Monday, August 6, 2012

Monday Blues..zzZzz

Dimulakan dengan Bismillah..

< Isnin@Monday@Ithnain@Montag >
Semua org tak suke. Aku pun. Tapi..chill la. Look at the bright side. At least Mondays only happen once a week. Hahaa... Garfield tu yang cakap.. ^.^

< Bangun pagi >
Terjaga. Tenyeh2 mata. Cari si Galaxy. Damn!! Pukul 5 suku. Kompem tak sahur lagi aku pagi ni weh.. Terus bangkit macam kene kejutan letrik. Petik suis lampu. Kelip2 tak nyala pulak. Damn lagi. Time2 Isnin ni la kan. Gelap. Siap2 ala kadar je. Tak comel la aku harini.. (uwek...)

< Assembly >
Laporan guru bertugas. Last few weeks ade budak kencing dalam botol. Last week ade yang buat lagi dasat. Buang hajat besar, dalam balang ikan. Bangang!! Memang sekolah tu krisis air, tapi setakat nak membuang tu boleh lagi la. Budak2 ni macam nak cabar cekgu pulak. Hishh sunat lagi sekali baru tau. % kedatangan tertinggi minggu ni. Ehh nama kelas aku naik beb!! 4 Rekaan Fesyen. Macam tak pecaya. Budak2 ni suke beno monteng. Berbuih nak suruh datang sekolah. So ade kemajuan sikit. Majlis bacaan Yasin. Bagus la, bagi terbukak sikit hati n kepala otak budak2 nih. Gi sekolah tau nak mintak puji ja. Tetibe rase berkeriuk2. Uiinaaa baru jam 8. Rilek laa perut..huhuu~

< Kelas >
Lepas rehat. Direct 5 masa. Fuhh aku diserang -ve charge yang melampau. Malas giler, campur lapar. Sabar2. Ohh arini group petir. Sebab diorang suke cakap kuat2. Macam la kawan tu sebatu. Tak macam group satu lagi. Senyappp. Semut lalu pun dengar. Hahaha.. Diorang ni puasa pun banyak cakap. Poning den. Biar la tangan je wat keje, mulut tu kasi puasa sekali. Haihhh sabar2. Dengar azan Zohor. Diorang wat tatau je. Cakap kuat lagi. Haihhh aku dah la lapar. Tiba2.. " Haa cakap lagi, cakap time azan. Biar jadi bisu.." Settle. Memang tetiba semua jadi bisu. Hahaha.

< Bandar >
Habis sekolah balik jap. Kuar semula gi bandar. Jem. Err hari2 pun jem. Panas pulak arini. Dugaan. Gi bank. Mak aihhh ramai giler umat. Jem lagi. Haihhhh. Dah lewat, beli makan kat bazar depan Sabindo je la. Cari nasi kerabu. Cari cendol. Oke cukup. Sungkai time. Nasi kerabu ok. Cendol fail pulak. Bukan santan, tapi susu. Erkk...telan je la. 

Monday aku memang blues sampai ke sudah.. hahaha. Tapi semangat sikit malam nih. Slip bonus dah kuar. Alhamdulillah...duit rayer adik2.. =)

p/s: Try tido cepat, tapi tak boleh. Nak beli pil tido la. Haihh..Bulan2 puasa ni rase nak tetido je kat sekolah. zzZzzZzzzzzzzzzzzzz



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...