Friday, December 2, 2011

~ kenapa saya ponteng...? ~

Skip school !! Ponteng !! Tuang kelas !!

Ohh ini istilah2 biase dalam kalangan pelajar. Tak kira lah pelajar tadika, sekolah mahupun yang dah besar bagak kat kolej ke universiti nunn... Tapi rasa nya fokus aku skang ni berkisar kat budak2 sekolah. Budak sekolah rendah pun dah berani tau panjat pagar.Walopun isu ni dah boleh di-classify as basi, lapuk, lama, berkurun dan etc. tapi aku rasa macam isu ni tak pernah padam. Kenapa ek?..

Based on kajian tak formal yg aku buat sepanjang pembabitan dalam kancah perguruan ni, aku bole senaraikan 10 sebab kenapa budak2 sekolah ni suka ponteng. Or mungkin terpaksa ponteng. Hehehh bole cam gitu, terpakse.. Ini just personal opinion based on observation and conversation masa kat sekolah dulu. No offence ok!!

Sebab # 1: Saya malas.
Ni jawapan standard aku rasa. " Kenapa ponteng? .. Saya malas p skolah, cekgu !! "
Malas adalah sejenis penyakit hati dan sikap. Bila cakap tentang malas, isu ni sangat subjektif. Ia sangat bergantung kepada pelajar tu sendiri. Ada tu cikgu dah marah, dah nasihat hatta sampai kena maki pon ada. Tapi dia wat muka tapai basi jek. Kadang2 mendidih je aku tengok. Kalau dah malas tak leh nak wat ape la. Aku tak tau la mak bapak diorang ni tau tak diorang ponteng. Takkan nak cakap kat bapak, "pak arini saya malas lah nak gi skolah..".  Silap2 hari bulan, " Pangggg!!! ini makan dia!! ". So kompem dah kena tipu orang tua tuh. Tau2 cukup bape hari, surat amaran sampai kat umah sebab ponteng.

Sebab # 2: Sekolah boring lahh !!
Wahh sajak nye ko jawab gitu, wat do u expect?? Sekolah ada panggung wayang ke. Atau ada club cucuk langit yg boleh wat ko terhibur kat sekolah. Nama pun sekolah, tempat orang carik ilmu. Mesti la we come to a serious bisnes. Bukannya tade riadah langsung. Time PJK tu haa ko belasah la main puas2. Ni tak, time PJK pon malas nak bawak baju sukan. Nak kontrol ensem pakai kemeja sekolah fit, seluar nak terlondeh. Kalu pakai track bottom tu tak macho lah plak nanti. Form1 tak pe lah, ni form 5 nak suruh pakai baju2 gitu kan. Main lah bola pakai seluar sekolah tu. Time koko pon satu hal. Cikgu yg beria2 datang, studen tanak datang. Attendance sedey!! Sebenarnya korang yg wat sekolah tu jadi boring. Just participate in watever program provided for u lahh.

Sebab # 3: Saya ikut kawan.
Pengaruh rakan sebaya pon berat jugak nih. Aku ada pengalaman dulu. Ada sorang studen nih, time form 1 memang bagus. Belajar ok, dengan cekgu pun hormat. Tapi bila dia naik form 2, tetibe transformasi telah berlaku. Jadi budak nakal, selalu ponteng kelas, ponteng sekolah. Ini semua sebab kawan. Tetibe geng ngan budak nakal. Geng2 baik dia dulu maintain lagi. Tu lah pentingnya pilih kawan ni. Kawan nak menjahanamkan ni memang bersepah. So watch out dear!!

Sebab # 4: Cikgu tu boring lah !!
Hohoo cikgu pulak puncanya. No offence ya cikgu! Ok lah, kita boleh refer kepada Konsep Kepelbagaian Pelajar. Mungkin ada certain method yang boleh dan tidak boleh kita apply dalam kelas. Tahap penerimaan untuk kelas hadapan tentunya berbeza dengan tahap penerimaan bagi kelas2 hujung. Memang lah, susah nak puaskan hati semua pelajar. Tapi cuba  guna kreativiti cikgu, untuk apply pendekatan yang berbeza. Huhuu aku pun pernah jadi studen. Ada sorang cikgu ni dulu, dia bukak mulut je kitorang dah menguappp. Hehhe dah pasti subjek Sejarah. Mana tak nya, dia asik baca je isi2 sejarah tu. Kitorang pon boleh baca sendiri kat umah!! Studen pun, jangan la mengada2 sangat. Betulkan setting niat nak belajar, inshaAllah tak boring.

