Wednesday, October 17, 2012

Bawal : Tudung @ Ikan

Tudung bawal. Kenapa bawal? Setahu aku bawal adalah sejenis ikan. Correct me if i'm wrong sebab aku memang fail ikan2 ni. Kalau gi pasar nak beli ikan, cakap gini je.. " Bang, nak ikan 'ni' sekilo?" Haa senang. Kepada semua pemakai tudung bawal, pernahkah korang terfikir asal usul tudung bawal ni...yang kita tau cara pakai dan nama tudung je kan..

Mengikut sejarah dari pembekal-pembekal kain tudung bawal dari Kelantan ia diperbuat daripada sejenis kain “Voile”. Voile itu bermaksud plain-weave, semitransparent fabric of cotton, wool or silk. Mungkin ramai yang belum tau, perkataan voile itu berasal dari Perancis dan kemudian di Melayukan oleh orang Malaysia dengan nama Bawal. Aku pon tatau la info ni betul ke tak sebab aku copy paste je ni. Heee~

Dulu2 memang tudung ni la aku pakai pigi kuliah, lab, bersoping. Tapi sejak bekerja, aku di 'introduce' oleh akak2 yang jual tudung kat sekolah. Tudung ekspress. Tudung yang ada awning tu. Haa tudung pon ade awning ek, bukan rumah je. Hehehhh~

Since that, tudung2 bawal yang megelip berbatu2, bersulam2 sume aku simpan dalam lemari. Lemari yang pakai. Membazir. Membazir amalan sape?? (jawab dalam ati k.. )

Tapi sejak 2 menjak ni, aura tudung bawal dah semakin naik. Sejak dah diberi nafas baru. Comei pulak tengok orang pakai. Aku pakai mesti lagi comei (sile tutup telinga), hahaahaa~ Tapi dah lama sangat tak pakai. Bukan ape, nak shape muncung tudung tu payah sikit. Dulu zaman belajar mesti bersiap pegi kelas lambat. Zaman keje pon sama. Sebab memang aku pakai tudung lambat. Lagi2 tudung bawal. Nak iron pon malas. Tudung tu lebar. Banyak space kene iron. Kalau tak iron memang huduh. Kalau blackout nak pegi keje, menangis!! Tudung tak iron. Baju ok lagi!! Hahahaaa~

Today, my 1st attempt of 'bawal' after almost 3 years. Sekarang dah macam2 bawal style. Ada sulam atas kepala, ada renda2, ada 2 tones, ada pelangi tones. Yang aku pakai ni bawal pelangi sebab ada banyak tone kaler. Saje la mengikut trend. Biase la fesyen orang pompuan ni ada turun naik. Mesti nak terikut2 trend. Sebenarnya tak payah pun macam tu. Sebab kalau dah comei tu pakai ala ape pun mesti comei. Yang penting confident. Dulu aku paling tak reti nak pakai shawl. Tapi sekarang suka. Ala biar la pakai macam2 fesyen. Supaya tak boring. Maklum la jadi cikgu ni, almari baju tu aku rase nak roboh je. Sebab banyak sangat baju. Target aku, dalam masa sebulan tu, aku tanak rotate baju. Hahaha giler. Sebab aku cepat bosan. Walaopun baju banyak tapi aku rase aku dah pakai ulang2 baju tu. Masalah ni. Masalah pembaziran. Kawan sape?? Haaaa..... ^.^

p/s: Pantang ade baju baru, mesti nak terus pakai. Feeling tu aku sorang je yang tau. Heeeeeee~

1 comment:

  1. Selamat Pagi guys, Masih Bingung Dan Ragu Pilih Agen Poker & DominoQQ Yang Terpercaya?
    PIN BB : D61E3506
    Whatsapp : +85598249684
    L ine : Sinidomino
    poker online

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...