Hari ini..
Lembik sangat sebab tak sahur pagi tadi.. Hausmet tak tolong kejut pon. Padehal hari2 aku yg jadi tukang kejut dia.. Ampehh.. Sabar2 puasa nih..
Penat kot, banyak giler baju tertunggak untuk dicuci. Padan muka.
Malas betul nak buat ape2.. rasa nak tido je sepanjang hari. Tapi nanti makruh pulak. Puasa kot.
Niat nak siapkan baju kurung. Tapi berat je kepala aku ni. Emm nanti Isnin la jahit kat bengkel. Alasan!!
Telefon mak, tanya masak ape buka puasa arini. Pastu sedih2.. hahaha
Nak masak ape ek, dah kering idea. Ahh panaskan lauk semalam je la. Huhhuuu
Teringat kawan2 baik aku. Rindu betul. Sampai bile nak macam ni. Aihhh hate dis feeling... :(
Rindu jugak kat dia. Aihhh damn betul la. Nyah kau dari sini...
Sekian untuk hari ini. Peace.. ^.^
Saturday, August 4, 2012
Ape Pun Boleh.. =)
![]() |
| Kuih2 faveret aku kalau buka puasa. Kat sini ade gak jumpe, tapi tak sama rasa dia.. hmm |
Wow da 1st half of Ramadhan. Lagi 2 weeks nak balik. Tahun ni tak merasa aku bukak puasa n terawih kat kampung. Perasaannya cam ampehh je. Cuti rayer lambat sangat. Yang lagi ampeh tu, kuar pekeliling jumaat cuti plak. Tiket aku ari jumaat. Ape pun tak boleh. Aku bukan pakai tiket waran. Tiket beli sndiri kot. Haihh ampeh kuasa dua. Dugaan Ramadhan..
Puasa sini biase2 je. Mana2 sama kot puasa. Just kat sini sungkai awal la..(Orang sini cakap buka puasa tu sungkai. Takde kene mengena ngan sungkai kat Perak tu eak.. ) Kol 6.30 da melahap. Menu bukak puasa pon biasa2 je. Aku selalu masak je ape yang ada. Kadang2 beli gak kat bazar yang tak bape nak best. Cari2 makanan semenanjung, ada gak la. Tapi rasenye kadang2 ampehh. Ampehh lagi...adoiii~
So aku prefer beli raw mat, then masak sendiri. Walopun kadang2 rasenye pon ampehh gak..Tak kesah la, janji kenyang. But the best part is, kalau masak benda yang tak pernah masak sendiri kat rumah, tapi menjadi. Kat rumah mak je la yang masak lauk best2. Aku setakat goreng2 boleh la. Tapi kat sini, aku masak gak lauk best2. Yang heavy. Dan tak sangka lauk tu jadi. Sama macam mak masak..waahh gitu ( masuk bakul angkat sendiri..hahaha..) Kalau dulu rase tak reti nak masak, sekarang ape pon boleh.
Tu maknanya boleh je masak. Tapi kat rumah tu sebab ade mak. Jadi alasan tak yakin tu sebenarnya tipu je.. Sekarang dah jauh ngan mak, padan muka kau. Nak makan sedap2 masak la sendiri!! Itu pun kalau sedap, kalau ampehh telan je laa..
Selamat Berbuka Puasa.. =)
Saturday, July 21, 2012
Ramadhan Kali Ini
![]() |
| source : http://zackzukhairi.blogspot.com/ |
Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan kali ini. Jazakallah, masih bernafas lagi untuk menikmati Ramadhan kali ini. Syukurillah, masih sihat dan bertenaga untuk beribadah pada Ramadhan kali ini. Besarnya nikmat Allah yang satu ini kerana menyampaikan kita ke Bulan Ramadhan, satu2 satunya bulan yang sangat istimewa. Bulan yang mana pintu taubat terbuka seluas-luasnya. Bulan yang amalan akan dikurniakan pahala berlipat kali ganda. Bulan yang menstabilkan kesihatan tubuh badan keseluruhannya. Bulan yang membersihkan hati, fikiran dan jiwa manusia. Bulan yang dihilangkan segala kejahatan Syaituonirrajim, syaitan yang direjam.