Sebab # 5: Saya benci cekgu tuh !!
Ini lebih kepada motif dendam kot. Maybe cikgu tu pernah malukan dia, tegur or marah kat depan2 kelas. Denda kena jemur sampai kelas girlfren dia pun boleh nampak ke. Muahaahaa~ Sebab tu dia meluat bila cikgu tu masuk. So bila ada je subjek cikgu tu, dia pon ponteng ar. Tak kira la ponteng kelas cikgu tu je ke, or even ponteng sekolah terus. So cikgu2, tegurlah dengan cara yg behikmah. Studen pulak, jangan la amik ati sangat, sape suruh korang wat hal ngan cikgu. Nasib korang lah dapat cekgu Singa. lol~

Sebab # 6: Nak carik ketenangan, saya stress..
Pelajar cam ni, mungkin ada masalah dia yg tersendiri. Maybe ada masalah sejak dari rumah lagi. Pastu terbawak2 sampai ke sekolah, dan tak leh terima apa yang dia belajar kat sekolah. Nak duduk umah je, mesti tak boleh. Nanti mak bapak curious. So jalan mudah ponteng je lah. Pegi sekolah cam biasa, tapi kat pertengahan jalan wat diskusi ngan setan dan org alim. Macam dalam drama tuh. Sorang pakai baju itam, sorang pakai baju puteh. Tapi dalam kes ni, setan yang menang. So dia pegi lah tempat2 yg buleh ilangkan stress tuh. But dis is not d right way dear, lagi banyak hal timbul nanti. Silap2 jadi kes orang hilang.

Sebab # 7: Saya tak pandai, wat pe gi sekolah?..
Kes buta huruf. Sound tak logik kan. Tapi percaya lah memang ada kes buta huruf ni walopun kita dah nak masuk tahun 2020. Ni mungkin kes terpencil. Aku sendiri pernah hadap budak2 nih. Korang bayangkan eh, tahun ni nak SPM. Tapi dia tak boleh baca. Agak2 macam mana nak jawab pekse. Kalo ABC ampun lagi. Tapi kalo esei, karangan, struktur dan sewaktu dengannya.. So dia masuk kelas memang tak paham apa yg cekgu ajar. Bayangkan lah beb, nak belajar Ekonomi Asas nih. Tapi dia nak eja EKONOMI ASAS tu pun menangis. Dia tak paham, sebab dia tak leh baca. Yang sedey kalu cikgu cakap apa pun dia tak paham. So boleh bayangkan tak kalu subjek English camane pulak. Jadi, baik aku ponteng. Tak pening kan, cikgu?? Sy pun tak kacau org lain yg lagi pandai, yg nak belajar... Hmmm

Sebab # 8 : Saya orang susah.
Ok, ni maybe untuk kes2 studen yg tak mampu. Macam dlm citer Bersamamu tu. Nak pegi sekolah kene ada duit tambang, duit makan lagi. Kadang2 mak ayah diorang tak tau pun diorang ponteng. Alasan nk tolong mak ayah carik duit. Keje la kat mana2 pun janji dapat duit. Sebab tu kadang2 gi sekolah, kadang2 tak. Pegi sekolah pun asik jadi bahan kawan2 yg takde hati perut. Keje nak mengutuk, mengacau dan meminggirkan diorang. Sedey nye...

Sebab # 9 : Saya kene jaga adik.
Masa praktikal dulu, ada sorang studen ni dia kerap sangat tak dtg sekolah. Boleh kata dlm 5 hari tu, 2-3 hari je leh nampak muka dia. Kadang2 seminggu takde langsung. Bila tanya kawan2, diorang bagi tau dia kene jaga adik kat umah. Parents dia keje. So macam mana tu?.. Kat sini parents pulak la puncanya. Walau macammana pun, tanggungjawab menjaga anak2 tetap dibahu parents. Mana boleh lepaskan pada anak2 yg lebih tua. Lagi2 yg masih bersekolah. Faktor keselamatan dah terabai. Anak pulak terpaksa ponteng. Hmm..


Sebab # 10: Suke2 je.. saya takde sebab pun nak ponteng.
Apa perasaan anda sebagai guru, bila pelajar jawab gini. Hahahahaa ada tak terasa nak peluk diorang? Ataupun anda terasa seperti nak hadiahkan ciuman tapak kasut? Pelajar macam nih memang ada penyakit hati yg kronik. Dia dah tak boleh bezakan mana yg baik dan mana yg buruk. Matlamatnya ke sekolah jugak dah tersasar. Bahkan niatnya ke sekolah juga mungkin dah samar2. Macammana boleh jadi gini?.. Pelajar ni sendiri je yg ada jawapannya. Aku pun tak tau nk cakap ape. Haihhhh..

Apepun alasan, semuanya tepulang pada individu tu sendiri. Sehebat mana pun pengaruh dan cabaran di sekeliling kita, kalau kita ada kekuatan iman dalam hati dan rasa sayang pada diri sendiri, inshaAllah pasti kita tidak akan terjerumus ke arah keburukan. Selalu pesan pada diri sendiri, sebelum nak buat apa2 ingat lah pada mak dan ayah. Bayangkan lah wajah mereka. Mesti tak jadi nak buat jahat. Tu pun kalau sayang pada mak ayah lah. Renung2 kan.. Selamat beramal... ~peace~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...