Thursday, October 18, 2012

i am a superwoman


Belajar dari kesilapan
Belajar dari kealpaan
Belajar dari kebodohan
Belajar berdikari
Belajar ikhlas
Belajar redha
Belajar bangun bila jatuh
Belajar celik bila buta
Belajar kuat bila lemah
Belajar gembira daripada kesedihan
Belajar tabah dengan ujian
Belajar sabar dengan dugaan
Belajar percaya kepada hikmah
Belajar terima segala ketentuan
Belajar syukur dengan nikmat 
Belajar mencari redha
Belajar mencari restu
Belajar menjadi diri sendiri
Belajar..
 dan terus belajar...

- I am a superwoman-

Wednesday, October 17, 2012

Bawal : Tudung @ Ikan

Tudung bawal. Kenapa bawal? Setahu aku bawal adalah sejenis ikan. Correct me if i'm wrong sebab aku memang fail ikan2 ni. Kalau gi pasar nak beli ikan, cakap gini je.. " Bang, nak ikan 'ni' sekilo?" Haa senang. Kepada semua pemakai tudung bawal, pernahkah korang terfikir asal usul tudung bawal ni...yang kita tau cara pakai dan nama tudung je kan..

Mengikut sejarah dari pembekal-pembekal kain tudung bawal dari Kelantan ia diperbuat daripada sejenis kain “Voile”. Voile itu bermaksud plain-weave, semitransparent fabric of cotton, wool or silk. Mungkin ramai yang belum tau, perkataan voile itu berasal dari Perancis dan kemudian di Melayukan oleh orang Malaysia dengan nama Bawal. Aku pon tatau la info ni betul ke tak sebab aku copy paste je ni. Heee~

Dulu2 memang tudung ni la aku pakai pigi kuliah, lab, bersoping. Tapi sejak bekerja, aku di 'introduce' oleh akak2 yang jual tudung kat sekolah. Tudung ekspress. Tudung yang ada awning tu. Haa tudung pon ade awning ek, bukan rumah je. Hehehhh~

Since that, tudung2 bawal yang megelip berbatu2, bersulam2 sume aku simpan dalam lemari. Lemari yang pakai. Membazir. Membazir amalan sape?? (jawab dalam ati k.. )

Tapi sejak 2 menjak ni, aura tudung bawal dah semakin naik. Sejak dah diberi nafas baru. Comei pulak tengok orang pakai. Aku pakai mesti lagi comei (sile tutup telinga), hahaahaa~ Tapi dah lama sangat tak pakai. Bukan ape, nak shape muncung tudung tu payah sikit. Dulu zaman belajar mesti bersiap pegi kelas lambat. Zaman keje pon sama. Sebab memang aku pakai tudung lambat. Lagi2 tudung bawal. Nak iron pon malas. Tudung tu lebar. Banyak space kene iron. Kalau tak iron memang huduh. Kalau blackout nak pegi keje, menangis!! Tudung tak iron. Baju ok lagi!! Hahahaaa~

Today, my 1st attempt of 'bawal' after almost 3 years. Sekarang dah macam2 bawal style. Ada sulam atas kepala, ada renda2, ada 2 tones, ada pelangi tones. Yang aku pakai ni bawal pelangi sebab ada banyak tone kaler. Saje la mengikut trend. Biase la fesyen orang pompuan ni ada turun naik. Mesti nak terikut2 trend. Sebenarnya tak payah pun macam tu. Sebab kalau dah comei tu pakai ala ape pun mesti comei. Yang penting confident. Dulu aku paling tak reti nak pakai shawl. Tapi sekarang suka. Ala biar la pakai macam2 fesyen. Supaya tak boring. Maklum la jadi cikgu ni, almari baju tu aku rase nak roboh je. Sebab banyak sangat baju. Target aku, dalam masa sebulan tu, aku tanak rotate baju. Hahaha giler. Sebab aku cepat bosan. Walaopun baju banyak tapi aku rase aku dah pakai ulang2 baju tu. Masalah ni. Masalah pembaziran. Kawan sape?? Haaaa..... ^.^

p/s: Pantang ade baju baru, mesti nak terus pakai. Feeling tu aku sorang je yang tau. Heeeeeee~

Sunday, October 14, 2012

Misi Kinabalu : Training

Dah dekat2 ni macam2 pulak rase. Excited, takut, hepy.. Semua campur2. Aku paling takut give up je nanti. Tengok dalam blog2, articles.. orang besar pun bleh sampai puncak. OKU, budak kecik, athmatic patient pun ade yang sampai. Takkan la aku yang boleh kata sihat, ringan dan cute (ka3 sile jgn muntah) ni tak bole sampai puncak. Hmmm..

