Saturday, August 4, 2012

Love Story

Cinta sampai mati. Cinta setengah mati.  Walopun dah mati, tapi cinta tetap ada. Ishh ade ke macam tu?
Pengaruh drama sebenarnya ni. Buat aku terfikir2 dalam kepala otak ni. Cam drama Dejavu di Kinabalu tu. Fuhh terus aku teringin nak pegi KK. Cantik giler cinematography citer tu. Lagi2 yg kat Kundasang tu kan?.. Hijau, nyaman je..asyik2.. Opss bukan nak citer psl KK. Stop it!!

Citer pasal cinta mati. Macam si Aqasha tu punya watak. Sayang betul dia kat galfren dia, walaupun perempuan du dah takde. Bukan sekejap, 3 tahun oke. Stil tak boleh lupa n stil sayang macam perempuan tu hidup lagi. Memang setia laa. Tabik toing3. Masalahnya berapa kerat sangat lelaki macam tu ada dalam dunia yang fana ni. Dalam drama boleh laa....

Kalau tengok realiti sekarang, belum mati pon laki dah curang. Anak dah berderet pon ada hati nak pasang 2-3. Perut dah boyot kedepan ( ade ke boyot ke belakang?? hehh ) pun stil nak test market lagi. Aku tak paham betul. Bukan ke Allah jadikan isteri tu sebagai pendamping hidup dunia dan akhirat. Kenapa tak hargai. Kenapa tak boleh jaga. Kenapa nak main kayu tiga, empat dan seumpamanya. Kenapa tak boleh setia. Kenapa, kenapa, kenapa...?????

Tu yang dah kawen. Kalau setakat couple2 ni, emm memang frust meniarap la dibuatnya. Time sayang bukan main, tapi kalau dah tak sayang. Huhh macam2 alasan. Macam2 cara nak kasi perempuan tu give up. Pandai pulak tak nak jadi punca. Dia buat senyap, buat tak layan. Sampai perempuan tu dah hilang sabar n mintak putus. Senang kan. "Bukan salah aku. Dia yang mintak... " desus hati seorang lelaki durjana. Janji memang macam2. Lautan api la, gunung daik bercabang 3 la..semua sanggup. Tapi bila dah jumpa yang lebih cantik, lebih itu dan lebih ini. Semua janji tinggal janji. Nak yang cantik2, yang bekerjaya, yang bergaya je. Ingat diorang tu hensem sangat. Pui!!

Mana ada manusia yang sempurna. Sebab tu Allah jadikan manusia berpasangan supaya boleh saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan bila ada kekurangan pada pasangan, terus cari kelebihan tu pada orang lain. Tak adil macam tu. Bukan ke lelaki tu bersifat pelindung kepada wanita. Bukan pendiskriminasi wanita. Hmm bagi yang couple tu, treat la pasangan tu seperti dia isteri kamu. Opss bukan layan macam isteri betul2, maksudnya bulatkan niat di hati untuk jadikan dia isteri. Hargai macam kamu nak hargai isteri nanti. Setia macam kamu setia pada isteri. Jangan la main2 kan hati. Jangan la nak test market lagi. Bila kamu dah sayangkan dia, kamu ada tanggungjawab untuk jaga hati, jaga perhubungan dan jaga batas. Bukan sayang setakat berbuih2 kat mulut je.

Perempuan pun satu. Jangan la over. Jangan bagi semua kasih, cinta dan sayang tu. Sampai dah takde apa yang tinggal untuk diri sendiri. Sayangi diri sendiri tu dulu. Jangan sampai rosakkan diri kerana orang yang tak pandai menghargai. Kalau kene tinggal, kene curang. Bingkas la, jangan down lama2. Nanti susah nak bangun balik. Semangat jangan ditunggu, tapi kena cari. No pain, no gain. Ramai lagi orang yang kamu sayang, bukan dia je. Dan kalau dah jumpa lelaki yang baik, berdoalah supaya dia kekal untuk kamu ke akhirat nanti. Jangan pulak kamu sia2 kan dia. Susah nak cari lelaki baik sekarang. Dah la lelaki makin sikit. Yang ada pun banyak yang ampehh.

So, jagalah hati masing2. Cuba lah untuk setia, macam Aqasha@Ammar.. =)

Yang benar,
Perigi yang mencari cinta..
(tak boleh blahh..haha)


2 comments:

  1. Bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik.. Keep calm and carry on praying..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...