Saturday, November 20, 2010

~oh lelaki~



"Aku tidak pernah melafazkan kata-kata AKU CINTAKANMU.."

"Kita hanya kawan biasa selama ini"


Itulah melodi justifikasi seorang lelaki. Sekali pandang, memang tidak ada silapnya. Semuanya kerana perempuan yang naif.Sekali pandang...

Jawapannya..

Cinta dan perasaan suka itu lumrah. Harus berterima kasih kepada kurniaan Ilahi..

Untuk lelaki, kalau sudah tahu perempuan hatinya lembut, jadi usah dibelai dan diberi perhatian membuta-tuli, semata-mata untuk mempermainkan perasaannya.

Jangan sesekali..

Juga bukan salah kita lelaki, andainya tiba-tiba perasaan cinta itu hadir di sanubari seorang anak hawa kepada kita.Itu FITRAH namanya..

Cumanya kalau kita tidak berkehendak dan serius, KATAKAN TIDAK sahaja padanya. Bunyinya kejam tetapi itulah tonik paling mujarab untuk meredamkan kecamuk jiwa sang hawa. Parahnya lebih jika keadaan itu dibiarkan berlanjutan kerana harapan itu akan sentiasa menyala.

Lebih baik nyalanya itu DIPADAMKAN sewaktu masih kecil, sukar sekali jika sudah marak nyalaannya. Silap-silap kebakaran terjadi, dan alhasilnya lebih buruk dengan kerugian berlipat kali ganda..

Dan untuk perempuan, jangan jadi NAIF . Jangan sesekali tunduk pada lelaki yang anda idamkan ke hulu ke hilir, mempercayainya setengah mati..Dan andai tidak pernah terdengar perkataan JUMPA MAK AYAH, KAHWIN, ANAK, terkeluar dari mulut jejaka idaman, usahlah JIWA dan RAGA dikorbankan kepada jejaka ' plastik' tadi.

Kalau berani, silakan beradab jumpa dengan mak ayah si hawa.Itu cara orang 'gentleman'..Berdada dalam memikul tanggungjawab bukan segan malu bersembunyi di belakang langsir bak pengecut..

Percayalah, jika inipun si 'plastik' ini tidak mampu, manakah mungkin urusan rezeki anak, bancuh susu, tukar lampin anak jam 2-3 pagi akan menjadi pilihan hatinya. Tidak masuk dek akal..

So, bacaan lanjut bleh dapat dari blog 'Musafir Ilmu' ni...selamat mambaca!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...