Ape pun aku rase semangat tu yang penting. Jangan cepat mengalah. Penat tu biase la. Mesti penat. Tapi jangan block mental tu, cakap tak boleh. Mesti kene yakin boleh. Kan Malaysia boleh!! Haha
Ade gak tanya member2 yang dah pernah naik. Mesti kena betul2 fit ke baru dapat sampai puncak tu. Tapi diorang semua cakap yang penting buat persediaan sikit2 fari segi fizikal tu. Gi la joging petang2, gi naik bukit ke, naik gunung yang rendah2 dulu. Supaya otot2 tu tak la terkejut beruk nanti time nak naik gunung. 

Aku ni bukan la sport punye orang. Aku paling tak suke PJ time sekolah menengah dulu. Tapi sekolah rendah boleh tahan. Kuat lari nih. Paling feveret 4x100, 4x200. Tapi start sekolah menengah sampai U, memang jadi ulat bulu je. Eh ulat buku ler.. Hahaha. Minat outdoor. Tapi geng2 aku dulu tak berapa suke la pulak. Diorang sume kaki soping. So takde geng. Aku pun jadi kaki soping. Sampai Sabah ni, ade can la jugak nak ber'outdoor'. Ade geng pulak kan. Ok la!!


Kat Tawau ni banyak gak hutan2 yang boleh dijelajahi. Orang awam dibenarkan masuk. Ada Taman Bukit Tawau (orang sini panggil Table), Bukit Gemuk, Gunung Lucia.. emm banyak lagi laa. Yang paling thril Maliau Basin. Perghh cantik tempat ni. Ade air terjun 7 tingkat!! Tapi setakat ni kitorang biasa naik Bukit Sin Onn je la. Sebelum plan naik gunung ni pun memang biasa naik. So sekarang training kat sini je.


Geng yang naik pun dah bertukar2. Orang yang 1st time bawak kitorang nama dia Cgu Farhan. Dia pun dah pindah balik Semenanjung. Tapi kitorang stil teruskan walaupun dia dah takde kat sini. Dengan harapan badi balik Semenanjung akan melekat pada kitorang jugak. Heheheh~

Berangan la kan. Tapi tak salah kot. Kalau nak tau si Farhan tu baru nak setahun lebih je kat SMVT tu, dah dapat transfer. So nothing is impossible kan. Kalau dah rezki. Yang penting usaha dan doa.


Dah tak terkira berapa kali naik. Almost 10 times. Jalan dekat, jalan jauh, semua dah try. Naik time waktu petang, time waktu pagi. Berpoluh den. Memang sampai bawah boleh perah baju tu. Basah! Harap2 boleh ringankan badan ni. Boleh fitkan jugak stamina nak naik gunung nanti. 

Sambil2 tu selang seli jugak joging kat kompleks sukan. Tapi aku lebih suka naik bukit as compared to jogging. Kalau joging, balik mesti sengal2 satu badan. Kalau naik bukit ok je.

Ohh time ni dah naik matahari. Mana tak, dah pkol 8 baru start mendaki. Bikin panass betul!! Makin hitam la weh. 

*Flashback*
Balik rayer haritu, semua tegur. "Eh ko duk Sabah, nape makin itam ni??.. " Dalam ati aku, ehh3 bile masa pulak aku ni putih. Aihhh... Tak kisah la macik, jangan jadi ijo udah ler.. ^.^



Ini la geng yang selalu rajin naik bukit. Cgu Oki dan Cgu Dayah. Semangat waja diorang ni. Aku semangat wira je. Hahahaa!!

Ini la jugak geng wanita yang akan naik gunung Kinabalu same2 aku. Harap2 diorang tak collapse. Kalau tak sape nak support aku. Huhuu~

Tengah bincang ape nak bawak, baju bape helai, beg bape besor, kasut ape nak beli, baju sejuk tebal mana. Mek Dayah ni siap mintak Ma dia poskan bendera Klate. Wohh semangat boh!!! Gomo Klate!!

Botol yang diusung kemane2 saje. Hadiah hari guru ni. Kalau tak, dulu aku selalu usung botol besi kaler merah tu. Tapi lame2 bawak berat la. Baik bawak yang ni. Pelastik!! Ringan. Ade brand pulak tu. Tupperware u'olss!! Hihihh~

InshaAllah, dipermudahkan urusan kitorang nanti. Just takut cuaca. Kalau ujan, mungkin tak dapat naik puncak. Harap2 semua berjalan lancar. Amin~ 


p/s : Bajet dekat 1k kot. Tiket flight, Guide, barang2 nak hiking sume. Kalau tak sampai, bazir betul. Membazir kawan sape?Haaa.... (jawab dalam ati je tau)