Ramadhan kali ini, memberi 1001 satu rasa buatku. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi kesempatan bertemunya. Rasa gembira di atas kurniaan rezki yang melimpah ruah. Rasa sedih kerana mungkin akan berjauhan dengan keluarga sepanjang Ramadhan. Rasa terkilan kerana tak dapat menyambut 1 Ramadhan dan Terawih di malam pertama Ramadhan (awal2 dah cuti, adoiii ). Rasa bertuah kerana dikelilingi sahabat2 yang baik yang selalu ada di waktu susah ataupun senang. Rasa teruja kerana pertama kali berbuka puasa di Sabah (awal sikit waktu berbuka dari Semenanjung).
Selagi bumi berputar di paksinya, selagi itu Ramadhan akan datang. Selagi hayat di kandung badan, selagi itu kita akan bertemu Ramadhan. Walau di mana kita berada, tiada apa yang membezakan. Hanya kita sebagai manusia, perlu bermuhasabah diri. Sejauh mana kita menghargai Ramadhan kali ini. Sejauh mana kita mengambil peluang beribadah dengan sebaiknya pada Ramadhan kali ini. Sejauh mana usaha kita untuk meng'upgrade' diri pada Ramadhan kali ini, berbanding Ramadhan2 yang lepas. Sejauh mana Ramadhan kali ini mampu menghapuskan segala aura2 negatif dalam diri. Sejauh mana Ramadhan kali ini mampu meningkatkan kasih sayang kita kepada Allah.
Semoga kabaikan2 yang kita lakukan pada Ramadhan kali ini menjadi satu titik tolak untuk kita mencapai Istiqamah. Bukan sekadar 'menjadi baik' di bulan Ramadhan, tetapi di sepanjang perjalanan kita menuju ke destinasi terakhir, iaitu mati. Ramadhan is Like A Friend, you have seen her today, you might not see her again.
p/s : Nice to meet u Ramadhan... =)
Sunday, July 8, 2012
Better Late Than Never
Macam tu juga dengan soal rezki dan jodoh. Pada usia sekarang (rahsia. haha..) agak lambat la nak get a better life. Orang lain dah ada best life. Aku baru nak mencari2 good life. Tapi nak buat macam mana, kita dah berusaha. Tapi tulisan di azali tu dah termaktub pada waktu sekian2 baru kita dapat kestabilan ni. Walaupun sebelum ni aku dah berusaha macam2 untuk dapatkan pekerjaan yang baik. Hubungan yang kekal ke akhirnya. Tapi masanya mungkin belum sampai. Lambat. Tapi aku tak rasa apa2 pun kalau orang bercakap di belakang. Orang cuma melihat luaran kita. Tapi kita yang lalui segala apa yang kita hadapi. Orang tak tau. Orang tak rasa. Dan bukan orang yang tentukan rezki tu. But Allah did it. And I always believe it.
