Tuesday, February 19, 2013

Buang Sawang

Ok lama giler tak menaip. Last post time besday arituh.. November kot. Ni dah masok bulan Februari. Nak dekat 3 bulan. Heee wat a long pause... Anyway selamat tahun baru 2013. Baru la sangat!!!!!!!!!

Bila start menaip ni tandanya aku dah bosan tahap cipan. Dah muak ngadap FB hari2. Dah takde citer kat TV nak ikut.. Ala lagipun 2 channel je pun. Memang takkk la nak tengok TV nye. Dah takde keje nak buat. Opss tu salah! Keje banyak cuma aku tak de mood nak buat, taktau mana nak start dan aku memang 'last minute' person.. Hahaha last2 manaip di sini..

2013, permulaan kepada ketidakseronokan aku dalam pekerjaan ni. Elok2 keja half day, sekarang aku keja 7 to 4 (kalau KL 9 to 5 laaa ).. Dah elok2 jadi cikgu, sekang studen panggil 'Puan' pulak.. Eiiii i Cik lagi okeh!! Konon nye sekola da naik jadi kolej.. Cikgu dah up jadi pensyarah. Tapi gaji cenggitu je kot...huhh!! Please panggil saya Cikgu. Thank u.. =)

But stil, thank God aku masih lagi mengajar budak sekolah. Sebab nak habiskan batch utk SPM yang last ni. Kalau ngajar studen Kolej, silap2 aku yang benti kolej. Sebab aku tak nampak lagi ciri2 pensyarah tu ada dalam diri. Sebab aku sedar diri, yang ilmu aku memang tak cukup nak jadi pensyarah. Aku sangat kesian kan studen. So biarla aku mantapkan ilmu dulu. Diorang yang atas2 ni taktau.. Tenaga pengajar ni cukup ilmu ke tidak. Tau2 nak jalan terus segala cita2 tinggi diorang tu. Yang nak ngajar nye kita2 ni, bukan depa..

Dan makin lama aku rasa dok sini makin stres. Aku dah cuba nak terima kenyataan kena mengajar di sini. Tapi bila dah balik pukul 4 ni, aku rasa jadi down terus. Dengan sekolah ni yang banyak 'itu ini', lagi la aku tensen. Kalau setakat dok ngajar saja, tak jadi masalah. Yang jadi masalah, benda2 luar lagi banyak dari tugas hakiki. Ape cer?? Haihhhh sabar lah. Ada peluang memang aku cabut!!

Serius rindu sekolah biasa. Seminggu 23 waktu pun takpe, tapi aku enjoy keja. Ni tak, tekanan manjang. Lama2 leh dapat penyakit aku dok sini..

Aihh dah la tu, cerita banyak2 nampak tak bersyukur betul. U get wat u paid for la. Tapi gaji banyak pun tak hepi nak buat ape. Anyway banyak ke??? Sapa yang keja dan dok sini je tau.. huhuu~

#chilljill #peace #xoxo

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...