Sunday, October 7, 2012

Misi Kinabalu : Intro

Tajuk bukan main. Haha biar la, post aku kannn.. ^.^

InshaAllah kalau takde aral, 9 Nov ni akan gerak ke KK. Tumpang si Yaw ( Lawrensa a.k.a Reza). Naik Hilux, fuhh 10 jam jerrr pun.. Kebas pung**k. Then 10 Nov tu baru naik gunung. Aku excited betul. Ala2 Dejavu di Kinabalu la nampaknya. Ikut plan kami ber 7. Geng January 4 orang, geng Mei 3 orang. Ade geng Mei, tu yang excited lebih!! Hihiihiii~

Excited, excited jugak. Tapi kene la prepare sikit2 oi. Ni tak asik bantai membuta je kalu dah balik rumah tu. Haihhh~

Satu angle di Kompleks Sukan Tawau
using Instakilogram..hehe 
Ok, arini dah ade kesedaran sivik. Geng lain ajak joging kat kompleks sukan. Dengan semangat yang berkobar2, tapi kaki yang berat aku gagahkan jugak. Bukan ape, aku memang tak gemar joging ni. Aku lebih rela gi naik bukit. Joging penat weh!! Somput den~

1st round. Free walking dulu. Amik mood. Usha2 sekeliling. Woo ramai arini. Best jamu mata ni. Kikikii~ 2nd round, okeh start la joging. Nak mengabehkan satu round balapan tu macam ape je. Penat kot!! 3rd round, lari-jalan-lari-jalan. 4th round, dah tinggal jalan je. Tak lari dah. Hahaaa~

Tapi tak bole benti jalan. Cikgu PJ dulu selalu pesan jangan benti terus. Nanti cramp.So keep on walking. 5th round ni dah bole adapt. So lari balik. Tengah lari2, ehh macam kenal je orang kat tengah padang tu. Bos no 3!!! Aisehhh malu je. Dah la terkedek2. Mana nak nyorok ni. Dari jauh dia dah senyum. Haihh terus semangat!!

Ok last lap. 7th round. Dah tak mampu nak lari. Aku jalan je. Nak bagi muscle kaki relax. Woo tegang je rase betis. Penat!! 1st day dapat 7 round. Okey la kan. Tapi serius rase berat je badan time lari. Dah lama tak timbang. Arghhhh biar la. Janji sihat.

p/s : 2 minggu sebelum balik raya Haji, nak joging hari2.. yeaa!!


Tuesday, October 2, 2012

h o m e s i c k

Darjah 1 - 6 : Sekolah dgn rumah 20 minit. Pegi balik abah jemput. Homesick?? Ape tu?? Hehehhh~

Tingkatan 1 - 5 : Sekolah dgn rumah 5 minit je. Tapi sebab balik jalan kaki, selalu cecah gak 30 minit. Kalau ade org teman, lagi lambat aku jalan. Hahaa selalu ade kawan2 satu taman jalan sekali. Sambil cuba nasib mengayat. Tapi aku tak main la cinta2 time skolah. Tak rock langsung!!! am sick of budak2 couple time skolah.

Diploma Tahun 1-3 : UiTM Shah Alam je. Tapi 1st time duk hostel. Memang homesick. Tapi 2nd year dah ok. Sebab ada orang sayang, orang jaga. Kikikiiiiii.. Poyo!!

Degree Tahun 1-2  : UiTM Shah Alam jugak. Hoho ini tahun duduk luar sudah. Tak dapat hostel. Kena buang dah. " Dah tua2 tak reti nak duk luar ke? " Makcik kat HEP tu bising2 kalau aku buat rayuan nak duk hostel. Duduk la kat rumah sewa yg bapak mahal. Shah Alam memang. Tak homesick sangat. Bizi wat thesis. Sampai malam kat lab. Ohh sedey!! Tak de dating2 dah. Sebab takde orang sayang. Fokus belajar. Konon... Asik ke Mid Valley je soping fokus mende. Hihiihihiiii~

Kerja : GSTT. Sekolah depan rumah je. Bawak kete tak sempat pun nak tukar gear 4. Tak homesick langsung!! Hahaha

DPLI : UPSI Tg. Malim. Drive kut highway plus dalam sejam je. Every week aku cabut balik rumah. Pon tak homesick sangat. Heheheeee

Praktikum : SMK Taman Kenari, Kulim Kedah. 3 bulan tu aku tak balik langsung. Homesick giler. Nak balik sayang duit. Bawak kancil tak larat la nak jalan jauh. Ini paling jauh aku pernah stay.

Kerja : SMV Tawau. Ini memang tak boleh balik der.. Takde jalan darat. Memang homesick tahap gaban. Ini kali laaa. Memang jauhhh dia bagi. Kena fly lagi. Padahal bus express pon tak pernah naik. Hahahaa mana pernah duk jauh. Howmeesicccckkkkkkk!!!!!!

p/s : Bertabahlah. Bape tahun la nak duduk Tawau ni. Huk3~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...