Cepat atau lambat, kalau dah pasti sesuatu itu untuk kita, ia akan tetap jadi milik kita. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Segalanya atas ketentuan Dia. Allah tak zalim. Kalau kita dah berusaha sungguh2, inshaAllah ada ganjaran untuk kita. Sebenarnya ia mengajar kita menjadi orang yang sabar. Sabar dalam mengharap nikmat dari tuhan. Sabar menghadapi kekurangan dan kesusahan. Ia juga mengajar kita erti syukur dengan apa yang kita ada. Dengan nikmat yang sedikit sebelum kita mendapat nikmat yang lebih banyak. So its better late, than never rite??.. put some thought.. Wasalam
p/s : Kalau ada studen lambat datang sekolah, jangan guna ayat ni eh. plissssssssssss.. haha
Second home : Tawau
Salam. Oke2 aritu dah cakap nak wat entry pasal posting kat mana. Which part of Sabah rite? Ni baru terajin nak cerita. Huu nampaknya tahap kerajinan semakin menurun. Apa nak jadi ni. Adekah berkait rapat dgn faktor usia? Ohh tak moh cakap pasal usia, sentap okeh. Haha~
Straight to d point. Aku dapat posting di Tawau. One of daerah yang agak bandar di Sabah. Airport depan rumah kot (tipu3).. Mujurlah kan, senang nak park kapal bila balik KL. Maksudnya senang la nak balik selalu. Tak yah naik rakit ke, sampan baru nak sampai airport. Hihiii~
So far dah 6 bulan ni, banyak la yang aku belajar. Belajar cakap org sini ( ba ba baa). Belajar makan stail sini (nasi kuning, nasi lalap.. ) Belajar sabar sebab tak boleh balik selalu macam dulu masa duk Tg. Malim ( Jumaat je aku dah cabut balik rumah). Belajar berjimat sebab makanan, barang2 sini mak aiihh bole tahan mahal. Belajar simpan duit sebab kat sini tak ade Jusco (tunggu balik KL baru aku soping..) Belajar berdikari (kena masak sendiri, kalau tak mak ade bole tolong masak). Ishhh macam2 la aku belajar. Yang paling aku kene belajar adelah belajar menjahit. Sebab aku kena mengajar rekaan n pembuatan pakaian. Bayangkan graduate Food Science nak ngajar wat baju. Memang masak aku weh.. Hadoiii~ Tapi iulah cabaran. Itulah kegilaan jadi studen DPLI. Degree lain, DPLI lain, ngajar lagi la lain..Itulah harga yang aku kena bayar sebab tak sabar2 nak posting dulu kan. Hahaaa...
Whatever it is, alah bisa tegal biasa. Study is a long life process. Tak semestinya dah jadi guru, proses belajar terhenti. Sebenarnya banyak lagi yang kite kena kaji, kena dalami.
Inilah sekolah tempat aku menuntut ilmu baru dan mencurahkan bakti. Sek. Men. Vokasional Tawau. Khabarnya sekolah ni hebat dulu, masa zaman2 pemerintahan Dato' Mary Yap, Pengetua cemerlang. Agak gerun jugak aku nak datang sekolah ni. Maklumlaa cikgu baru belajar, nak masuk sekolah Kluster plak kan. Tapi tu dulu. Sekarang ni da macam sekolah henry gurney. Lagi2 bila jadi Vokasional semula. Faham2 la kalau sekolah voka. Studen yang akademik nya tak bape nak elok. Tapi budak2 Sabah ni semangat diorang tinggi. Tu yang aku salute toing3.
Straight to d point. Aku dapat posting di Tawau. One of daerah yang agak bandar di Sabah. Airport depan rumah kot (tipu3).. Mujurlah kan, senang nak park kapal bila balik KL. Maksudnya senang la nak balik selalu. Tak yah naik rakit ke, sampan baru nak sampai airport. Hihiii~
So far dah 6 bulan ni, banyak la yang aku belajar. Belajar cakap org sini ( ba ba baa). Belajar makan stail sini (nasi kuning, nasi lalap.. ) Belajar sabar sebab tak boleh balik selalu macam dulu masa duk Tg. Malim ( Jumaat je aku dah cabut balik rumah). Belajar berjimat sebab makanan, barang2 sini mak aiihh bole tahan mahal. Belajar simpan duit sebab kat sini tak ade Jusco (tunggu balik KL baru aku soping..) Belajar berdikari (kena masak sendiri, kalau tak mak ade bole tolong masak). Ishhh macam2 la aku belajar. Yang paling aku kene belajar adelah belajar menjahit. Sebab aku kena mengajar rekaan n pembuatan pakaian. Bayangkan graduate Food Science nak ngajar wat baju. Memang masak aku weh.. Hadoiii~ Tapi iulah cabaran. Itulah kegilaan jadi studen DPLI. Degree lain, DPLI lain, ngajar lagi la lain..Itulah harga yang aku kena bayar sebab tak sabar2 nak posting dulu kan. Hahaaa...
