semua ada bahagiannya masing-masing.  Kadang2 kita bermula dengan kebahagiaan, tetapi berakhir dengan penderitaan. Namun tidak mustahil jika kita bermula dengan penderitaan, kita akan berakhir dengan kebahagiaan.  Itulah Qada’ dan Qadar. Sebagai seorang Muslim yang taat pada Penciptanya, kita wajib percaya kepada ketentuan Ilahi.  Namun percayalah, langit tidak akan selalu cerah. Tetapi mendung tidak beerti akan hujan. Kerana apa? Kerana Allah itu Maha Berkuasa. Allah itu Maha Berkehendak.

Sebagai manusia biasa yang lemah lagi hina, terkadang pasti pernah terdetik dilubuk hati kecil yang paling dalam menyesali atau meratapi dugaan dan ujian yang diberikan. “kenapa aku tidak kaya?” “kenapa aku hidup susah?” “kenapa aku selalu gagal?” “kenapa aku diberi penyakit?” “kenapa aku tidak bahagia?” Kenapa itu dan kenapa ini. Bahkan kita merasakan dugaan dan ujian terlalu berat untuk dipikul. Apatah lagi melihat orang lain tidak pernah merasakan kesusahan seperti yang kita alami. Tidak pernah diberi ujian sehebat kita. Pada waktu itu kita akan merasakan bertuahnya sekiranya kita berada di tempat mereka yang bersenang-lenang itu.

Apabila kita merasakan diri kita adalah orang yang paling susah, percayalah ada orang yang jauh lebih susah daripada kita. Jangan melihat dari segi luaran dan fizikal sahaja, tetapi renunglah sehingga ke segenap aspek kehidupan yang lain. Mungkin seseorang itu miskin harta, tetapi dia kaya dengan kasih sayang. Mungkin juga seseorang itu kaya raya, tetapi anak-anaknya langsung pergi meninggalkannya seorang lalu menghabiskan hartanya seorang diri. Ini menunjukkan Allah merurunkan ujian atau dugaan dalam pelbagai bentuk dan cara. Terpulang kepada kita untuk menghadapi dan menerimanya.

Namun sebagai manusia biasa, kadangkala kita pasti merasa sedih dan gundah dengan ujian. Kita boleh bersedih hati, tetapi jangan  meratap hiba. Kita boleh mengeluh lelah, tetapi jangan berkeluh kesah. Pokoknya disini jangan berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar respon biasa sebagai seorang manusia yang pada fitrahnya bersifat lemah. Pandang setiap yang berlaku dari sudut yang positif. Bina kekuatan dalam diri, untuk menjadi manusia yang lebih kuat menghadapi ujian. Kekuatan jangan dicari, tapi hendaklah dibina. Sentiasa berdoa kepada Allah, kerana doa itu adalah senjata Muslim. Percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Seperti yang Allah telah sebutkan dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud, " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ltu ada kemudahan".  Bukankah hidup kita diibaratkan berputar seperti roda. Tiba masa kita di atas, bersyukurlah. Tiba masa kita di bawah, bersabarlah. Kita tidak mengetahui, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

p/s : Percaya dengan janji Allah. InshaAllah everything is gonna be fine..

Friday, December 16, 2011

Kesihan mak... =)

Beberapa minggu lepas, telah diadakan satu program untuk penduduk sekitar kawasan perumahan kami. Anjuran satu pertubuhan politik. Biasalah, agenda mesra rakyat ini akan lebih manjadi-jadi apabila hari memangkah semakin hampir. Cliche' sangat. Namun bukan agenda yang ingin diperkatakan disini, tetapi kejadian disebaliknya. Program yang dijalankan adalah ala-ala program sihat 1Malaysia. Ada pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Mak dari pagi sudah gelisah. Hatinya mahu pergi, tetapi tidak tahu siapa yang mahu diajak. Aku memang bukan pilihannya. Sebab dia tahu jawapannya pasti tidak. Semakin meningkat usia semakin teruk perangai anti-sosial yang aku alami. Hahahahh. " Uii mak, tengok orang tu mesti baru balik dari ceck-up kat balai raya tu. Besar goodie-bag nye mak.....hehee..". Tak lama, mak pun sudah bersiap ala kadar. Tidak mahu melepaskan peluang menyertai pemeriksaan kesihatan percuma itu ataupun hanya mahu mendapatkan goodie-bag saja. Vroooommmm!!!!!!!~

Mak balik dengan wajah yang tidak seceria semasa dia meninggalkan rumah tadi. Mak menunjukkan surat dari doktor. Aku membacanya sambil adik membongkar isi-isi dalam goodie-bag yang berwarna pink. Banyak juga isi kandungan goodie-bag itu. Huh bajet kerajaan habis ke beribu-ribu goodie-bag. Ohh pasal surat tadi. Keputusan pemeriksaan kesihatan mak. Aku pun kurang paham. Tapi mak terus memulakan bicara tanpa sempat aku nak bertanya. Mak disahkan menghidap Diabetes. Kandungan gula dalam darah sangat tinggi. Nasib baik jantung dan tekanan darah masih normal. Berdasarkan laporan itu, mak perlu dirujuk ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan lanjut. Mak seolah-olah menyesal kerana pergi membuat pemeriksaan itu. Sebelum ini dia tak pernah tahu ada penyakit sebegitu. Dia sudah tidak senang duduk.

