Friday, December 16, 2011

Kesihan mak... =)

Beberapa minggu lepas, telah diadakan satu program untuk penduduk sekitar kawasan perumahan kami. Anjuran satu pertubuhan politik. Biasalah, agenda mesra rakyat ini akan lebih manjadi-jadi apabila hari memangkah semakin hampir. Cliche' sangat. Namun bukan agenda yang ingin diperkatakan disini, tetapi kejadian disebaliknya. Program yang dijalankan adalah ala-ala program sihat 1Malaysia. Ada pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Mak dari pagi sudah gelisah. Hatinya mahu pergi, tetapi tidak tahu siapa yang mahu diajak. Aku memang bukan pilihannya. Sebab dia tahu jawapannya pasti tidak. Semakin meningkat usia semakin teruk perangai anti-sosial yang aku alami. Hahahahh. " Uii mak, tengok orang tu mesti baru balik dari ceck-up kat balai raya tu. Besar goodie-bag nye mak.....hehee..". Tak lama, mak pun sudah bersiap ala kadar. Tidak mahu melepaskan peluang menyertai pemeriksaan kesihatan percuma itu ataupun hanya mahu mendapatkan goodie-bag saja. Vroooommmm!!!!!!!~

Mak balik dengan wajah yang tidak seceria semasa dia meninggalkan rumah tadi. Mak menunjukkan surat dari doktor. Aku membacanya sambil adik membongkar isi-isi dalam goodie-bag yang berwarna pink. Banyak juga isi kandungan goodie-bag itu. Huh bajet kerajaan habis ke beribu-ribu goodie-bag. Ohh pasal surat tadi. Keputusan pemeriksaan kesihatan mak. Aku pun kurang paham. Tapi mak terus memulakan bicara tanpa sempat aku nak bertanya. Mak disahkan menghidap Diabetes. Kandungan gula dalam darah sangat tinggi. Nasib baik jantung dan tekanan darah masih normal. Berdasarkan laporan itu, mak perlu dirujuk ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan lanjut. Mak seolah-olah menyesal kerana pergi membuat pemeriksaan itu. Sebelum ini dia tak pernah tahu ada penyakit sebegitu. Dia sudah tidak senang duduk.

Tiba2 abah pula bersiap mahu pergi membuat pemeriksaan juga. Mak mendesak, takut2 abah juga ada penyakit yang tidak diketahui. Abah perokok tegar, peminat susu pekat manis yang sudah tahap die-hard. Tambah2 lagi sudah tidak bekerja a.k.a pencen. Ntah2 lagi banyak penyakit. Tapi abah balik dengan senyuman. Surprisingly, abah belum lagi sah menghidap apa2 penyakit. Alhamdulillah. Tapi mak seakan-akan cemburu dengan laporan kesihatan abah. Hahahahaaa. Obvious sangat di wajah mak. Mak jeles, tapi dalam masa sama mak risau.

Sejak tu mak dah pandai bertemujanji sekarang. Dengan doktor lah. Doktor yang memeriksa mak di program pemeriksaan kesihatan percuma tu. Aku pernah tanya mak, doktor itu lelaki atau perempuan. Mak beritahu doktor itu lelaki. Tiba2 rasa rugi sebab tidak menemani mak membuat pemeriksaan percuma tempoh hari. Mana tau doktor tu bujang. Sebab mak cakap dia muda lagi. Lebih kurang sebaya aku juga umurnya. Hahahaa niat sudah tersasar. Patutlah, Allah dah tau. Sebab tu hati tidak tergerak mahu menemani mak.

Selain temujanji, mak pun sudah pandai berjogging sekarang. Dengan Makcik Baiyah, jiran selang 4 rumah. Tiap2 pagi selepas solat Subuh. Mak pun sudah semakin menjaga makan. Makan nasi sekali saja. Pagi dan malam hanya menjamah roti wholemeal. Itupun menangis dia mahu menghabiskan sekeping roti itu. Rasanya kan tidak sedap. Susu pekat manis sudah tidak disentuh. Hanya nescafe O. Yang pasti kurang gula. Ubatnya kulihat ada sebeban dalam bakul. Hari2 perlu dimakan. Kesihan mak..

Sabar lah mak. Bila usia tua semakin menghampiri kita, sudah tentu nikmat kesihatan semakin hilang dan berkurangan. Bersyukur kerana dapat diketahui pada peringkat awal. InshaAllah masih boleh dikawal. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang lebih baik selepas ni. Yang penting mak mesti rajin makan ubat. Dan rajin berjumpa doktor muda itu.. Hihhiiihiii~

p/s:  Diabetes ada 2 jenis. Diabetes Type1 and Diabetes Type2. Type1 jenis yg kurang insulin dari dilahirkan. Type2 jenis yg insulin kurang dipengaruhi oleh faktor pemakanan. Wow my brain hard disk still working!! Teringat zaman belajar kene hafal apa yg insulin buat dalam darah bila kita makan. Huuu blink2~

2 comments:

  1. hai..kate anak graduate teknologi makanan ape lagi sediakan la mkanan yang sesuai tuk mak tu..gud la wak jarah tahu awal..diabetic ni la punca kematian mengejut tau..die ketua penyakit 3 serangkai tu..kalo pompuan kn diabetic msih lei diajar n dikawal kalo lelaki ssh woo..tau nak mkn sedap je..kurng masin kurang manis sume takmo..ALLAH maha mengetahui ciptaannya sbb tu peratusan penghidap diabetic ni pompuan lagi tinggi berbanding lelaki..(data sila google sendri)

    ReplyDelete
  2. yo laa..kene pantau skang apa yg mak makan. nsib dia bukan jenis pemakan sgt. so ok lagi la nk terima kenyataan yg dia x ley mkn cdap2 dah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...