Whatever it is, alah bisa tegal biasa. Study is a long life process. Tak semestinya dah jadi guru, proses belajar terhenti. Sebenarnya banyak lagi yang kite kena kaji, kena dalami.
Inilah sekolah tempat aku menuntut ilmu baru dan mencurahkan bakti. Sek. Men. Vokasional Tawau. Khabarnya sekolah ni hebat dulu, masa zaman2 pemerintahan Dato' Mary Yap, Pengetua cemerlang. Agak gerun jugak aku nak datang sekolah ni. Maklumlaa cikgu baru belajar, nak masuk sekolah Kluster plak kan. Tapi tu dulu. Sekarang ni da macam sekolah henry gurney. Lagi2 bila jadi Vokasional semula. Faham2 la kalau sekolah voka. Studen yang akademik nya tak bape nak elok. Tapi budak2 Sabah ni semangat diorang tinggi. Tu yang aku salute toing3.
Saturday, June 9, 2012
Semangat Oren
So tahun ni meneruskan semangat oren untuk Euro 2012. Aku memang konfiden giler diorang menang malam ni. Elehh lawan Denmark je kot. Bukan team faveret. Tapi tunggu punya tunggu, sampai nak tegang urat kaki ni sepak angin. Satu gol pon takde. Yang tambah tensen bile Denmark pulak dapat satu gol. Waaaaaaaaa ape ni. More than 10 attempts, tapi satu pun tak bolos. Pakai bomoh siam ke ape. Muahahaaa. Samapai minit2 terakhir, hoping for miracle. But in the end, memang Netherlands kalah dengan Denmark. Lepas ni lagi susah kot nak beat Germany and Portugal. Ape pun semangat oren belum habis lagi. What a shame laa, having such good players but can do nothing about it. Go Oranje!!!
p/s : Esok nak tukar profile pic FB laa.. Belanda kalah.. kui3
Thursday, June 7, 2012
Ingin Kembali BerBelog
Dulu post banyak pasal boring duk menganggur, tapi skarang dah ade keje. Alhamdulillahhhh, syukur ya Rob. Almost a year tak bergerak secara proaktif (makan, tido, online je kat umah) skrang dah kene tune in masa bekerja pulak kan. Almaklumlaa kerja di sekolah, kadang2 smpai ke rumah kerja tak habis lagi. Tambah2 skarang banyak aplikasi online. Semua kat hujung jari je. So untuk memudahkan urusan ( malas sebenarnya, suke tangguh2 keje..ngeeee ) kerja2 di sekolah tu dibawak balik la ke rumah.
Rentetan peristiwa dah posting ni, sedih pulak nak bukak cerita. Bukan apa, posting di tempat yang bukan menjadi idaman, tapi menjadi pilihan suatu ketika dulu. Hmmm cemana tu?? Nak dijadikan cerita, dulu masa isi borang posting aku tak tau nak bubuh negeri mana. Masa tu kat borang ada dua negeri kena isi kat ruang negeri pilihan tu. Pilihan pertama, opkos la negeri Selangor Darul Ehsan yang tercenta. Tapi pilihan kedua, runsing laa nak tulis negeri mana. Sampai la saat nak menghantar borang tu, pilihan kedua still kosong lagi. Aku dengan konfidennya bubuh la negeri Sabah, negeri di bawah bayu dengan harapan KPM nampak la effort dan kesanggupan aku untuk berkhidmat. So diorang dah nampak sikit nilai murni disitu, jadi tak payah la hantar aku ke seberang laut. Boleh lak gitu kan?? Tapi sebenarnya aku membuka ruang yang luas untuk betul2 dihantar ke seberang laut bagi diuji nilai2 murni yang konon2 ada dalam diri tu. Waaaaaa padan muka. Aku betul2 dihantar ke Sabah. Which part of Sabah??? next post laa ye. Nak tido da........GOOD Night. Terima Kasih Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