Tiba2 abah pula bersiap mahu pergi membuat pemeriksaan juga. Mak mendesak, takut2 abah juga ada penyakit yang tidak diketahui. Abah perokok tegar, peminat susu pekat manis yang sudah tahap die-hard. Tambah2 lagi sudah tidak bekerja a.k.a pencen. Ntah2 lagi banyak penyakit. Tapi abah balik dengan senyuman. Surprisingly, abah belum lagi sah menghidap apa2 penyakit. Alhamdulillah. Tapi mak seakan-akan cemburu dengan laporan kesihatan abah. Hahahahaaa. Obvious sangat di wajah mak. Mak jeles, tapi dalam masa sama mak risau.

Sejak tu mak dah pandai bertemujanji sekarang. Dengan doktor lah. Doktor yang memeriksa mak di program pemeriksaan kesihatan percuma tu. Aku pernah tanya mak, doktor itu lelaki atau perempuan. Mak beritahu doktor itu lelaki. Tiba2 rasa rugi sebab tidak menemani mak membuat pemeriksaan percuma tempoh hari. Mana tau doktor tu bujang. Sebab mak cakap dia muda lagi. Lebih kurang sebaya aku juga umurnya. Hahahaa niat sudah tersasar. Patutlah, Allah dah tau. Sebab tu hati tidak tergerak mahu menemani mak.

Selain temujanji, mak pun sudah pandai berjogging sekarang. Dengan Makcik Baiyah, jiran selang 4 rumah. Tiap2 pagi selepas solat Subuh. Mak pun sudah semakin menjaga makan. Makan nasi sekali saja. Pagi dan malam hanya menjamah roti wholemeal. Itupun menangis dia mahu menghabiskan sekeping roti itu. Rasanya kan tidak sedap. Susu pekat manis sudah tidak disentuh. Hanya nescafe O. Yang pasti kurang gula. Ubatnya kulihat ada sebeban dalam bakul. Hari2 perlu dimakan. Kesihan mak..

Sabar lah mak. Bila usia tua semakin menghampiri kita, sudah tentu nikmat kesihatan semakin hilang dan berkurangan. Bersyukur kerana dapat diketahui pada peringkat awal. InshaAllah masih boleh dikawal. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang lebih baik selepas ni. Yang penting mak mesti rajin makan ubat. Dan rajin berjumpa doktor muda itu.. Hihhiiihiii~

p/s:  Diabetes ada 2 jenis. Diabetes Type1 and Diabetes Type2. Type1 jenis yg kurang insulin dari dilahirkan. Type2 jenis yg insulin kurang dipengaruhi oleh faktor pemakanan. Wow my brain hard disk still working!! Teringat zaman belajar kene hafal apa yg insulin buat dalam darah bila kita makan. Huuu blink2~

Monday, December 12, 2011

Realiti @ Konspirasi


Hoo tajuk post familiar gitu. Macam nama blog yg glamer satu ketika dahulu. Blog Abang Zackzukhairi laa.. Tapi dah lama takde entry. Bizi bebenor Abang Zack tu. Tapi ni takde kena mengena dengan Zack ye. Ni pasal kak Jill dan kawan2. Aku sekadar nak kongsi satu realti yg terjadi pada diri sendiri. Bagaimana permainan 'org2 besar' sampai aku rasa org2 kecik macam aku ni terasa diperkotak-katikkan.

Ok, make it short. Aku adalah slh seorang pelajar program DPLI yg ditawarkan oleh gomen. Program ni utk2 graduate yg nak masuk dlm bidang pendidikan. So kena belajar setaun. Tapi syaratnya kena kerja ngan gomen lepas aku dah abeh belaja. Dan kami diikat dgn satu kontrak selama setaun yg kami ni tak bole keja dgn mana2 badan selagi kami belum tamat belajar. Kontrak ni jugak bagi melayakkan kami dpt tajaan utk belajar DPLI ni. Alhamdulillah sgt2.. Kami dijanjikan kerja apabila tamat belajar. Ok aku memang dah tamat program ni, bulan Mei aritu. Ikutkan batch2 yg lepas, dlm 3-4 bulan dah dipanggil mengajar. Atau nama glamernye posting. Tapi yg jadi masalahnya ni, sekarang dah bulan Dec kot. Dah almost 7 months, berita psl posting ni macam2 versi yg kami dengar. Dan percayaa lah semua versi itu sangat menjengkelkan. Reaksi 'org2 besar' ni seperti hanya melepaskan batuk di tangga.

 Antara reaksi2 mereka berkaitan isu kelewatan posting:
 - Pembekuan jawatan gomen sehingga bulan 8. Tapi ni dah bulan 12..
 - PRU 13. So maybe posting lepas PRU.
 - Lanjutan umur pencen ke 60 tahun. Guru baru belum diperlukan sbb cikgu2 veteran ni lum kosongkan
   tempat.

Abeh tu takkan nak tunggu 2 tahun lagi bagi memenuhi tuntutan pencen 60 tahun tu. Baru kami ni dapat tempat untuk posting. Kenapa dasar tu dibuat tanpa memikirkan guru2 baru yg mereka ambil untuk dilatih ni. Isu bajet pun satu hal. PRU tu 5 tahun sekali. Of course dah ada perancangan dari awal. Bukan ke bidang pendidikan pon ada bajet tersendiri. Takkan sebab PRU posting pun nak dilewatkan. Diorang tak takut ke, nanti kurang undi. Most DPLI studen ni dah layak mengundi ok. Kalau ada 1000 org kami ni, bleh bagi effect besar jugak kot. Lagi satu isu, kenapa KPLI boleh je posting tahun ni jugak. Apa beza ngn DPLI? Macam ada double-standard pulak. Isu GSTT lain pulak. Isu diorang ni baru dibangkitjan tahun ni. Dah sibuk nak diserap. Tapi kami ni dah menyain perjanjian 2 tahun lepas. Sepatutnya kami perlu didahulukan.

Apa sebenarnya konspirasi disebalik semua nih?.. Kami sangat memerlukan penjelasan. Tapi penjelasan semua kabur. Dan seolah2 'org2 besar' ini hanya mahu menyelamatkan diri dengan jawapan2 yg berbaur janji2 palsu. Tak perlulah buka tawaran DPLI lg. Kalau akhirnya nasib kami tak terbela. Seperti telur di hujung tanduk. Kami pun tak kisah sangat pasal kelewatan posting sebenarnya. Isu nya sekarang ini, status kami masih tidak pasti. Tak boleh ke pihak2 yg tertentu memberi gambaran jelas atau timeframe kepada kami, yg posting akan lewat. Beri lah jangka masa yg pasti. "Baiklah orang2 kampung, posting akan diketahui pada tahun 2012".. Kan senang. Boleh la kami mencari kerja sementara once da abeh belaja haritu. Dapat jugak keje 6 bulan. Ada jugak sumber pendapatannya. Tidak boleh ka mereka berfikiran seperti ini. Tak bolehhhh!! Sebab mereka tak de kat tempat kami. Dan mereka tak tahu apa yg kami alami. Sekian.

p/s : Nak keja apa pun tak boleh, sebab takut kena panggil posting. Dah cari keja lain, takkan nak blahh camtu je kalau dpt posting. Kena ada notis gak at least sebulan. Nak carik keja sementara pon susah skang ni. Hmmm...

Friday, December 2, 2011

~ finally final ~


Gembira, syukur sebab  Faizal Tahir selected ke final AJL thru lagu dia yg best tuh.. KARMA. Yang klip vid nye ada kontroversi skit tu. Ala konon2 nya klip tu macam mengajar org wat jenayah la sebab ada scene bunuh2 gitu. Bagi aku ok je, klip vid tu tak de apa kontroversi nye pun. Kita kan rakyat yang berilmu. Boleh berfikir secara waras. Kalau kita amik dari sudut positif, jadi la positif. Kalau negatif jadi lah negatif. Ahhh diorang suka bikin panas. Dan bikin propa. Apepun FT tetap best. Muahahaaaa~

Tumpang seronok untuk Aizat jugak. Faveret jugak nih. Yuna pun besh!! Emm yang lain2 pon best jugak. Kisah Hati, Beribu Sesalan, Sedetik Lebih.. fuhh lagu2 ballad yg berat dan mantop. Haaa Awan Nano jugak. Faveret jugak tuh. Aihhh sume faveret. Camana nih?? Nasib baik aku bukan juri, hahahaa jenuh nak pilih. Dalam banyak2 lagu, aku terwonder lah. Kenapa lagu Cinta FB tu boleh masuk? Opps aku bukan anti NajwaLatif, tapi bagi aku lagu tu biase2 je. Cam lagu kanak2 riang. Lagu2 lain yg lebih bermakna patutnya boleh amik tempat lagu tu. Adakah sebab budak kecik nih tgh popular skang. Tiap2 ada anugerah, asik dia je  perform. Huhh!! Oke2, tak pe laa. Tu rezki Najwa. Apepun, Gudluck to all!!

p/s : Aku sibuk2 ni macam ade share pulak ye. Kalau derang menang pon aku tak dapat ape. Tapi dapat seronok laa... hahahhhaa...

k a l a u ...


Kalau diberi kekayaan, bersyukurlah. Itu ujian..
Kalau diberi kemiskinan, berusahalah. Itu cabaran.

Kalau diberi keseronokan, bergembiralah. Itu nikmat.
Kalau diberi kesedihan, redhalah. Itu dugaan.

Kalau diberi kebijaksanaan, manfaatkanlah. Itu amanah.
Kalau diberi kebuntuan, belajarlah. Itu tuntutan.

Percayalah, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada natijahnya.
Percayalah, Tuhan itu Maha Kuasa. 
RahsiaNya adalah misteri buat kita ummat manusia.

p/s:  Jangan berandai2, atau berkalau2.. Tak elok ok. Kita kena percaya pada Qada' dan Qadar. *peace*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...